Saturday, October 4, 2008

My Prediction : WEEK 8


Di pagi hari raya yang ke-3 ni, aku tetiba je nak buat prediction untuk game EPL untuk ujung minggu ni.

Memang rasa cam palat minggu lepas, dah la Arsenal kalah ngan pasukan Hull Amir mana entah, team aku plak tak perform, ngan score 60 point ke bawah tiap minggu, memang rasa nak sepak je tv yang menayangkan game bula itu (emo gak rupanya wei.. hehe)

Sebelum tu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan yang join group Raub Championship untuk season ni. Kalau ada yang terasa hati ngan pengendalian blog ni atau tak berpuas hati dengan pengurusan aku, aku mohon banyak mintak maaf ye. So, untuk mereka yang berhati kecil, mudah terasa hati, berjiwa seni, suka memelihara binatang, menulis kad raya yang direka sendiri, aku memang tak boleh nak buat apa la - sila berjumpa dengan kaunselor sekolah aku untuk meluahkan perasaan anda.

Ok, berbalik kepada core business kita. Firstly, aku nak buat analisis sket tentang prediction aku untuk minggu lepas;

Percentage of correct results = 6/10 = 60%
(bagus, ada peningkatan peratus)

Percentage of accurate scores = 2/10 = 20%
(pun sama, walaupun naik 10% jek, tapi sudah tentunya aku akan dijemput ke rancangan Football Forecast tak lama lagi)

Minggu ni, ada 4 game ari di raya ke-4 dan 6 game untuk raya ke-5;


Sunderland vs Arsenal

Arsene Wenger memang menjadi amat emo juga setelah kalah ngan Hull minggu lepas, walaupun menang ngan Porto di CLeague pada malam raya lalu, tak cukup rasanya (bukan dia jek, aku pun sama). Walaucamanepun, Wenger akan pastikan Gunners akan menang di Stadium of Light ni.

prediction: jalan menuju kemenangan! , 1-3

Wigan vs Boro

Striker Amr Zaki yang berasal dari Mesir ni melonjak2 performancenya untuk season ni, walaupun hanya loan dari kelab El Zamalek, dia banyak membantu manager2 fantasy untuk menambahkan point mereka (aku le tu.. hehe). Pastinya minggu ni, bermain di JJB Stadium, akan menjaringkan gol lagi.

Boro yang sudah kalah straight 4 kali (termasuk Carling Cup), pastinya Gareth Southgate akan tak tido malam, berpuasa memikir untuk mendapatkan 1 kemenangan, selamat dari group relegation

prediction: bukan Zaki Kamal, 2-2

Chelsea vs Villa

Keputusan seri dengan team new comer, CFR Cluj , untuk CLeague, agak mengusarkan manager2 fantasy untuk mengambil player2 The Blues yang akan berentap ngan team Villa yang hanya kalah sekali dalam 5 game sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Chelsea yang tak kalah lagi untuk beberapa game, pastinya akan bangkit dan menang di tanah sendiri. Drogba yang injured dalam game CLeague lepas sebenarnya tak memberi apa2 effect pun kepada performance Chelsea, so, xde pun xpe.

prediction: walaupun Scolari ada terkincik gak time game ni, home win untuk Chelsea, 2-0

Man City vs Liverpool

Man City pas beli Robinho sebelum tu kononnya boleh mencabar top 4 EPL, tapi sebenarnya tidak. Ngan performance cam skrang n player yang ada, mungkin diorang bleh mencabar geng2 UEFA Cup jek. Kecuali, transfer window yang akan dibuka Januari ni, kononnya mereka hendak Kaka, Messi n memacam player ternama donia menyarung jersi Man City.. boleh ke? Mungkin pertahanan mereka perlu dimantapkan dan beli sorang lagi striker power - mungkin, maybe la boleh nak mencabar top 4 untuk bermain di Champions League. Duit bukan segalanya.. hehe

Liverpool sebenarnya ada team yang agak bagus gak a, tapi stail Rafa Bezita yang suka rotate tu mungkin membuatkan player2 bertanya dalam hati "Ai, kejab aku main, kejab dia, aku handal apa.. cilake punya orang tua, ingat aku ni bini dia ke bleh main2 ikut giliran", menyebabkan mereka main 'nak-tak-nak' jek

prediction: sepakat membawa berkat, 1-2

Prediction game lain (cakap banyak pun tak guna kalo team sendrik pun down.. hehe):

WBA vs Fulham 1-2
Blackburn vs MU 0-2
West Ham vs Bolton 1-1
Portsmouth vs Stoke 2-0
Spurs vs Hull 1-1
Everton vs Newcastle 2-1

3 comments:

  1. kita tgk je la konya prediction asan.......tgk bleh pkai ke x.......baik ko tuka nama je dari asan ke 'ASAN SINGH'.hahahahahhaa...........

    ReplyDelete
  2. bandingkan aku ngan Sheeby, jauh dia cicir

    benggali tu main teka cam main kuda longkang jek

    ReplyDelete