Tuesday, September 8, 2009

Hall of Fame : SEASON 2005/2006

Patut untuk under directory "Hall of Fame" nih, semua previous champions kena introduce dah. Tapi apakan daya, nengok mood gak nak menulis blog ni. Aku pun bukanlah sasterawan negara pun atau pemikir terunggul, yang idea mereka sentiasa ada jek. Busy gak wei, nak2 bulan posa ni, perut lapo, keje memacam, berdepan plak dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bertamadun, tapi tak reti bahasa, yang ada sijil pun sama, ego, sombong, pentingkan diri, suka jilat bos .. memacam, paling tak best counter dengan manusia yang berjawatan tinggi sket tapi anggap orang cam hamba tebusan nenek dia.. tak lama kena nyepak aku la tu.. hehe. Teremosi lak aku. Ni baru introduction..

Season 2005/2006 merupakan tahun ke-2, rasanya, aku ngan geng bebudak Raub main menda Fantasy Football manager nih. Kami start dengan group Corleone (sebab cita Godfather memang sangat memberi pengaruh yang agak beso time tu). Kalu ikut sejarahnya, ni tahun aku mula ngajo kat sekolah menengah (SMK Dong). Geng2 lain plak sibuk cari keje n ada yang belajo lagi. Kira remaja lagi la time tu, Young and Dangerous. Aktiviti seperti melepak sampai ke dini hari, memang menjadi program utama pada masa tu- time ni a gak aku mula ngayat bini aku.. hehe.

Kalu ikut EPL time tu, still Chelski yang bermaharajalela, di bawah Mourinho, memang semua team lain tinggal jauh la beberapa point. Maksudnya, diorang menang liga dengan selesa sekali. Maka makin banyak la lalang-lalang yang mengaku menyokong pasukan Chelsea ni kononnya semenjak zaman Gustavo Poyet lagi.. Entah, sama ada betul atau tidak, wallahualam.

Itik, juga dengan panggilan manjanya 'bie' (singkatan dari perkataan hubby) berjaya menjadi champions pada season tersebut. Sememangnya dia agak jiwang pada masa itu, malahan ada daripada sesetengah sumber sejarah melayu yang mengatakan itik pasang dua time tu? (playboy abis)... Nama team dia pun aku tak ingat. Semenjak dari itu, beliau sering menggunakan gelaran 'King' untuk menunjukkan kebongkakannya dalam membawa team Fantasy, yang mana kita semua sebenarnya tahu kemenangan beliau adalah nasib semata-mata, seperti
kucing buta yang berjumpa dengan tikus mati

Walaubagaimanapun, untuk season ni (2009/2010), sehingga kini beliau masih tidak menyertai kita dalam league Raub Championship. Sangat menyedihkan, ketakutan dan hilang keyakinan diri menyebabkan seseorang yang mengaku King pada kehidupannya yang lalu, menjadi pencacai yang tidak berdaya?!

Agaknya tu saja dari aku kali ni. Lupa plak, aku time season ni nyaris2 gak jadi champion, 2nd place lagi.
Kesimpulannya;

Champion Season 2005/2006: Itik (pun lupa nama team dia)
Runner-up: Hassan (Jebone City)

Berjumpa lagi kita dalam sesi post yang akan datang... tata!

1 comment: