Saturday, August 1, 2009

Yahoo Fantasy Football : The Basics

Season 2009/2010 ni merupakan kali kedua semenjak game Fantasy Football dijalankan secara official dan ber'yuran' - memastikan peserta commit kepada memilih dan mengikuti perjalanan English Premier League, serta menghasilkan beberapa perasaan seperti cuak, hangin dan terhina dek kerana prestasi team mereka. Hehe.. (termasuklah penganjur pun sama)

Kemasyhuran contest ni makin menjadi2, nak2 bila wujudnya web Anak-Pahang Dot Net . So, permintaan untuk joining game ni semakin membuak2 membabitkan orang luar (terdiri dari pelbagai backround yang aku sendiri pun tak kenal), menyebabkan aku post 1 artikel untuk asas knowledge / introduction Yahoo Fantasy Football nih.

Aku mulakan ngan requirement nak main game ni:

  1. web untuk access game ni kat http://uk.premiership.fantasysports.yahoo.com/
  2. ada email Yahoo!
  3. internet access (nak tuko player ujung minggu wei)
  4. tau tentang update EPL semasa (kalu kata Newcastle main EPL lagi, susah la)

(diadaptasikan dari Yahoo Fantasy Football blog)

FAQ

Menda Fantasy Football nih?
online game yang perlukan korang pilih 11 player dari EPL, yang mana point adalah berdasarkan prestasi sebenar player kat atas padang. (rujuk Rules untuk pemahaman tentang dapat point camane)

Sebagai peminat lalang Man City, boleh ke pilih semua player City untuk best 11 team aku?
buleh, kalu cukup fund nak beli semua Robinho, Adebayor tu. Tiap team dibekalkan ngan transfer fund 100 juta pound. Ada player yang mahal, ada yang murah sangat. Pepandai a korang pilih.

Apa precaution steps yang boleh ko pesan kat aku?
-jangan biar line-up team kosong even 1 player pun
-confirmkan line-up sebelum dateline (selalu malam sabtu tiap minggu)
-selalu2 la nengok team news takut ada player tak main, injured dan sebagainya. Kalu tak main, point untuk player berkenaan zero wei

Dapat menda main menda nih?
kalu main kosong je, xjoin contest yang aku buat, memang xdapat apa2. Sila rujuk post yang seterusnya untuk join liga Raub Championship


Rasanya itu je kot, bebanyak pun rasanya tak perlu sebab korang bukannya bengap sangat nak paham menda Fantasy Football nih. Cuma aku risau je, ada sora2 kecil dari belakang yang kata aku banyak berahsia sebab risau korang buleh mengugat aku (cheh.. boleh ke?)
Hehe.. bongkak lagi takbur skali . Ok, selamat belajar

Tuesday, May 26, 2009

Eyes Down.. Season 2008/09



Akhirnya, season 2008/2009 untuk Liga Fantasy Football Raub Championship berakhir dengan kemenangan yang sangat bermakna buat penganjur iaitu aku sendiri. . hehe. Aku malas nak cakap banyak lagi skrang, nanti aku buat review pepanjang , korang baca a sendrik.
Korang patut dah sedia maklum ngan menda yang aku advertise time memula ajak korang join liga nih. Aku dah pun prepare piala (1st, 2nd, 3rd place jek) n wang tunai untuk pemenang dari no 1 sampai 5, rujuk gambo di bawah


Kita semua ada 22 orang, so total collection kita = RM 330 la. RM 83 aku dah guna untuk piala, n selebihnya untuk hadiah wang tunai, bergantung pada rank;

1st, RM 90
2nd, RM 60
3rd, RM 45
4th, RM 30
5th, RM 20

ada lebih RM2, burn untuk management fee a kan. Sebarang bantahan boleh merujuk kepada peguam liga, En Amien Safizie.. hehe (kalu dia sendrik yang buat objection, xdapek a nak menolong wei)

Cuma aku nak bertanya a, ingat kalu kita buat makan2 ke, majlis ke untuk closing season ni - cam menarik gak kan? Boleh gak kita buat session bagi hadiah time tu. Melihatkan kekangan budget a yang takde. Cmane ek, sesapa ada connection yang bleh dapat support untuk tujuan ni? Ke kita nak tong2, sorg sumbang sket2?

