Showing posts with label weekly performance. Show all posts
Showing posts with label weekly performance. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

Weekly Performance : WEEK 21


Kropol bold lagi?! Anak kelahiran Felda Tersang ini memang sangat bernasib baik selalu. Ye la, time aku ada masa nak post Weekly Performance ni, time tu la dia point banyak. Buat pengetahuan kekawan sekalian, aku ada masa nak berinternet ni, sebab; 1st, aku tengah cuti n duduk umah aku kat Raub yang ada wifi, 2nd, walaupun aku menerima famili member baru, tapi baby aku ngan mama dia sekali masuk wad sebab dia kena kuning - aku nak melawat plak ada time2 tertentu jek, ada ke patut guard kunci grail wad kanak-kanak tu, first day tak kunci, aku gamble je a masuk walaupun bukan time melawat - agaknya diorang hangin sebab nampak aku tak reti bahasa agaknya. Mintak kekawan doakan anak aku cepat sembuh, amin. So, masa yang terluang pepagi nih, aku boleh a tulis sket2 kat Raub Champions nih.

Ops, tapi nanti dulu. Bercakap pasal baby baru pertama aku ni, agaknya mungkin la, kebarangkalian ada member2 yang tak tau lagi kan.. hehe. So aku nak introduce sket, anak Champion season lepas ni


Nur Nasira bt Hassan @ Abd Rahim namanya. Lahir pada 30hb Januari 2010, pukul 10:43 pagi. Berat lahir, 3.5 kg. Hehe. Pada kasarnya memang nampak cam takde kaitan ngan blog Raub Champions kita ni, tapi sebenarnya aku nak bagitau korang, bila moral kita naik (maknanya kita gembira la kan), pemikiran kita pun jadi bagus, muka pun ada sinyum, so performance kita tak kira a keje atau aktiviti masa lapang akan meningkat. Sebab tu la kalu korang kaji, kat sektor kerajaan ke, swasta ke, mesti ada ruang motivasi diberikan kepada pekerja2. Yes, motivasi memang penting (rujuk video best ni), kalu tak camane plak aku bleh jadi champion season lepas dan still jadi pendahulu league kita skrang nih (berbau riak la plak.. hehe sory2)

Berbalik kepada Kropol tadi (sebenarnya aku malas sgt nak cita tentang bold dia tu, saje aku gunakan ruang ni nak announce baby baru aku tu.. hehe jgn marah ha). Kalu kita tengok team2 leader/pendahulu league Raub Championship ni, memang kebanyakannya akan ambik player yang main dua game, terutamanya team Chelsea n Fulham. Cuba kita nengok line up team yang bold, Panthers II...

Schwarzer (Fulham) - 22.5

Nelsen (Blackburn) - 10
Baird (Fulham) - 11
Bale (Spurs) - 11.5

Malouda (Chelsea) - 19.5
Utaka (Portsmouth) - 3
Hunt (Hull) - 30 aku rasa mmg player ni jadi faktor kemenangan kropol
Kovac (West Ham) - 2

Rooney (Man Utd) - 16.5
Kuyt (Liverpool) - 15
Zamora (Fulham) - 14

Total point = 155. Memang banyak, world leader dapat 190++

Tu je kot, takde menda dah rasanya. Aku pun nak membasuh kain sket (bini pantang, kena berdikari la sket). Pesan akhir aku, kepada member2 yang dah rasa kononnya dah rapat ngan aku, jangan gembira dulu. Walaupun aku cam busy gak, tapi dunia bola takkan aku lupa - kalu tak, takkan la aku bleh sanggup tuko player guna hp dalam wad bersalin pas bini aku selamat lahirkan anak aku tu.. hehe. Komited membawa hasil..

Berjumpa lagi kita dalam episod yang akan datang, bubuy!

Saturday, January 9, 2010

Weekly Performance : WEEK 17


Game Arsenal-Bolton yang postpone disebabkan oleh cuaca salji yang membahayakan di Emirates hari Rabu baru ni, memberi berita gembira buat Kropol, kerana teamnya, Panthers II... telah berjaya secara nasib gila bold ngan point terbanyak hanya 3-4 point je lebih dari team2 leading yang lain. Tak sia2 beliau berjumpa dengan bomoh Ulu Gali (seguru dengan Melan) untuk mendapat bold semula pada pembukaan tahun 2010 ni. Eh, sebelum terlupa, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada ahli2 fantasy seluruh Malaysia (rasanya tak terlambat lagi kan), moga tahun ni memberikan lagi kejayaan dan keboldan bagi team anda. Jangan merungut kalu team fantasy ada tak perform, mungkin ada la salah silap anda, check cukup tak sembahyang, ada makan rasuah ke tak, mulut selalu tak mencaci orang, dan sebagainya la kesalahan yang boleh menyebabkan Tuhan hangin kat kita..(macam la aku sempurna sangat) hehe..

Sebenarnya lama gak aku nak menulis post ni dari memula start game ari tu, sampai a skrang. Sebab Yahoo! buat fixture skali ngan game Stoke-Fulham n Arsenal-Bolton menyebabkan gameweek 17 ni makan masa sampai hampir 2 minggu gak wei. Game Stoke-Fulham je yang sempatnya, nasib aku ada Duff ngan Etherington.

Keadaan di Emirates yang dipenuhi salji boleh menyebabkan Bolton kena 10-0

Nengok pada team Panthers II... takde la bagus sangat pun (ai, pengajur tak puas ati ke tak bold?) hehe. Tapi tu la, cam kalu kita pilih player yang bagus tapi injured pun sama la cam 1 team tak main sebab game postpone. Tak bleh nak salahkan sapa2, luck kita yang xde. Ok, kita lihat line up Kropol yang tak berapa best tu;

Almunia (Arsenal) - 21.5 memula aku cam menyesal gak buang dia ngan harga 5++, nasib Given lagi ok

Nelsen (Blackburn) - 13
Bassong (Spurs) - 6
Baird (Fulham) - 17.5

Eagles (Burnley) - 18.5
Diaby (Arsenal) - 20.5
Lee Chung-Yong (Bolton) - 6 aku tau, mesti sebab tamak haloba 3 game, dia beli cina ni
Etherington (Stoke) - 32

Rooney (Man U) - 49.5 aku rasa dia ni la faktor utama keboldan Kropol, bapok banyak point dia
Klasnic (Bolton) - 12.5
Tuncay (Stoke) - 20

So, team Kropol nih mengutip sebanyak 217 point. Seperti kucing buta terjumpa dengan tikus mati, rezeki Allah.

