Showing posts with label hall of fame. Show all posts
Showing posts with label hall of fame. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Hall of Fame : SEASON 2010/2011

Kembali menulis di sini. Memang lama gilo dah tak post apa-apa kat sini - baru dua orang anak, dah macam jadi PM. Tak sempat, bila ada masa, idea plak tak de. Ni baru nak ada, tu pun setelah dikenakan dengan 28 point minggu lepas!, memang hina gile rasa. Takpe, peringatan untuk champion ini beraksi dengan sepenuh kuasa. POWER UP!!

Season 2010/2011

Mementang aku tak menang season lepas, lambat-lambat je buat review.. hehe. Takpe, ni khas untuk ko, Yus. Pui!

Menampilkan Man Utd sebagai pemenang EPL. Arsenal dapat gak tempat dalam Champions League, dan sekarang tinggal dia dan Chelsea sahaja beraksi dalam liga handalan itu. Man U mana? - main Europa League? Liga hina tu? haha. Bergelumbang la semua fan Man U dengan taik-taik hinaan kelab bawahan.

Aku, secara ikhlasnya, memang nak menang liga Raub Championship kita ni buat 3 kali berturut-turut melengkapkan hatrik. Tetapi hati kecilku berkata; "kalau aku asyik menang je, mesti bebudak ni jadi boring dan putus asa untuk season-season yang mendatang". Abis tu, boring la aku, takde keseronokan kalau tiada ayam di reban nanti? (buat info untuk pembaca, aku ni memang suka makan ayam.. hehe), so dengan tak ikhlasnya aku ala-ala tutup mata je tuko player last gameweek season 2010/11, dan.. ia berhasil. Tahniah Yus, dengan team Juventus Rawang.

Dengan berpandukan table di sebelah, boleh kita rungkaikan bahawa, tidaklah jauh pun kan antara team penganjur (NASIRA 8) dan Juventus Rawang (dah aku cakap, memang aku bagi je.. haha). Yang lain di bawah, hanya meminta simpati kerajaan Barisan Nasional untuk meneruskan kehidupan di gelangan reban. hehe.

Kesimpulannya;

Champion: Yusri KRU (Juventus Rawang)








Runner Up: Penganjur Yang Hensem (NASIRA 8)








Third Place: Kropol Tersang Boy (Panthers III)








Fourth Place: Alif Skrtel (THE KOP)








Fifth Place: Didi Alias (Liversuarez)









Season 2011/12 Performance


Rajah di atas menunjukkan performance top 5 dari season 2010/11 untuk season 2011/12 hingga ke gameweek 18. Tak guna leading awal-awal jika kecundang di akhiran.. hehe. Kalau nak motivasi lebih, sila kaji line warna merah.

Selamat berfantasi (bukan masturbate ye.. haha)

Thursday, December 9, 2010

Hall of Fame : SEASON 2006/07

Pas post prediction untuk WEEK 17 pagi tadi, jadi cam syok plak nak menaip - alang2 ada masa ni, skrg bukan senang nak ada ruang update blog ni, tak tau a bila aku ada anak kedua nanti (insya Allah), langsung nak tuko player pun susah kot.. hehe. Bukan pe, sebab untuk column Hall of Fame ni tak terkini langsung maklumatnya - at least kalu bebudak luar termasuk ke blog kita ni, bleh kenal previous champion kan.. hehe (yang maklumnya didominasi oleh aku - kira syok sendiri a nih) Ah, pedulik apa

Sebenarnya season 2006/07 ni maleh gak aku nak bukak semula bukunya, yang mana Man United, team yang dibenciku, start menang semula league EPL nih. Nyampah.. walaupun kita maklum bebudak geng MU ni bukan handal pun dalam fantasy football.. kekeh!

Aku, time season ni, emm, aku kat maktab sebenarnya. Baru nak dilatih untuk menjadi seorang cikgu Fizik kat MPRM nu. Busy time ni, banyak assignment, nak present itu ini, tapi aku yang dah memang gila fantasy football ni, sanggup cari mana2 wifi-hotspot kat dalam maktab semata2 nak memenuhi nafsu serakah fantasy footballku.. dan ianya berhasil = aku jadi Champion season ni!

Korang boleh tengok figure kat sebelah. Aku dah mula pakai Excel untuk simpan data history game fantasy football bebudak Raub - senang sket nak buat rujukan. Lagipun, ramai gak penyokong Liverpool di kalangan bebudak Raub, yang mana diorang sangat berbakat dalam menceritakan cerita sejarah2 purba yang lampau, 100 atau 50 tahun sebelum ni.. haha.

Oh, lupa plak, team aku mestilah Real Jebone. Runner-up season 2006/07 ialah Ray, ngan team Ahli Mesyuarat Tingkap.
Time ni takde lagi berbayar, itu yang banyak team masuk, ayam2 belaka. Terima kasih kerana turut serta, moga season2 yang akan datang, boleh la anda menyumbangkan lagi telur di reban kami.. kekeh!

Konklusi:

Champion Season 2006/07: Hassan (Real Jebone)
Runner-up: Ray (Ahli Mesyuarat Tingkap)

Tuesday, September 8, 2009

Hall of Fame : SEASON 2005/2006

Patut untuk under directory "Hall of Fame" nih, semua previous champions kena introduce dah. Tapi apakan daya, nengok mood gak nak menulis blog ni. Aku pun bukanlah sasterawan negara pun atau pemikir terunggul, yang idea mereka sentiasa ada jek. Busy gak wei, nak2 bulan posa ni, perut lapo, keje memacam, berdepan plak dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bertamadun, tapi tak reti bahasa, yang ada sijil pun sama, ego, sombong, pentingkan diri, suka jilat bos .. memacam, paling tak best counter dengan manusia yang berjawatan tinggi sket tapi anggap orang cam hamba tebusan nenek dia.. tak lama kena nyepak aku la tu.. hehe. Teremosi lak aku. Ni baru introduction..

Season 2005/2006 merupakan tahun ke-2, rasanya, aku ngan geng bebudak Raub main menda Fantasy Football manager nih. Kami start dengan group Corleone (sebab cita Godfather memang sangat memberi pengaruh yang agak beso time tu). Kalu ikut sejarahnya, ni tahun aku mula ngajo kat sekolah menengah (SMK Dong). Geng2 lain plak sibuk cari keje n ada yang belajo lagi. Kira remaja lagi la time tu, Young and Dangerous. Aktiviti seperti melepak sampai ke dini hari, memang menjadi program utama pada masa tu- time ni a gak aku mula ngayat bini aku.. hehe.

Kalu ikut EPL time tu, still Chelski yang bermaharajalela, di bawah Mourinho, memang semua team lain tinggal jauh la beberapa point. Maksudnya, diorang menang liga dengan selesa sekali. Maka makin banyak la lalang-lalang yang mengaku menyokong pasukan Chelsea ni kononnya semenjak zaman Gustavo Poyet lagi.. Entah, sama ada betul atau tidak, wallahualam.

Itik, juga dengan panggilan manjanya 'bie' (singkatan dari perkataan hubby) berjaya menjadi champions pada season tersebut. Sememangnya dia agak jiwang pada masa itu, malahan ada daripada sesetengah sumber sejarah melayu yang mengatakan itik pasang dua time tu? (playboy abis)... Nama team dia pun aku tak ingat. Semenjak dari itu, beliau sering menggunakan gelaran 'King' untuk menunjukkan kebongkakannya dalam membawa team Fantasy, yang mana kita semua sebenarnya tahu kemenangan beliau adalah nasib semata-mata, seperti
kucing buta yang berjumpa dengan tikus mati

Walaubagaimanapun, untuk season ni (2009/2010), sehingga kini beliau masih tidak menyertai kita dalam league Raub Championship. Sangat menyedihkan, ketakutan dan hilang keyakinan diri menyebabkan seseorang yang mengaku King pada kehidupannya yang lalu, menjadi pencacai yang tidak berdaya?!

Agaknya tu saja dari aku kali ni. Lupa plak, aku time season ni nyaris2 gak jadi champion, 2nd place lagi.
Kesimpulannya;

Champion Season 2005/2006: Itik (pun lupa nama team dia)
Runner-up: Hassan (Jebone City)

Berjumpa lagi kita dalam sesi post yang akan datang... tata!

Tuesday, April 21, 2009

Hall of Fame : SEASON 04/05

Sebenarnya dua tiga minggu ni, aku takde masa pun nak tulis artikel apa2 pasal bula yang 'agak bermanfaat' kepada komuniti fantasy kita. Tapi bila Azry dah letak banner blog kita ni beso2 kat Anak-Pahang.Net, aku perasaan jumlah visitor yang bertambah masuk ke site ni- menunjukkan keadaan yang ingin tahu yang melimpah2 di sanun. Macam jadi tanggungjawab aku plak supaya site ni selalu update untuk umum.

1st idea aku ialah untuk reintroduce champions/juara2 liga2 yang telah dianjurkan sejak dunia fantasy football diperkenalkan kepada bebudak Raub sehingga kini.

Season 2004/2005, di mana Chelsea yang baru bernafas, champion EPL pada masa itu. Di mana Mourinho, sebagai manager Chelsea yang paling menonjol menunjukkan kebolehannya membawa team yang kaya raya menjadi salah satu empat team terkuat EPL.

Masa tu, Azry yang first introduce game ni kat aku n the geng, start ngan group 'raubans'. Aku yang baru abis belajar April 2004, n masih lagi dipengaruhi oleh ideologi black metalismoniskus, menggunakan nama Team Syaitan dalam memulakan career aku dalam fantasy football ni.

Potensi aku sebagai manager fantasy handalan memang sudah menonjol seawal season ni, dengan mendahului semua pesaing yang baru belajar mengais2 tanah...hehe. Walaubagaimanapun, pada akhir season , dalam 8 game terakhir, Wandi yang tetiba dari mana, masuk ngan point yang dah banyak, jauh beza dari aku.


Champion Season 2004/2005: Wandi (aku pun dah lupa nama team dia..)
Runner-up: Hassan (Team Syaitan)