Wednesday, December 28, 2011

Hall of Fame : SEASON 2010/2011

Kembali menulis di sini. Memang lama gilo dah tak post apa-apa kat sini - baru dua orang anak, dah macam jadi PM. Tak sempat, bila ada masa, idea plak tak de. Ni baru nak ada, tu pun setelah dikenakan dengan 28 point minggu lepas!, memang hina gile rasa. Takpe, peringatan untuk champion ini beraksi dengan sepenuh kuasa. POWER UP!!

Season 2010/2011

Mementang aku tak menang season lepas, lambat-lambat je buat review.. hehe. Takpe, ni khas untuk ko, Yus. Pui!

Menampilkan Man Utd sebagai pemenang EPL. Arsenal dapat gak tempat dalam Champions League, dan sekarang tinggal dia dan Chelsea sahaja beraksi dalam liga handalan itu. Man U mana? - main Europa League? Liga hina tu? haha. Bergelumbang la semua fan Man U dengan taik-taik hinaan kelab bawahan.

Aku, secara ikhlasnya, memang nak menang liga Raub Championship kita ni buat 3 kali berturut-turut melengkapkan hatrik. Tetapi hati kecilku berkata; "kalau aku asyik menang je, mesti bebudak ni jadi boring dan putus asa untuk season-season yang mendatang". Abis tu, boring la aku, takde keseronokan kalau tiada ayam di reban nanti? (buat info untuk pembaca, aku ni memang suka makan ayam.. hehe), so dengan tak ikhlasnya aku ala-ala tutup mata je tuko player last gameweek season 2010/11, dan.. ia berhasil. Tahniah Yus, dengan team Juventus Rawang.

Dengan berpandukan table di sebelah, boleh kita rungkaikan bahawa, tidaklah jauh pun kan antara team penganjur (NASIRA 8) dan Juventus Rawang (dah aku cakap, memang aku bagi je.. haha). Yang lain di bawah, hanya meminta simpati kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan kehidupan di gelangan reban. hehe.

Kesimpulannya;

Champion: Yusri KRU (Juventus Rawang)








Runner Up: Penganjur Yang Hensem (NASIRA 8)








Third Place: Kropol Tersang Boy (Panthers III)








Fourth Place: Alif Skrtel (THE KOP)








Fifth Place: Didi Alias (Liversuarez)









Season 2011/12 Performance


Rajah di atas menunjukkan performance top 5 dari season 2010/11 untuk season 2011/12 hingga ke gameweek 18. Tak guna leading awal-awal jika kecundang di akhiran.. hehe. Kalau nak motivasi lebih, sila kaji line warna merah.

Selamat berfantasi (bukan masturbate ye.. haha)

Thursday, December 9, 2010

Hall of Fame : SEASON 2006/07

Pas post prediction untuk WEEK 17 pagi tadi, jadi cam syok plak nak menaip - alang2 ada masa ni, skrg bukan senang nak ada ruang update blog ni, tak tau a bila aku ada anak kedua nanti (insya Allah), langsung nak tuko player pun susah kot.. hehe. Bukan pe, sebab untuk column Hall of Fame ni tak terkini langsung maklumatnya - at least kalu bebudak luar termasuk ke blog kita ni, bleh kenal previous champion kan.. hehe (yang maklumnya didominasi oleh aku - kira syok sendiri a nih) Ah, pedulik apa

Sebenarnya season 2006/07 ni maleh gak aku nak bukak semula bukunya, yang mana Man United, team yang dibenciku, start menang semula league EPL nih. Nyampah.. walaupun kita maklum bebudak geng MU ni bukan handal pun dalam fantasy football.. kekeh!

Aku, time season ni, emm, aku kat maktab sebenarnya. Baru nak dilatih untuk menjadi seorang cikgu Fizik kat MPRM nu. Busy time ni, banyak assignment, nak present itu ini, tapi aku yang dah memang gila fantasy football ni, sanggup cari mana2 wifi-hotspot kat dalam maktab semata2 nak memenuhi nafsu serakah fantasy footballku.. dan ianya berhasil = aku jadi Champion season ni!