Agaknya tu je kot, bateri laptop pun nak abis dah nih. Review bebanyak pun membazir jek.. kekeh.. Moga2 start Week 18 untuk tahun 2010 nih memberikan kita semangat dalam mengejar keduniaan nih. Dunia akhirat nanti juga jangan dilupa, hehe. Sama2 kita mengingatkan diri sendiri untuk terus hidup dan mengumpul bekalan untuk dibawa bila mati nanti (ai, berceramah plak).

Selamat beramal!

Wednesday, December 23, 2009

Weekly Performance : WEEK 16

Berakhir lagi satu minggu EPL. Untuk manager2 fantasy, ni dah masuk WEEK 16 untuk Yahoo!, dan kalu untuk real-time league, dah main 18 match (tak semua team tapi kebanyakannya la kan). WEEK 16 baru ni memang banyak mengecewakan manager2 fantasy. Kalau kita nengok sendiri kat league Raub Championship, lebih kurang 45 point/team je secara puratanya dari 26 team. Roy yang bold pun, baru dapat 76.5 point jek - merupakan point bold paling rendah season nih. Teruk, kecewa, sakit jiwa, gigit remote Astro dan memacam perilaku manusia yang tak dapat digambarkan dengan perkataan disebabkan oleh form player EPL minggu nih. Bukan kata semua player tak form, tapi sangkakan cerah di waktu petang (sebab nak main bula), tapi hujan di tengah hari hinggalah malam. Player2 star dan harapan untuk kutip point banyak, tak kesampaian, malahan lagi teruk lagi dengan sesetengah dari mereka mendapat (-)negative point cam Torres, Defoe dan lain2.

Tambah lagi, seperti menyapu lada di luka, game Wigan vs Bolton pada pagi Selasa bleh plak postpone disebabkan faktor salji yang turun yang berkebarangkalian boleh membahayakan penonton di DW Stadium sanun. Nasib aku takde player Wigan n Bolton, kalu tak makin dekat gak team Football System yang dah menduduki tempat ke-2 liga ngan team aku. Tu la roy, walaupun ko lahir sehari atau beberapa jam awal dari aku, tapi ko kena ingat, tua tak semestinya akan lebih hensem.. haha.

Kita nengok sejauh mana sebenarnya team Football System ni, mungkin nasib je ke atau kebetulan, nengok line-up dia;

Hahnemann (Wolves) - 18 aku pun ada dia, pelik, camana roy ada gak ni? kebetulan?

Vermaelen (Arsenal) - 9
Scharner (Wigan) - 0 nasib tak main.. hehe
Neill (Everton) - 2.5

Arshavin (Arsenal) - 7
A. Young (Villa) - 12
Walcott (Arsenal) - 1.5
Nasri (Arsenal) - 3 harapan aku sebelum game, tapi hampeh bergaduh plak
Petrov (Villa) - 8

Doyle (Wolves) - 15.5
Adebayor (Man City) - 0

Sebenarnya kita susah nak dapat point minggu ni sebab team2 harapan kalah, contoh cam MU ngan Liverpool. Takziah diucapkan kepada semua fan club2 yang disebutkan diatas.. hehe. Jangan keciwa, mahupun hangin. Memang team anda tak best, nak buat camane kan? haha.

Semoga minggu yang mendatang ni, form kita akan lebih bagus lagi menjadikan liga Raub Championship lebih sengit cam EPL skrang. Time kasih kepada pengunjung blog ni dan kawan2 yang menyumbang, moga blog ni dapat menyumbang ke arah kita mencari ilmu dan kemenangan.. hehe

Bye-bye!

Friday, December 18, 2009

Weekly Performance : WEEK 15


Aku sebenar cam rasa bangga gak a dengan budak Saifi ni. Bukan apa, sebagai newbie kepada Raub Championship nih, beliau menunjukkan prestasi yang, boleh dikatakan bagus gak la. Kita baru 15 game berlalu, tapi dia dah dua kali bold (usah dipertikaikanlah aku yang dah bold 4 kali ni kan.. hehe). Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah, walau di mana rank kita, usaha kena ada, gagal atau cemerlang team fantasy kita adalah soalan no 2. Kalu gagal, nasib tak baik lah. Kalu cemerlang, kan boleh menjadikan mak bapak kita berasa berbaloi la membesarkan kita. hehe.

WEEK 15 menghidangkan kita ngan dua kali game, 1 weekend, 1 midweek. Walaupun pada midweek match tidak semua team main (16 team saje) tapi kalu team2 fantasy kita tak bleh dapat at least 100 point, memang la anda tu ayam orangnya. Aku sebenarnya keciwa gak ngan performance Arsenal, yang memula menang ngan Liverpool (ingat dah ada momentum form kemenangan) tapi bleh plak seri je ngan Burnley. Ye la, walaupun kita tau, Man United pun kalah ngan Burnley ni kat Turf Moor tapi itu bukan bleh dijadikan alasan Arsene Wenger untuk gagal.

Team saudara Saifi, JambanMU FC, mengutip point sebanyak 195 pada minggu nih, lagi 5 lagi nak 200. Kira banyak a gak, tapi banding ngan team world leading, diorang bleh dapat sampai 260++, gila ke apa? Aku tak tau a, apa bomoh diorang pakai. Season lepas, kita ada bomoh dari sempadan Thailand, En Melan, tapi season ni beliau tiada kerana memencilkan diri bertapa kat Gua Keling, Ulu Gali.

Aku senaraikan player2 weekly boldy kita untuk WEEK 15 nih;

Robinson (Blackburn) - 19

Vermaelen (Arsenal) - 9
Carlisle (Burnley) - 5.5
Cuellar (Villa) - 27

Reid (Sunderland) - 30
Dempsey (Fulham) - 2.5
Bowyer (Birmingham) - 26.5
N'Zogbia (Wigan) - 26.5

Drogba (Chelsea) - 26
Tevez (Man City) - 27
Davies (Bolton) - -4

Dalam pada tu, aku dengan bangganya ingin senaraikan para manager fantasy yang telah melakukan lonjakan saujana dalam 10 game sebelum ni. Yang mana anugerah ini buat mereka yang menukarkan diri daripada kehinaan (bawah rank 10 @ Reban.Com) kepada top 5 sekarang. Mereka ialah;

Football System (Roy) : dari rank kehinaan 15 ke rank 2
Panthers II... (Kropol) : dari rank kehinaan 11 ke rank 5 (sebenarnya dia dah dapat no 2 ari tu, Liverpool kalah, hancus trus.. haha)

Ingin juga aku mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya merangkul pingat emas semalam. Moga pas ni, insya Allah, World Cup 2014, kita dah boleh qualify.

Go Go Go!

Thursday, December 10, 2009

Weekly Performance : WEEK 14

Saudara Yus bin Kamal, yang juga meminati pasukan yang tak lepas Champions League, Juventus, bold pada minggu ini. Dengan point 109, team JFCM beliau dilihat bernasib baik kerana mempunyai Arshavin dan gamble menggunakan Paul Robinson sebagai keeper menentang pasukan Liverpool, pasukan yang sekadar memenuhi jadual perlawanan EPL tanpa ada nafsu memenanginya.

Bergerak dari rank ke-8 hingga ke-5 liga, penganjur berharap beliau mengekalkan prestasi sehingga ke akhir season, supaya tidak berulang lagi kejadian season lepas menyaksikan team ala2 Juve beliau dipintas oleh team adiknya sendiri, saudara Didi, jatuh ke rank ke-6 menyebabkan beliau pulang dari stadium UIA hari itu dengan tangan kosong.. hehe

Sini aku listkan line-up team JFCM untuk WEEK 14 baru nih;

Robinson (Blackburn) - 11.5

Vermaelen (Arsenal) - 8
Givet (Blackburn) - 10
Evra (Man Utd) - 10

Rodwell (Everton) - 3.5
Arshavin (Arsenal) - 24
Nasri (Arsenal) - 7
Fletcher (Man Utd) - 3.5

Drogba (Chelsea) - 2 walaupun sikit mana point dia, aku takkan buang sampailah ACN
Rooney (Man Utd) - 11.5
Defoe (Spurs) - 18 siut, aku pun ada dia nih, miss penalti plak, kalu tak gerenti 30++


Agaknya itu jek dari aku. WEEK 15 menjanjikan kita dengan double game untuk team2 tertentu. Nengok bebaik player-player yang boleh perform untuk dua game nih. Harapan penganjur, semoga contest ini menjadi sengit dan tidaklah dibiarkan begitu saja (walaupun team anda berada di puncak Reban yang paling agung). Memang semua orang tak suka digelar ayam, tapi kalu anda suka begitu, jadilah ayam seumur hidup anda - semoga korang tak berada di atas pinggan time aku order Dinner Plate (original) bila2 kat KFC nanti.. huhu..

tata!

Friday, December 4, 2009

Weekly Performance : WEEK 13


Aku sebenarnya segan gak bila nak post keboldan aku untuk column Weekly Performance ni. Tapi nak buat camane, dah tugas (alasan). Harap kawan2 semua faham yang aku cuma melaksanakan tanggungjawab untuk negara, bangsa dan rakyat (baru la macam ayat politician).. hehe..

Pagi Jumaat ni, aku sebab dah biasa bangun pagi g sekolah, dah tak reti nak tido bila pas semayang Subuh. So, takde aktiviti lain (tadi round2 Facebook jab - baru je register 2-3 hari), bleh a gak sumbang sket untuk blog kita nih. Mungkin tulisan2 aku kat sini boleh bagi inspirasi sket kat kekawan dalam kita mengejar keduniaan ini. So, weekend lepas, kita menyaksikan pelbagai event (termasuklah wedding adik aku - tahniah Suhana), untuk EPL plak banyak menda yang mengecewakan, melegakan dan serba-salah yang berlaku dan disalah-laku. Biar aku terangkan satu per satu;

mengecewakan - Arsenal kalah 0-3 ngan Chelsea kat tempat sendrik. Cam haram, tapi bagi aku yang menengok game tu, setuju gak la ngan keputusan tu. Arsenal main cam Wolves time tu. Aku paling tak suka Eduardo, slow, cam tak tau nak buat apa dalam padang. Aku ingat keputusan Wenger nak cari striker baru memang patut la.

melegakan - Walaupun kalah, Arsenal still dalam top 4 ngan 1 match dalam tangan. Nak jadi Champion EPL still tak lari la kan kalu nak banding ngan Liverpool

serba-salah - Time Arsenal kalah, aku hangin tapi dalam hati ada sinyum sket sebab team fantasy aku ada Drogba.. huhu!

Ye, semua pasal Arsenal. Takkan aku nak cita pasal player2 Liverpool yang gay plak kan?

Berbalik pada cita kehandalan aku. WEEK 13 menyaksikan team Arsenal U30 aku bold ngan point banyak a gak, 124. Korang bleh nengok line-up team aku kat bawah;

Kirkland (Wigan) - 10 memang untung gila tapi gamble a beli dia yang baru kena ngan Spurs 9-1

Vermaelen (Arsenal) - -1 dah berturut2 dah point cam haram, nak jual rugi
Baird (Fulham) - 5
Nelsen (Blackburn) - 11

O'hara (Portsmouth) - 5
D.Dunn (Blackburn) - 1 bleh plak injured tgh game
Dempsey (Fulham) - 7
Duff (Fulham) - 23

Drogba (Chelsea) - 26.5 tangisan dalam ketawa..
Defoe (Spurs) - 3 beli dia pas score 5, nengok2 dapat 3 point jek
Rooney (Man Utd) -33.5 penukaran saat2 akhir ngan Bellamy


Usaha tangga kejayaan. Itu la motto, kalu nak menang la kan. Aku ingat, kalu keadaan terus camni, sah aku Champion lagi season ni. Walaupun nampak cam takbur, bongkak dan keji, itulah kenyataannya. Insya Allah season yang akan datang nanti aku bagi pengurusan league Raub Championship ni ke individu lain plak. Bosan gak kalu aku je yang bersemangatnya, takde cabaran langsung.

Semoga berjumpa lagi dalam post2 yang akan datang. Majulah sukan untuk Raub!

