Thursday, February 4, 2010

Weekly Performance : WEEK 21


Kropol bold lagi?! Anak kelahiran Felda Tersang ini memang sangat bernasib baik selalu. Ye la, time aku ada masa nak post Weekly Performance ni, time tu la dia point banyak. Buat pengetahuan kekawan sekalian, aku ada masa nak berinternet ni, sebab; 1st, aku tengah cuti n duduk umah aku kat Raub yang ada wifi, 2nd, walaupun aku menerima famili member baru, tapi baby aku ngan mama dia sekali masuk wad sebab dia kena kuning - aku nak melawat plak ada time2 tertentu jek, ada ke patut guard kunci grail wad kanak-kanak tu, first day tak kunci, aku gamble je a masuk walaupun bukan time melawat - agaknya diorang hangin sebab nampak aku tak reti bahasa agaknya. Mintak kekawan doakan anak aku cepat sembuh, amin. So, masa yang terluang pepagi nih, aku boleh a tulis sket2 kat Raub Champions nih.

Ops, tapi nanti dulu. Bercakap pasal baby baru pertama aku ni, agaknya mungkin la, kebarangkalian ada member2 yang tak tau lagi kan.. hehe. So aku nak introduce sket, anak Champion season lepas ni


Nur Nasira bt Hassan @ Abd Rahim namanya. Lahir pada 30hb Januari 2010, pukul 10:43 pagi. Berat lahir, 3.5 kg. Hehe. Pada kasarnya memang nampak cam takde kaitan ngan blog Raub Champions kita ni, tapi sebenarnya aku nak bagitau korang, bila moral kita naik (maknanya kita gembira la kan), pemikiran kita pun jadi bagus, muka pun ada sinyum, so performance kita tak kira a keje atau aktiviti masa lapang akan meningkat. Sebab tu la kalu korang kaji, kat sektor kerajaan ke, swasta ke, mesti ada ruang motivasi diberikan kepada pekerja2. Yes, motivasi memang penting (rujuk video best ni), kalu tak camane plak aku bleh jadi champion season lepas dan still jadi pendahulu league kita skrang nih (berbau riak la plak.. hehe sory2)

Berbalik kepada Kropol tadi (sebenarnya aku malas sgt nak cita tentang bold dia tu, saje aku gunakan ruang ni nak announce baby baru aku tu.. hehe jgn marah ha). Kalu kita tengok team2 leader/pendahulu league Raub Championship ni, memang kebanyakannya akan ambik player yang main dua game, terutamanya team Chelsea n Fulham. Cuba kita nengok line up team yang bold, Panthers II...

Schwarzer (Fulham) - 22.5

Nelsen (Blackburn) - 10
Baird (Fulham) - 11
Bale (Spurs) - 11.5

Malouda (Chelsea) - 19.5
Utaka (Portsmouth) - 3
Hunt (Hull) - 30 aku rasa mmg player ni jadi faktor kemenangan kropol
Kovac (West Ham) - 2

Rooney (Man Utd) - 16.5
Kuyt (Liverpool) - 15
Zamora (Fulham) - 14

Total point = 155. Memang banyak, world leader dapat 190++

Tu je kot, takde menda dah rasanya. Aku pun nak membasuh kain sket (bini pantang, kena berdikari la sket). Pesan akhir aku, kepada member2 yang dah rasa kononnya dah rapat ngan aku, jangan gembira dulu. Walaupun aku cam busy gak, tapi dunia bola takkan aku lupa - kalu tak, takkan la aku bleh sanggup tuko player guna hp dalam wad bersalin pas bini aku selamat lahirkan anak aku tu.. hehe. Komited membawa hasil..

Berjumpa lagi kita dalam episod yang akan datang, bubuy!

Saturday, January 9, 2010

Salji Lebat - Game Postponed?!


Keadaan padang yang bersalji di beberapa lokasi EPL

Terkini!
Pas aku baca sket review di sekitar web2 bola cam Soccernet dan Yahoo! Eurosport menunjukkan ada beberapa game weekend ni (Gameweek 17 la) yang dah confirm postponed ke tarikh lain disebabkan oleh faktor cuaca salji tebal dan kesejukan taraf beku tulang sum sum yang boleh membahayakan penonton juga player.