Korang boleh tengok figure kat sebelah. Aku dah mula pakai Excel untuk simpan data history game fantasy football bebudak Raub - senang sket nak buat rujukan. Lagipun, ramai gak penyokong Liverpool di kalangan bebudak Raub, yang mana diorang sangat berbakat dalam menceritakan cerita sejarah2 purba yang lampau, 100 atau 50 tahun sebelum ni.. haha.

Oh, lupa plak, team aku mestilah Real Jebone. Runner-up season 2006/07 ialah Ray, ngan team Ahli Mesyuarat Tingkap.
Time ni takde lagi berbayar, itu yang banyak team masuk, ayam2 belaka. Terima kasih kerana turut serta, moga season2 yang akan datang, boleh la anda menyumbangkan lagi telur di reban kami.. kekeh!

Konklusi:

Champion Season 2006/07: Hassan (Real Jebone)
Runner-up: Ray (Ahli Mesyuarat Tingkap)

My Prediction : WEEK 17


Agaknya dah berapa lama aku tak update blog ni ngan post2 aku yang 'bermanfaat' kepada semua? Lama gila, nanti aku check.. uish, dari bulan 8 start aku promosi league Raub Championship 2010/11 lagi. Takpe, here i come guys! hehe

First post untuk prediction season ni. Dah tengah season, baru aku buat prediction ek - biasa la, sebelum2 ni duk rank kehinaan, sekarang dah no 2, ok la, baru ada bukti aku setaraf Sheeby.. haha!

Ok, WEEK 17, kebanyakan game main hari Sabtu, 11/12 dan Ahad, 12/12 kecuali game terhebat Man Utd vs Arsenal main hari Isnin (pagi2 buta hari Selasa - waktu Malaysia). So aku start ngan game ni dulu a:

Man Utd 2 vs Arsenal 2

Seri? Kalu ikut aku yang berideologi Arsenal ni, memang aku letak 0-4 dah, tapi kena logistik dan materialistik la sket kan. Arsenal sekarang tengah form la gak (Nasri terutamanya). MU pun tak bleh pandang rendah, game last diorg, bantai Blackburn 7-1 (sebab minggu lepas diorg nye game ngan Blackpool postpone sebab 'sejuk').

Injuries (doubtful): Hargreaves, Owen, Valencia, (Ferdinand, Scholes), Vermaelen, (Almunia, Diaby, Fabregas, Djourou)

Fantasy Watch: Rooney, Nani, Nasri, Arshavin

Game lain (aku tak preview semua, maleh, ambik game2 yang syok jek);

Spurs 1 vs Chelsea 2 (main hari Ahad, 12/12)

Chelsea sekarang berada di tahap yang agak memalukan la gak (sebagai Champion holder), tak pernah menang (game EPL la) sejak kalah ngan Liverpool awal bulan November dulu, dah sebulan la maknanya menjadi Loser? Itu pun game Champions League semalam kalah. Spurs walaupun ketiadaan key player utama, Van Der Vaart, boleh a dikatakan stabil ngan last kalah pun ngan Bolton sebulan lalu.

Injuries (doubtful): Kaboul, King, Van Der Vaart, (Kranjcar, Jenas), Alex, Benayoun Si Yahudi, (Lampard, Zhirkov)

Fantasy Watch: Bale, Drogba, Malouda

Newcastle 1 vs Liverpool 1 (main hari Sabtu 11/12)

Lebih kurang je dua team ni, beza point pun dalam table EPL cuma 3 point jek. Dua2 ramai player utama injured. So, bergantung kepada kehandalan manager diorang (ai lupa plak Newcastle xdok manager lagi) mengatur taktik. Sebabkan fakta2 demikian, aku letak seri ngan jumlah gol yang kecik je a. Memang a liverpool dah cam dapat balik form, tapi selalu kat away diorang suck.