Friday, November 27, 2009

Weekly Performance : WEEK 11 & 12

Agak muram blog ni kalu tak disajikan dengan tulisan2 bernas dari aku.. hehe. Sory geng, busy gak sebelum cuti sekolah ni, tu pun selagi tak abis peksa SPM ni, selagi tu la kehidupan aku tak tenang - tahun ni je rasa beria sket jadi SU peksa. Bos baru, daring aku lain macam je bila ada kemungkinan berlakunya kebocoran atau kelalaian dalam pengurusan aku. Mampuih. Tapi ok la dari mempunyai seorang ketua yang takde rasional, xhensem, bernafas busuk dan yang rasa dia je cium bau syurga, orang lain tak, hampeh (ai, meluahkan perasaan plak kat blog bola, apahal?)

Hehe.. lama gak aku tak post menda2 kat blog ciptaan khayalan bola aku ni. Ada gak suara2 fan yang frust, merengek2 merindukan belaian penulisan aku di sini.. hehe.. nak2 yang baru naik rank, yang bisa mencabar ketuanan team penganjur, Arsenal U30 yang tidak terbatas!!

Berbalik kepada tajuk sebenar, foto manusia di atas, cam biasa, menunjukkan individu yang bold pada minggu baru nih. Malim, atau team fantasynya, Malim Deraman ngan point yang banyak gak, 145! Malim ni abang kepada Bibiq, tapi Bibiq pun korang tak kenal, tu bukan salah korang tapi Bibiq itu sendrik.. haha. Malim baru season ni je join league kita nih, korang bleh tengok kat league table, no 24.. di kelompok hina tapi masih ada masa untuk membuat lonjakan, jangan putus asa malim.. go go go!

Meh nengok sket team line up Malim yang berjaya mengatasi team fantasy handal yang lain;


Robinson (Blackburn) - 4.5

Dawson (Hull) - 19.5
Givet (Blackburn) - 0.5 aku ada gak budak ni, bleh plak injured, siut
Terry (Chelsea) - 7

Mokoena (Portsmouth) - 0
Bennayoun (Liverpool) - 13.5 yahudi?
Giggs (Man Utd) - 11.5
Boateng (Portsmouth) - 1.5

Drogba (Chelsea) - 0 bagus2, aku pun simpan dia walaupun tau injured xmain,future investment
Defoe (Spurs) - 63.5 ni memang pilihan yang kebetulan yang betul2 menguntungkan, bala
Crouch (Spurs) - 23.5


Amacam, apa pandangan saudara2 sekalian, pemilihan player malim ni adakah berdasarkan logik pengiraan atau sekadar kebetulan? hehe..

Hampir terlupa (aku plak terbuat tajuk WP week 11 & 12), Roy, atau nama sebenar Khairul Hasli Abdullah Hashim, telah berturut2 bold dari week 10 dan 11 untuk team Football Systemnya. Tahniah diucapkan, sekali tahniah dengan kelahiran anak lelakinya baru2 ini. Mungkin luck anak membantu bapak dalam mengharungi panca roba Fantasy Football. Di kedudukan no 3 sekarang, ada la sket memberi cabaran kepada team fantasy aku.. haha. Nampaknya pas ni aku kena berusaha lebih sket, kerana beza point dah kurang 100 antara mereka dengan aku dalam top 5 skrang nih.

Agaknya tu saje dari aku. Ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di galaksi ini dan tak lupa juga, jemput semua kekawan yang mengenali ke majlis perkahwinan adik aku, Suhana Ramli, pada 29hb nih, Ahad kat rumah aku:

55 Taman Bukit Koman,
27600 Raub, Pahang


Jemput semua manager2 fantasy, ajak famili, bini, anak dan awek (yang bujang saje)

Go go go!

Friday, October 23, 2009

Weekly Performance : WEEK 8

Aku sebenarnya tak sangka pun team Arsenal U30 aku ni bleh plak bold untuk WEEK 8 nih. Sebab point pun xde la banyak pun kan, takat 84 jek. Tapi tu la, dah rezeki.. hehe.

Aku ingat, season depan, kalau league Raub Championship ni diteruskan, biarlah orang lain yang menganjurkannya selain dari aku ni. Bukan pe, nampak cam tak adil la plak kan, aku anjur, aku je jadi Champion.. kekekeh.. Ikhlas aku cakap, cam aku membuli budak sekolah rendah yang pendek bermain tenis jek bila membandingkan team fantasy aku dengan team kekawan sekalian (Aiseh, nampak takbur sangat plak bila aku tulis cam ni, jangan marah ha... haha)

Sebenarnya, form point fantasy kita kebanyakannya dari league Raub Championship ni memang merundum. Ye la, yang paling tinggi pun tak sampai 100, apahal? Banding ngan world rank, diorang bleh dapat sampai 140++ tu. Mungkin injury yang menyerang player2 seperti Torres, Gerrard dan Rooney membuatkan kekawan pening/serba-salah/tak reti nak memilih player yang boleh mengaut score tinggi untuk WEEK 8 baru nih.

Cuba kita nengok line-up team aku utk WEEK 8:

Robinson (Blackburn) 2

Vermaelen (Arsenal) 5.5
Heitinga (Everton) 5.5
Gibbs (Arsenal) 5

Jarvis (Wolverhampton) 0.5 - bleh plak dia jadi sub je ari tu
Fabregas (Arsenal) 12
Dunn (Blackburn) 19
Duff (Fulham) 15 - penukaran saat2 akhir bersama Robinson dari Myhill+Nani, berbaloi!

Drogba (Chelsea) 10.5 - tak penah buang dari start season
Adebayor (Man City) 0.5 - membazir jek beli, blah la Adebayot
Saha (Everton) 8.5


Baru 84 je, memang ada member yang kurang 1-2 point je dari aku, tapi nak buat camane (jangan bunuh diri). Sebenarnya aku kecewa gak, aku target nak dapat at least 100 point tiap minggu - baru la sama ngan harga player yang kita habiskan dengan team value yang Yahoo kasi kan?

WEEK 9 yang akan menyusul ni kena banyak study lagi tambah2 ada plak game antara BIG 4 (Liverpool vs Man Utd), syok tu, tapi kalu ramai yang injured bosan gak.

