Tuesday, March 17, 2009

Weekly Performance : WEEK 27



Akhirnya.. setelah dinanti-nanti, Ayam Tua Yus berjaya juga mendapatkan tempat di Reban kesayangannya. Adiknya, Kedidi, meluangkan masa mencari rakan-rakan lain di luar untuk menentang abangnya, mendapatkan semula takhta Reban Yang Terunggul!!

Yus yang baru menetas keluar dari cengkerang telurnya, masih lagi belum pandai berdiri dan berjalan. Mintak tolong sangat2 kepada rakan2 Reban yang lain memimpinnya supaya menjadi seorang tokoh Reban yang disegani dalam dunia ayam.









Untuk WEEK 27, memang xbanyak sangat point yang kita dapat dari game ujung minggu ari tu. Aku sendiri yang bold pun, baru dapat 91 point jek minggu ni. Walaubagaimanapun tu dah cukup untuk team aku, Selamat Pagi Cinta merapatkan diri untuk mendapatkan takhta liga Raub Championship 08/09 ni. Harap team Jackass usaha lebih sket untuk menjauhkan diri dari aku ek.. kekeh! (mengapa la korang semua ayam sangat, hina siut)

Apa pun aku taknak riak dulu, usaha + doa kepada Tuhan selalu semoga rezeki aku melimpah ruah tahun ni. hehe. Manchester United yang konon boleh jadi champion pun bleh kena belasah kat Old Trafford ngan pasukan everFOOL tu, cheh! Blah a MU, korang menang a berapa bijik piala pun, kalu dah kena hina cam tu, 100 tahun pun tak bleh nak hilang cop '1-4 LiverFOOL Won' kat bontot tu.. haha!

Jangan marah, nanti kena jual - ayam sekarang mahal gak wei.. Bubuy

Thursday, March 12, 2009

Weekly Performance : WEEK 26

Review yang ditunggu-tunggu sudah tiba, sama ada ketibaannya mengecewakan atau mengembirakan, kenyataan haruslah diterima dengan sepenuh jiwa dan raga.

WEEK 26 ada 2 game untuk tiap team kecuali Blackburn n Fulham ada 3 game, yang mana baru je abis semalam ngan score 2-1 (Blackburn). Tu la sebab, kalu tak dapat, paling bangsat 100 point pun minggu ni, memang sangat la ayam akan dirinya.

Masih lagi tak sampai hajat aku untuk melihat Yus aka Ayam Tua, berada di singgahsana Reban. Aku akan terus menanti saat itu, sambil sama membawa team aku ke puncak liga Raub Championship ni. Ingatkan boleh bold minggu ni, tapi Alif , ngan ajaib dan tak sengajanya membawa RafaBoys FC terbold ngan point 216.5, jauh meninggalkan yang lain.

Dalam pada itu, team-team lain (yang berada dalam reban khasnya), terus bersemangat mencari jalan keluar dari reban, macam cita Chicken Run tu. Sehingga menerbitkan kata-kata hikmah penawar hati untuk terus survive dalam arena season 08/09 ni. Berikut merupakan motto terbaru antara team-team yang ada dalam liga kita;


Alex Del Piero - "Tak Atas Tak Pe, Jangan Masuk Reban Dah"

livertorres - "Aku Tau Aku Ayam, Reban Aku Punya"

Football System - "Lari-Lari Luar Reban, Tak Abis Round Masuk Semula"

Winning Eleven - ". . . ." (tak dapat ditafsir, tengah mengeram kot)

Panthers... - "lanciau.."


Pendek kata, selagi belum tutup mata... reban, reban la juga tempat mereka. kekeh! Ok, bubuy then..

Thursday, February 26, 2009

Weekly Performance : WEEK 25

Beberapa minggu telah berlalu sejak kebangkitan aku ke puncak liga, dan mungkin ke No 1 dalam 2-3 game lagi untuk menamatkan dengan pengakhiran berdedak season ni. Dalam pada itu, Raub Champions semakin suram. Dari segi statistik, aku bleh perasan yang ada gak yang jenguk2, tapi komen dan jauh sekali nak post artikel memang xde. Banyak faktor manusia yang aku kaji menyebabkan berlakunya fenomena ini, contohnya;

1) malu menjadi ayam, walau berkali2 aku ingatkan "ingat asal usulmu"
2) segan dengan taji yang tumbuh di kaki
3) jeles dengan kehandalan cikgu Hassan

hehe, macam2. Ok, untuk Week 25, Azry berkongsi punggung dengan Melan dengan point 99 bold minggu ni. Team Raub FC n keteri fc 08/09 yang agak tak menonjol sebelum ni, tetiba bersatu hati memboldkan diri pada minggu yang sama.

Review untuk Week 24 xde sebab point delay dari Yahoo! untuk game MU vs Fulham, menyebabkan aku maleh nak buat walaupun aku sendirik yang bold untuk minggu tu.

Sehingga berjumpa lagi untuk next review, Week 26. Diharap rerakan masih lagi tidak berputus asa dan still bersemangat walaupun berada di kedudukan yang .. boleh a dikatakan agak hina.. kekeh!

bubuy, go go go!

Friday, February 6, 2009

Weekly Performance : WEEK 23


Kita berjumpa lagi setelah seminggu abis game aritu. Rank Raub Championship pun dah banyak berubah. Aku terpanggil lagi untuk memberi review walaupun mempunyai lain-lain tanggungjawab yang lebih penting untuk negara dan masa depan anak-anak.. hehe.

Setelah membuat siasatan sendiri, aku baru tahu rupanya Amin, Didi n Itik yang dah lama berdiam diri selama ni rupanya sudah berkecimpung dalam dunia hiburan hingga telah menerbitkan album sendiri. Gambo kat atas merupakan cover album mereka yang bertajuk 'And Justice For Ayam..'

Penampilan Itik sebagai vokalis utama kumpulan, Didi gitar n Amin sebagai drummer yang berkebolehan bermain drum sambil menari sudah tentu mengegarkan dunia hiburan masa kini.

Ok, berbalik kepada perkara yang paling penting. WEEK 23 merupakan minggu yang paling istimewa buat team aku, Selamat Pagi Cinta yang 1st time bold season ni. Aku ucapkan terima kasih pada Yus kerana bagi chance 0.5 point lebih untuk aku merangkul bold minggu ni.

Tiada apa lagi nak aku katakan, sememangnya kehandalan memang boleh dilihat diakhir-akhir season.

Sampai berjumpa lagi, kita tengok berapa lama aku boleh bergumbira .. huhu!

Tuesday, February 3, 2009

Community site untuk Anak Pahang

Sukacita dimaklumkan projek yang sekian lama terpendam telah pun berjaya dilaksanakan. Sekarang masih lagi di peringkat beta. Harap kawan-kawan semua dapat masuk dan join di site tersebut. Semua ahli dari Raub. Senang cerita friendster khas Anak Pahang la. Mari-mari masuk.

URL: Anak-pahang.net