Injuries (doubtful): Ryan Taylor, Ben Arfa, (Barton, Nolan), Agger, Carragher, (Gerrard)

Fantasy Watch: Carroll, Barton, Torres, Meireles

Game lain;

Sabtu, 11/12
Everton 2 vs Wigan 1
Fulham 0 vs Sunderland 0
Stoke 2 vs Blackpool 0
West Ham 0 vs Man City 2
Villa 2 vs West Brom 2

Ahad, 12/12
Wolves 1 vs Birmingham 2
Bolton 1 vs Blackburn 0

Agaknya itu je dari aku kali ni, bye2 then!

*edited: waktu game

Wednesday, August 11, 2010

Raub Championship : The 2010/11 Challenge!


Assalamualaikum.. kepada rakan2, manager2 Raub Championship serta pengunjung2 yang selalu bertandang ke blog Raub Champions ni. Bulan Ramadhan, bulan mulia, ibadah kita jangan lupa, kita balun cukup2 dan tak lupa EPL juga nak start hujung minggu ni.

Aku tau, memang agak lewat buat announcement ajak korang join league kita untuk season 2010/2011 nih. Tapi rasanya takde hal, korang yang selalu energetik, pantas bertindak, pastinya takkan melepaskan peluang untuk bertanding lagi dalam liga fantasy football yang sememangnya wajib bagi kita tetiap season EPL. Walaupun champion season lepas still aku (hehe), pastinya korang takkan berputus asa untuk terus menghalang aku untuk jadi juara plak season ni (amboi bongkaknya)

Ok, (banyak plak intronya) aku dah create group dalam Yahoo Fantasy Football. So, korang semua bleh dah join bebila. Tahun ni aku longgarkan sket la, kira aku terus je bagi id n password, korang terus bleh masuk tanpa bayar dulu, tapi ada dateline plak untuk menjelaskan fee tersebut - kalu tak bayar, aku delete je terus, bukan apa, karang bayar lambat krang tengah2 season, rank plak kat bawah2 je, trus tak bayar yuran, kan ganggu sistem tu. hehe

Raub Championship 2010/2011

id no: 5685
password: karimlagi

Setelah aku buat meeting (secara online jek) ngan ahli2 lembaga Raub Championship, kami setuju nak up sket yuran season ni jadi RM30 . Setelah ditimbang2, semua setuju nak buat BBQ daripada collection yuran tu n additional hadiah sket untuk rank yang di atas. So, tiada la unsur2 judi sebab takde yang rugi, semua merasa. At least, pas raya (aku bagi dateline sampai 17 September 2010) semua dah bleh setel yuran

Kalu ada member yang nak bayar awal, lagi bagus. Korang bleh terus je bagi duit ke aku, sama ada;

- cash terus (cari la aku, ada di Tersang nu)
- bank-in ke akaun aku HASSAN @ ABD RAHIM BIN RAMLI (online atau kat ATM) Maybank 156132590518 CIMB 06080070559521

Ok? Rasanya xde masalah. Apa2 hal, contact je aku: 0129864802 @ exmaroefu@gmail.com

Kepada mereka yang masih baru dan tak berapa paham, bleh rujuk post Yahoo Fantasy Football : The Basics

Wasalam..

Tuesday, June 8, 2010

Raub Championship 2009/2010 : The Final Review


Rasanya lama gila gak aku tak update blog ni. Memang lama gila a, bayang a, dari bulan 2 ari tu, soryla kepada kekawan yang setia/selalu bertandang ke sini tapi akan click 'Back' dengan hampa dan juga dapat point bold tapi tidak direviewkan.. hehe. Ntah, kekadang rasa xde masa, tapi bila ada masa, malas plak aku nak menaip menda2 kat sini. Sejak aku ada anak ni, memang maleh betul nak update post terbaru. Mungkin liga kita, Raub Championship tidak sepanas season lepas, suram, kelam, menyampah, point sket, Hassan asyik menang jek, Hassan handal sangat.. dan sebagainya.. haha.