Agaknya itu je dari aku, sampaikan salamku pada bini, awek, kekasih gelap dan kawan perempuan anda, bagitau korang perlukan lebih masa untuk fantasy football lagi dari duk berkepit dengan mereka (tapi yang berbini tu, tanggungjawab kena full commited tau, baru la dikatakan handal)

Go go go!

Friday, October 16, 2009

Weekly Performance : WEEK 6 & 7

Mungkin kekawan agak hangin dan ternanti2 sehingga putus cinta tika menunggu post Weekly Performance untuk 2 minggu game fantasy football kita sebelum ni. Memang agak sunyi blog Fantasy Football Raub ni kalu aku tak menulis apa. Ketua Editor sangat2 mengharapkan member2 lain boleh bagi sumbangan idea atau berita sekalipun gosip tentang player MU mabuk todi dengan Ah Heng pun tak pe, janji arus information tu still ada flow. Mana tau ada member2 nak advertise apa2 kat sini, tarak had punya, bagitau je ek.

Berbalik pada performance fantasy, WEEK 7 menampilkan manager2 yang banyak ambik player Arsenal sangatlah bertuah, Cesc Fabregas walaupun hanya score 1 gol tapi ngan assist 4 meragut point sebanyak 38.5? wow! Walaubagaimanapun Ray yang bold ngan team Penyamun Backgroundnya, tak de pun pakai Fabregas, mungkin beliau ter'nasib' je kot dapat point lebih sket je dari rakan2 yang lain, tahniah Ray kerana kebetulan.

Biar aku list sket player team Penyamun Background ngan point yang tak seberapa tu..hehe:

Myhill (Hull) 9

Insua (Liverpool) 3
Vermaelen (Arsenal) 22.5
Alexander (Burnley) 2.5

Mokoena (Portsmouth) 0
Lennon (Spurs) 9
Arshavin (Arsenal) 14
Fellaini (Everton) 5

Drogba (Chelsea) 20.5
Rooney (Man U) 11.5
C. Cole (West Ham) 13

Total point = 110

Dalam pada tu, aku tak lupa gak pada manager yang bold pada WEEK 6. Aku rasa ni julung2 kalinya, Farid, aka Klara FC berjaya gak score point yang melebihi kita semua. Beliau merupakan kaunselor kat sekolah aku, berasal dari Jerantut, berumur 30 tahun tapi masih lagi belum berkahwin. Insya Allah dengar ura-ura nak kawin ujung tahun ini menjadi kenyataan dan kekawan tidaklah melabelkan anda sebagai seorang gay atau mati pucuk.. haha!

Sebenar Farid dah masuk term yang ke-2 join league Raub Championship ni. Season lepas dia (kasi gegar) masuk lambat, dah 3 game berlalu - memang tak merasa langsung rank 15 pun. Itu la, walaupun beliau seorang kaunselor, tapi aku tak pikir dia bleh motivasikan diri sendiri untuk jadi Champion. hehe (jgn marah ha).

Agaknya itu je kot review aku untuk dua minggu sebelum ni, saje aku lambat, alang2 ada international World Cup qualifiying. Tahniah buat team2 yang dah lepas, Italy terutamanya.. huhu

Friday, September 25, 2009

Weekly Performance : WEEK 5

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Fantasy Football seluruh donia, tak kira yang point banyak dan tak terkecuali yang point sket. Maaf zahir dan batin untuk segala yang aku buat, pengurusan aku, tindakan aku, riak rupa aku dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan aku berkaitan dengan deme semua (berapa banyak 'berkaitan' da). Macam biasa, aku still lambat lagi buat review, walaupun aku sendrik yang bold pada minggu yang berkenaan. Tapi tarak had sebab rasanya kekawan paham dengan situasi aku hari2, nak2 time minggu raya ni.
Cakap pasal raya, tima kasih kepada member2 yang bertandang ke rumah dan tak terlambat lagi kalu aku nak mengajak deme semua ke rumah aku di Tersang nih - datang je bebila, asalkan aku ada di rumah, samada ada menda nak makan atau tidak, akan aku adakan gak demi kekawan. Hehe

Hari raya tahun ni merupakan pertama kali buat aku beraya bersama famili mertua. Mungkin beberapa manager fantasy yang bersembahyang raya di masjid Lechar, Dong agak terkejut dengan kehadiran Champion liga kita bersama bersembahyang di sanun. Berkemungkinan doa yang panjang dari kekawan, penyebab bagi boost team fantasy aku. Tima kasih.
Permulaan bulan Syawal ni, team aku, Arsenal U30 bold dengan point yang agak banyak gak, 152 - nampak cam banyak banding ngan point2 team fantasy Raub Championship yang lain, tapi agak kecil banding dengan world rank yang dapat 192.5?!

Penukaran saat2 akhir dari Van Persie (10.5) ke Torres (25.5) sangat2 membuahkan hasil bagi team fantasy aku. Dan tak sangka Vermaelen (33.5) bleh plak score dua bijik. Manager2 yang takde defender Arsenal ni, mmg akan sakit jiwa trus menjunamkan team mereka ke lembah kehinaan. Ayam Tua Yus yang kuat berkokok pada awal2 season skrang sudah pun memegang jawatan Presiden Reban yang diidam2kan. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Kekadang aku cam rasa kesian plak pada member2 yang point sket, nak2 bila time aku bold - seolah2 cam aku membuli korang plak. kekeh.. Rasanya aku takde la hebat sangat, apa yang penting (bukan kerjasama) ialah usaha tangga kejayaan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Berfikir sebelum membuat tindakan, tapi kalu banyak pikir pun kalu tak buat research pun tak guna gak. Pepandai a korang fikir/renungkan sendrik. Bubuy!

Thursday, September 17, 2009

Weekly Performance : WEEK 4

Ye, ni lah orangnya, Saifi atau team fantasynya, JambanMU FC. Memang tepat pada hemat aku, pemilik team ni adalah seorang penyokong kelab lain yang sama seperti aku, anti-MU.com. hehe. Diperkenalkan oleh Azry kepada liga Fantasy Football Raub ni. Berumur 28 tahun, suka berkenalan dengan rakan-rakan baru (hehe), berasal dari Batu Pahat, Johor, bold pada Week 4 ni ngan point 108.5.

Tahniah diucapkan, kerana beliau merupakan insan pertama (newbies) dalam league yang bold selain dari 3 orang lama dari minggu2 yang lepas.

