Saturday, January 9, 2010

Weekly Performance : WEEK 17


Game Arsenal-Bolton yang postpone disebabkan oleh cuaca salji yang membahayakan di Emirates hari Rabu baru ni, memberi berita gembira buat Kropol, kerana teamnya, Panthers II... telah berjaya secara nasib gila bold ngan point terbanyak hanya 3-4 point je lebih dari team2 leading yang lain. Tak sia2 beliau berjumpa dengan bomoh Ulu Gali (seguru dengan Melan) untuk mendapat bold semula pada pembukaan tahun 2010 ni. Eh, sebelum terlupa, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada ahli2 fantasy seluruh Malaysia (rasanya tak terlambat lagi kan), moga tahun ni memberikan lagi kejayaan dan keboldan bagi team anda. Jangan merungut kalu team fantasy ada tak perform, mungkin ada la salah silap anda, check cukup tak sembahyang, ada makan rasuah ke tak, mulut selalu tak mencaci orang, dan sebagainya la kesalahan yang boleh menyebabkan Tuhan hangin kat kita..(macam la aku sempurna sangat) hehe..

Sebenarnya lama gak aku nak menulis post ni dari memula start game ari tu, sampai a skrang. Sebab Yahoo! buat fixture skali ngan game Stoke-Fulham n Arsenal-Bolton menyebabkan gameweek 17 ni makan masa sampai hampir 2 minggu gak wei. Game Stoke-Fulham je yang sempatnya, nasib aku ada Duff ngan Etherington.

Keadaan di Emirates yang dipenuhi salji boleh menyebabkan Bolton kena 10-0

Nengok pada team Panthers II... takde la bagus sangat pun (ai, pengajur tak puas ati ke tak bold?) hehe. Tapi tu la, cam kalu kita pilih player yang bagus tapi injured pun sama la cam 1 team tak main sebab game postpone. Tak bleh nak salahkan sapa2, luck kita yang xde. Ok, kita lihat line up Kropol yang tak berapa best tu;

Almunia (Arsenal) - 21.5 memula aku cam menyesal gak buang dia ngan harga 5++, nasib Given lagi ok

Nelsen (Blackburn) - 13
Bassong (Spurs) - 6
Baird (Fulham) - 17.5

Eagles (Burnley) - 18.5
Diaby (Arsenal) - 20.5
Lee Chung-Yong (Bolton) - 6 aku tau, mesti sebab tamak haloba 3 game, dia beli cina ni
Etherington (Stoke) - 32

Rooney (Man U) - 49.5 aku rasa dia ni la faktor utama keboldan Kropol, bapok banyak point dia
Klasnic (Bolton) - 12.5
Tuncay (Stoke) - 20

So, team Kropol nih mengutip sebanyak 217 point. Seperti kucing buta terjumpa dengan tikus mati, rezeki Allah.

Agaknya tu je kot, bateri laptop pun nak abis dah nih. Review bebanyak pun membazir jek.. kekeh.. Moga2 start Week 18 untuk tahun 2010 nih memberikan kita semangat dalam mengejar keduniaan nih. Dunia akhirat nanti juga jangan dilupa, hehe. Sama2 kita mengingatkan diri sendiri untuk terus hidup dan mengumpul bekalan untuk dibawa bila mati nanti (ai, berceramah plak).

Selamat beramal!

1 comment:

  1. Lupa plak, nak mengucapkan selamat kembali pada En Itik yang akhirnya masuk juga ke arena liga kita.
    Moga bininya memberi restu supaya berkat team ESPN.COMnya.. hehe

    ReplyDelete