Ada idea, boleh contact aku secepat mungkin ek.. go go go!

Tuesday, May 19, 2009

Weekly Performance : WEEK 35

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada rerakan sekalian.. Sory sebab dah dua game aku tak buat review. Walaupun ada yang tak berapa peduli dah (sebab dah contest kita dah sampai ke penghujung) tapi aku pasti ada gak yang menanti2kan review aku buat, khas untuk menjelaskan akan prestasi, kecekapan dan kemandulan player2 dan manager dalam EPL nih. Mungkin aku agak busy, nih pun semalam baru balik dari KL (sampai Tersang kul 1 siut-mintak maaf pada kekawan, walaupun ada di KL, xsempat nak mengunjung deme) , ke hulu ke hilir sampai tahap bocor a clutch pump.. hehe (thanks - tribute to Azry n The Geng).

Tapi aku nak mengaku, memang aku tak ambik apa2 PHD lagi, so masa yang hilang mungkin adalah disebabkan efficiency aku sebagai manusia tak mencapai 90% lagi kot. Hehe.. apa yang aku mengarut. berbalik kepada tujuan asal. Week 35, iaitu game kedua last untuk season 08/09 nih. Ei si Oshea, telah bold ngan team Tuan Haji Misai Kementot point 90 jek. Memang agak hambar persembahan player sama ada real dan fantasy, ditambah lagi manager2 Raub Championship yang dah tak berapa nak main, mungkin harapan mereka telah musnah dek team Selamat Pagi Cinta? hehe

Mungkin game last Week 36 ni, adalah nak menentukan Champions Raub Championship season 2008/2009. Aku rasa, ni antara team aku ngan team Faizul jek, sory a geng, korang jauh sangat la dude! hehe.. Nice!
~huhu

Wednesday, April 29, 2009

Weekly Performance : WEEK 32

Ray yang dilaporkan lupa password email Yahoo! (ada juga ura2 mengatakan yang dia disabotaj.. hehe) memboldkan diri dengan ajaib dan kebetulannya untuk WEEK 32 nih. Team Saudagar Hussien Lempoyang, dengan unchange line-up sejak beberapa bulan yang lalu, hanya dilihat mendahului semua team dalam liga Raub Championship pada WEEK 8 dulu.

Minggu ni cam rasa tak pueh ati gak sebab ada player dah beli tapi aku jual n score banyak plak. Thank God Robinson yang harga 1++ memulangkan modal dengan cemerlang sekali.

Semoga hari ni lebih baik dari semalam dan tahun ni lebih baik dari tahun lepas.. Whatever..

Friday, April 24, 2009

Weekly Performance : WEEK 31

Aku baru je buat artikel tentang Wandi ni (rujuk Hall of Fame : Season 2004/2005), tetiba plak dia bleh bold WEEK 31 nih. Sebenarnya aku sendiri pun xperasan team devils paradise ni, sebab kekadang naik, top ten n kebanyakannya ada di bawah ler - tak mengancam aku pun, so memang aku tidak menyedari kehadiranmu di sisiku.. hehe (jgn marah cikgu)

Boleh dikatakan lumayan gak point kita minggu ni, sapa yang xbeli Ashavin atau Torres, memang berasa amat tertekan, nak-nak di waktu-waktu pengakhiran season 2008/2009 ni. Kalau nengok world punya rank, highest point diorang dapat ialah 200.5! - so, kalau takat 130++ something, apa la sangat kan..

Perubahan rank masih lagi terjadi, sama ada dalam top 5, mahupun di dalam reban itu sendiri. Ketua Pemberontak Ayam2 Di Perantauan Raub, En Yusri, sudah pun berada di tempat ke-4, membenam owner Anak-Pahang.Net ke tempat ke-8 sekali gus ditabalkan Presiden Reban untuk minggu ni.

Walaubagaimanapun jangan kita berputus harapan, tinggal 5 game untuk season ni (atau 6 game untuk MU n Wigan) boleh mengubah kehidupan kita dalam bidang football fantasy. Usaha tangga kejayaan, jangan berjanji untuk melarikan diri- nasihat aku selalu kepada rakan-rakan seperjuangan.

Rezeki tidak datang bergolek, selalu2 lah nengok Football Forecast kat ESPN.. hehe. Bubuy!