Sory, kerana agak terlewat gak aku post review ni - internet susah le, nak buat kat sekolah rasa cam makan gaji buta plak. So, time keje, kita keje, time berseronok, kita enjoy yeah! time kena kutuk, jangan nangis ek.
Sehingga kini, pas dah hampir 3 minggu dateline contest ni close, rasanya semua masih lagi mencari2 rentak kemenangan. Team aku, alhamdulillah ok, bermula dengan agak baik season ni. Kepada rerakan yang berada dalam Reban (rank 8 ke bawah) buat masa ni, jangan risau, champion yang hensem season lepas pun pernah suatu ketika menghuni Reban (sejauh rank 15), tapi akhirnya berjaya juga merangkul kejuaraan dengan megah sekali.. hehe.

Pesanan penganjur; jangan lah cepat berputus asa, usaha tangga kejayaan. Kalu dah awal2 season ni, dah nangis keciwa, maka cadangan aku pakailah skirt pergilah ke lorong2 gelap untuk menjual kehormatan anda sebagai seorang gay..kerana itu adalah yang terbaik utk anda kekeh. Hanya mereka yang kompeten dan bersemangat waja saje yang layak berada di liga nih.. no cry babies ya.

Okey, rasanya tu jek - banyak cakap krang kurang plak pahala posa aku. Hehe.

Kalu ada game di padang sehingga full time kita stay lagi,
Kalu ada umur yang panjang sehingga kita berjumpa lagi.

Selamat menyambut Aidilfitri ujung minggu nih, bersama kita dihidangkan pula ngan game
Chelsea v Spurs dan
Man
U v Man City.. go go go!

p/s: malas nak cakap pasal game EPL minggu lepas.. you know (damn Adebayos!)

Saturday, September 5, 2009

Weekly Performance : WEEK 3


Akhirnya post review pertama untuk season 2009/2010, yang sangat dinanti-nanti ini keluar selepas tamatnya registration untuk group Raub Championship pada 1 September yang lalu. Kita boleh lihat (pada pic rank), penyertaan untuk sesi kali ni, bertambah sehingga 25 team (season lepas = 22 team), walaupun ada 2-3 orang kekawan aku yang tak join lagi (sedih kan?) hehe.. Mungkin pengalaman lalu yang mengajar mereka tentang erti kekalahan dan liku-liku kehidupan, samada di atas dunia atau di dalam reban?! Walaupun pedih tapi kena paksa telan gak walaupun di bulan Ramadan yang mulia ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada rerakan yang still support contest ni. Sebenarnya game ni bukan saje mengenai kemenangan, kekalahan, kerebanan atau kejuaraan saje, tapi ia adalah mengenai kita, komunikasi kita, pergaulan kita, pengurusan hidup kita, emosi dan jasmani (ai , macam bagi ceramah motivasi plak)

Berbalik kepada tujuan post review Week 3 nih, pastinya Didi, ataupun team fantasynya livertorres sangat bangga dan gumbira kerana bold untuk minggu nih - kebetulan plak keboldan dia selari dengan niat aku nak buat review pas 1 September. So, gambo dia la kat atas nu - masih bujang tapi sudah bertunang, suka memancing dan mengumpul spesis pelbagai jenis rerama.. kekeh

Walaubagaimanapun, jangan dilupakan mereka yang dah bold sebelum Week 3 ni. Aku sebagai champions season lepas, bold seawal minit pertama Week 1 bersama team Arsenal U30 aku. Mungkin tindakan aku bold awal2 menyebabkan rerakan yang nak join agak gentar dan bisa memutuskan harapan mereka, tapi tidak, malahan kita nengok skrang dah ada 25 team fantasy untuk sesi 2009/2010 nih. Tahniah diucapkan, mungkin usaha anda itu, boleh mencabar aku untuk jadi Champion kali ke-2 liga Raub Championship. Week 2 menonjolkan Alif sebagai pembold ngan team ala Liverpoolnya, SuperbReds. Walaupun pada masa sekarang, dilihat team-team budak Liverfool yang menerajui liga, tapi tidak ke mana akhirnya, budak Arsenal jua akan menjadi juara..(team-team dari Italy lagi la tak nampak) huhu

Uih, cam panjang gak review aku nih - tak bleh tido pas bersahur, nak peluk bini pun takut terlajak plak, so, ngadap laptop je la aku. hehe. Sebelum aku akhiri review pada kali ni, biar aku listkan dulu comparison antara peserta2 Raub Championship pada musim ni;

Orang Lama:
SuperbReds
livertorress
TheGunnersJr
Arsenal U30
Penyamun Background
Tuan Haji Misai Kementot II
JFCM
Klara FC
Winning Eleven
Raub FC
Football System
Panthers II...
owen's paradise
bunyi yang di lihat
HoRnY_RoMaNo
JIM DOMINOE'S
SagaTo fc

Newbies/Budak baru belajar:
JambanMU FC
ain FC
Creed FC
Restaurant City
juara tahun lepas@bibiq
Jenin CF
Malim Deraman
Bekas Pensil FC

Rasanya itu je dari aku. Sebarang pertanyaan/komen yang membina/luahan perasaan, korang bleh trus je komen kat post ni ataupun kat chat box kat sebelah kanan blog ni. Selamat Berpuasa kepada yang muslim, semoga bertambah-tambah la amal kita walaupun di mana kita berada, tak kira di dalam Reban atau di luar, dunia yang indah permai ini.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Tuesday, May 19, 2009

Weekly Performance : WEEK 35

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada rerakan sekalian.. Sory sebab dah dua game aku tak buat review. Walaupun ada yang tak berapa peduli dah (sebab dah contest kita dah sampai ke penghujung) tapi aku pasti ada gak yang menanti2kan review aku buat, khas untuk menjelaskan akan prestasi, kecekapan dan kemandulan player2 dan manager dalam EPL nih. Mungkin aku agak busy, nih pun semalam baru balik dari KL (sampai Tersang kul 1 siut-mintak maaf pada kekawan, walaupun ada di KL, xsempat nak mengunjung deme) , ke hulu ke hilir sampai tahap bocor a clutch pump.. hehe (thanks - tribute to Azry n The Geng).