Kalu nengok real-time EPL baru2 ni, champion ialah Chelsea, Runner-up; Man Utd, Third place; Arsenal, Fourth; Tottenham.. dan lain-lain (tak perlu disebutkan sebab ayam sangat - nak2 yang dalam gerombolan Europa League)
Untuk liga kita, Raub Championship plak, season 2009/2010..


Klik rajah di sebelah; final rank Raub Championship season 2009/2010, dengan tiada perubahan di tempat pertama, ketiga, dan yang 'bawah-bawah' nu.. kekeh! Kekadang rasa cam syok sendirik plak buat review untuk kemenangan diri sendiri, tapi nak buat camane, dah aku yang menang. Kalu orang lain menang pun, aku buat gak kan review (tapi boleh ke?.. hehe) Sudah, sudah ruang untuk memuji diri sendiri - takut akan memanaskan ayam-ayam di bawah plak nanti. Sapa plak nak makan diorang semua bila diorang dah jadi Ayam Masak Merah nanti.. haha.. Hai, ayam2. Kokok sket, aku nak dengar tangisan korang tu.

Ok, ok. Kembali kepada pemenang2 liga Raub Championship (sort by rank);

THE CHAMPION
Team: Arsenal U30
Manager: Hassan Ramli (aku ler tu)
Previous season: 1st (asyik menang jek)
Pencapaian terbusuk season ni: 5th



RUNNER-UP
Team: JFCM
Manager: Yusri Kamal
Previous season: 6th
Pencapaian terbusuk season ni: 11th



THIRD PLACE
Team: Panthers II...
Manager: Kropol @ Rizal Tersang
Previous season: 3rd jugak
Pencapaian terbusuk season ni: 19th



FOURTH PLACE
Team: SuperbReds
Manager: Alif (takde gambo ko, mana aku nak cari wei)
Previous season: 14th
Pencapaian terbusuk season ni: 10th



FIFTH PLACE
Team: TheGunnersJr
Manager: Muhammad Jamil
Previous season: 15th
Pencapaian terbusuk season ni: 7th




Analisis Keseluruhan


Ai, ada post mortem plak? (hehe, memang xde keje betul)
Berdasarkan graf di atas, menunjukkan pergerakan ranking the Big Four liga Raub Championship dari start season sampai ler ke final game hari tu.

Facts:

- champion season ini aka Arsenal U30 leading 1st start dari week 5 lagi
- perebutan tempat kedua dan ketiga makin hebat start dari week 21
- team Kropol (3rd place) pernah menduduki tempat terhina 19
- team Alif (4th place) pernah gak 'sentuh' 1st place tapi sempat 2 minggu je ler
- paling banyak bold season ni dimenangi oleh team JFCM (tapi xde extra hadiah la, sory)
- ramai gak yang dah jadi 'pekongsi tidur' setelah putus asa dan hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.. kekeh!


Conclusion

Ntah, aku pun tak tau masa depan Raub Championship ini di masa2 akan datang. Kemurungan, buat2 tak tahu, hilang ingatan rakan2 mengenai liga kita menyebabkan aku tak pasti samada contest fantasy di peringkat daerah Raub yang terunggul ini akan diteruskan di season2 yang mendatang. Kalu ada niat pun, biarlah orang lain yang handle - bukan apa, tiada la keraguan kan kalu pengajur yang handle tu bukan la orang yang asyik jadi champion je sentiasa, kan? hehe.

Mengenai penyampaian hadiah kepada pemenang, aku cadang nak buat BBQ untuk semua, dan perlukan gak bantuan kekawan dalam menjayakan majlis itu. Tarikh akan diberitahu..

Ini je agaknya buat masa sekarang, bubuy then!