Tapi aku nak mengaku, memang aku tak ambik apa2 PHD lagi, so masa yang hilang mungkin adalah disebabkan efficiency aku sebagai manusia tak mencapai 90% lagi kot. Hehe.. apa yang aku mengarut. berbalik kepada tujuan asal. Week 35, iaitu game kedua last untuk season 08/09 nih. Ei si Oshea, telah bold ngan team Tuan Haji Misai Kementot point 90 jek. Memang agak hambar persembahan player sama ada real dan fantasy, ditambah lagi manager2 Raub Championship yang dah tak berapa nak main, mungkin harapan mereka telah musnah dek team Selamat Pagi Cinta? hehe

Mungkin game last Week 36 ni, adalah nak menentukan Champions Raub Championship season 2008/2009. Aku rasa, ni antara team aku ngan team Faizul jek, sory a geng, korang jauh sangat la dude! hehe.. Nice!
~huhu

Wednesday, April 29, 2009

Weekly Performance : WEEK 32

Ray yang dilaporkan lupa password email Yahoo! (ada juga ura2 mengatakan yang dia disabotaj.. hehe) memboldkan diri dengan ajaib dan kebetulannya untuk WEEK 32 nih. Team Saudagar Hussien Lempoyang, dengan unchange line-up sejak beberapa bulan yang lalu, hanya dilihat mendahului semua team dalam liga Raub Championship pada WEEK 8 dulu.

Minggu ni cam rasa tak pueh ati gak sebab ada player dah beli tapi aku jual n score banyak plak. Thank God Robinson yang harga 1++ memulangkan modal dengan cemerlang sekali.

Semoga hari ni lebih baik dari semalam dan tahun ni lebih baik dari tahun lepas.. Whatever..

Friday, April 24, 2009

Weekly Performance : WEEK 31

Aku baru je buat artikel tentang Wandi ni (rujuk Hall of Fame : Season 2004/2005), tetiba plak dia bleh bold WEEK 31 nih. Sebenarnya aku sendiri pun xperasan team devils paradise ni, sebab kekadang naik, top ten n kebanyakannya ada di bawah ler - tak mengancam aku pun, so memang aku tidak menyedari kehadiranmu di sisiku.. hehe (jgn marah cikgu)

Boleh dikatakan lumayan gak point kita minggu ni, sapa yang xbeli Ashavin atau Torres, memang berasa amat tertekan, nak-nak di waktu-waktu pengakhiran season 2008/2009 ni. Kalau nengok world punya rank, highest point diorang dapat ialah 200.5! - so, kalau takat 130++ something, apa la sangat kan..

Perubahan rank masih lagi terjadi, sama ada dalam top 5, mahupun di dalam reban itu sendiri. Ketua Pemberontak Ayam2 Di Perantauan Raub, En Yusri, sudah pun berada di tempat ke-4, membenam owner Anak-Pahang.Net ke tempat ke-8 sekali gus ditabalkan Presiden Reban untuk minggu ni.

Walaubagaimanapun jangan kita berputus harapan, tinggal 5 game untuk season ni (atau 6 game untuk MU n Wigan) boleh mengubah kehidupan kita dalam bidang football fantasy. Usaha tangga kejayaan, jangan berjanji untuk melarikan diri- nasihat aku selalu kepada rakan-rakan seperjuangan.

Rezeki tidak datang bergolek, selalu2 lah nengok Football Forecast kat ESPN.. hehe. Bubuy!

Monday, April 13, 2009

Weekly Performance : WEEK 30

Sekali minggu yang mengenai the boy name Kropol. Budak Tersang yang berumur 28 tahun ini masih lagi belum berumah tangga , berjaya memboldkan teamnya, Panthers... untuk 2 kali berturut2 dengan point yang agak jauh gak mereka2 yang lain untuk mengejarnya. Bagi aku yang sentiasa mengikuti pergerakan point untuk semua member2 dalam Raub Championship ni, berasa agak terancam gak ngan performance yang ditunjukkan oleh saudara Kropol ni. Bagiku, Faizul aka Kuntum bukan lagi seorang manager yang dapat mengugat kedudukan aku skrang.. hehe (jgn marah a faizul)

Kita boleh lihat, Week 30 menunjukkan peningkatan bagi sesetengah team, dari segi rank. Sebagai contoh, team keteri fc 08/09, yang dimanagerkan oleh en Melan yang berasal dari Perlis. Sudah pun berada di tangga ke-4. Team Ayam Tua, Alex Del Piero, yang sudah berada di luar reban. Tidak kurang juga bagi team yang terus menjunam ke tangga hina reban. Alasan tak pedulik atau tak sempat tuko player bukanlah alasan yang boleh dipertimbangkan atau diterima umum. Pengecut atau tidak, bukanlah ukuran tetapi itulah hakikatnya. Pembakaran akan tetap berlaku walaupun hujan di negeri sendiri (bermadah-madah la plak)

Alang-alang aku rajin plak nak post review ni, aku nak buat sket post-mortem untuk Week 30 nih.

Sini aku listkan player2 yang rugi kalu tak beli, patut boleh beli:
p/s: dalam kurungan adalah harga sebelum

Drogba (7++) - 2 gol + gol kemenangan lagi = 24 point
Arshavin (6++) - 1 gol, memula tak sangka dia boleh bagi banyak point, tapi rezeki, nak buat guana = 22.5 point
Krancjar (8++) - 1 gol freekick = 18.5 point
Torres (14++) - 2 gol+winning goal = 22.5 point

Pastu, player2 yang sebab tamak beli tapi rugi:

Ronaldo (24++) - 1.5 point jek, season yang memain baginya
Adebayor (17++) - ingat boleh a hatrick ke apa = 1 point
Gerrard (20++) - memang dah tau doubtful, ingat boleh main, rupanya tak = 0 point

Aku ingat itu jek, kalu ada masa lagi aku post prediction ek (bila dah duduk atas ni, mesti a prediction aku boleh pakai kan)
huhu~

Wednesday, April 8, 2009

Weekly Performance : WEEK 29

Setelah mencari2 dan mencuri2, aku ada gak masa nak tulis weekly performance minggu ni. Firstly, aku nak berterima kasih pada Azry aka Akagi (Raub FC) kerana buat advertise secara besar2an untuk blog Raub Champions kita ni kat Anak Pahang Dot Net. Moga blog ni menjadi panduan kita dalam mendalami dunia fantasy football, walaupun ada geng2 kita yang xsanggup dah nak singgah ke blog ni kerana mutasi ayam yang teruk berlaku ke atas mereka.. haha!

Berbalik pada tujuan sebenar. Gambo budak Tersang kat atas tu menunjukkan team dia dah bold Week 29 ni. Walaupun Kropol seorang yang tak menentu orangnya (kejab hip hop, kejab grindcore, kejab irama malaysia dll), tapi team Panthers... berjaya mengekalkan kedudukannya di 3rd place kat Liga Raub Championship. Sedangkan team aku, telah pun berjaya berada di puncak agung liga. Terima kasih pada kekawan sejawat yang banyak memberi galakan dan sokongan.. kekeh! terutama pada mereka yang berada dalam lingkungan reban.

Semoga rerakan lain (rebanman khasnya) boleh mencabar kedudukan aku di puncak liga ni. Kalu tak busan a, cam compete ngan bapuk plak - dah kalah nangis. Pikir2 kan la ye, kalu aku terRiak tu, jangan marah ha, tak berniat pun cuma bergurau senda kita ada nya.. hehe. Bubuy!


Tuesday, March 17, 2009

Weekly Performance : WEEK 27



Akhirnya.. setelah dinanti-nanti, Ayam Tua Yus berjaya juga mendapatkan tempat di Reban kesayangannya. Adiknya, Kedidi, meluangkan masa mencari rakan-rakan lain di luar untuk menentang abangnya, mendapatkan semula takhta Reban Yang Terunggul!!

Yus yang baru menetas keluar dari cengkerang telurnya, masih lagi belum pandai berdiri dan berjalan. Mintak tolong sangat2 kepada rakan2 Reban yang lain memimpinnya supaya menjadi seorang tokoh Reban yang disegani dalam dunia ayam.









Untuk WEEK 27, memang xbanyak sangat point yang kita dapat dari game ujung minggu ari tu. Aku sendiri yang bold pun, baru dapat 91 point jek minggu ni. Walaubagaimanapun tu dah cukup untuk team aku, Selamat Pagi Cinta merapatkan diri untuk mendapatkan takhta liga Raub Championship 08/09 ni. Harap team Jackass usaha lebih sket untuk menjauhkan diri dari aku ek.. kekeh! (mengapa la korang semua ayam sangat, hina siut)

Apa pun aku taknak riak dulu, usaha + doa kepada Tuhan selalu semoga rezeki aku melimpah ruah tahun ni. hehe. Manchester United yang konon boleh jadi champion pun bleh kena belasah kat Old Trafford ngan pasukan everFOOL tu, cheh! Blah a MU, korang menang a berapa bijik piala pun, kalu dah kena hina cam tu, 100 tahun pun tak bleh nak hilang cop '1-4 LiverFOOL Won' kat bontot tu.. haha!

Jangan marah, nanti kena jual - ayam sekarang mahal gak wei.. Bubuy

Thursday, March 12, 2009

Weekly Performance : WEEK 26

Review yang ditunggu-tunggu sudah tiba, sama ada ketibaannya mengecewakan atau mengembirakan, kenyataan haruslah diterima dengan sepenuh jiwa dan raga.

WEEK 26 ada 2 game untuk tiap team kecuali Blackburn n Fulham ada 3 game, yang mana baru je abis semalam ngan score 2-1 (Blackburn). Tu la sebab, kalu tak dapat, paling bangsat 100 point pun minggu ni, memang sangat la ayam akan dirinya.

Masih lagi tak sampai hajat aku untuk melihat Yus aka Ayam Tua, berada di singgahsana Reban. Aku akan terus menanti saat itu, sambil sama membawa team aku ke puncak liga Raub Championship ni. Ingatkan boleh bold minggu ni, tapi Alif , ngan ajaib dan tak sengajanya membawa RafaBoys FC terbold ngan point 216.5, jauh meninggalkan yang lain.

Dalam pada itu, team-team lain (yang berada dalam reban khasnya), terus bersemangat mencari jalan keluar dari reban, macam cita Chicken Run tu. Sehingga menerbitkan kata-kata hikmah penawar hati untuk terus survive dalam arena season 08/09 ni. Berikut merupakan motto terbaru antara team-team yang ada dalam liga kita;


Alex Del Piero - "Tak Atas Tak Pe, Jangan Masuk Reban Dah"

livertorres - "Aku Tau Aku Ayam, Reban Aku Punya"

Football System - "Lari-Lari Luar Reban, Tak Abis Round Masuk Semula"

Winning Eleven - ". . . ." (tak dapat ditafsir, tengah mengeram kot)

Panthers... - "lanciau.."


Pendek kata, selagi belum tutup mata... reban, reban la juga tempat mereka. kekeh! Ok, bubuy then..

Thursday, February 26, 2009

Weekly Performance : WEEK 25

Beberapa minggu telah berlalu sejak kebangkitan aku ke puncak liga, dan mungkin ke No 1 dalam 2-3 game lagi untuk menamatkan dengan pengakhiran berdedak season ni. Dalam pada itu, Raub Champions semakin suram. Dari segi statistik, aku bleh perasan yang ada gak yang jenguk2, tapi komen dan jauh sekali nak post artikel memang xde. Banyak faktor manusia yang aku kaji menyebabkan berlakunya fenomena ini, contohnya;

1) malu menjadi ayam, walau berkali2 aku ingatkan "ingat asal usulmu"
2) segan dengan taji yang tumbuh di kaki
3) jeles dengan kehandalan cikgu Hassan

hehe, macam2. Ok, untuk Week 25, Azry berkongsi punggung dengan Melan dengan point 99 bold minggu ni. Team Raub FC n keteri fc 08/09 yang agak tak menonjol sebelum ni, tetiba bersatu hati memboldkan diri pada minggu yang sama.

Review untuk Week 24 xde sebab point delay dari Yahoo! untuk game MU vs Fulham, menyebabkan aku maleh nak buat walaupun aku sendirik yang bold untuk minggu tu.

Sehingga berjumpa lagi untuk next review, Week 26. Diharap rerakan masih lagi tidak berputus asa dan still bersemangat walaupun berada di kedudukan yang .. boleh a dikatakan agak hina.. kekeh!

bubuy, go go go!