Walaupun, ada tempat2 yang padangnya boleh main tapi kondisi yang membahayakan penonton untuk travel ke stadium menyebabkan pihak board kelab membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan walaupun kita tahu sebenarnya alasan takut ramai tak datang stadium. Jadi tak untung la club, sebab kutipan tiket sket.. hehe.

5 match yang confirm postponed:

Hull vs Chelsea
Burnley vs Stoke
Fulham vs Portsmouth
Sunderland vs Bolton
Liverpool vs Spurs

Game Wigan-Villa juga adalah dalam doubt yang memungkinkan tunda gak, tapi entah la kan.
Pesan aku pada member2, supaya bersikap alert pada fixture minggu ni supaya tak terbeli player yang termasuk dalam geng2 tak main tu. Alasan busuk tak sedar akan menda ni, tak boleh la dipertimbangkan bila anda terjerumus ke alam Reban! Selalu2lah membaca ek, amalan membaca budaya mulia.

Go go go!

Weekly Performance : WEEK 17


Game Arsenal-Bolton yang postpone disebabkan oleh cuaca salji yang membahayakan di Emirates hari Rabu baru ni, memberi berita gembira buat Kropol, kerana teamnya, Panthers II... telah berjaya secara nasib gila bold ngan point terbanyak hanya 3-4 point je lebih dari team2 leading yang lain. Tak sia2 beliau berjumpa dengan bomoh Ulu Gali (seguru dengan Melan) untuk mendapat bold semula pada pembukaan tahun 2010 ni. Eh, sebelum terlupa, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada ahli2 fantasy seluruh Malaysia (rasanya tak terlambat lagi kan), moga tahun ni memberikan lagi kejayaan dan keboldan bagi team anda. Jangan merungut kalu team fantasy ada tak perform, mungkin ada la salah silap anda, check cukup tak sembahyang, ada makan rasuah ke tak, mulut selalu tak mencaci orang, dan sebagainya la kesalahan yang boleh menyebabkan Tuhan hangin kat kita..(macam la aku sempurna sangat) hehe..

Sebenarnya lama gak aku nak menulis post ni dari memula start game ari tu, sampai a skrang. Sebab Yahoo! buat fixture skali ngan game Stoke-Fulham n Arsenal-Bolton menyebabkan gameweek 17 ni makan masa sampai hampir 2 minggu gak wei. Game Stoke-Fulham je yang sempatnya, nasib aku ada Duff ngan Etherington.

Keadaan di Emirates yang dipenuhi salji boleh menyebabkan Bolton kena 10-0

Nengok pada team Panthers II... takde la bagus sangat pun (ai, pengajur tak puas ati ke tak bold?) hehe. Tapi tu la, cam kalu kita pilih player yang bagus tapi injured pun sama la cam 1 team tak main sebab game postpone. Tak bleh nak salahkan sapa2, luck kita yang xde. Ok, kita lihat line up Kropol yang tak berapa best tu;

Almunia (Arsenal) - 21.5 memula aku cam menyesal gak buang dia ngan harga 5++, nasib Given lagi ok

Nelsen (Blackburn) - 13
Bassong (Spurs) - 6
Baird (Fulham) - 17.5

Eagles (Burnley) - 18.5
Diaby (Arsenal) - 20.5
Lee Chung-Yong (Bolton) - 6 aku tau, mesti sebab tamak haloba 3 game, dia beli cina ni
Etherington (Stoke) - 32

Rooney (Man U) - 49.5 aku rasa dia ni la faktor utama keboldan Kropol, bapok banyak point dia
Klasnic (Bolton) - 12.5
Tuncay (Stoke) - 20

So, team Kropol nih mengutip sebanyak 217 point. Seperti kucing buta terjumpa dengan tikus mati, rezeki Allah.

Agaknya tu je kot, bateri laptop pun nak abis dah nih. Review bebanyak pun membazir jek.. kekeh.. Moga2 start Week 18 untuk tahun 2010 nih memberikan kita semangat dalam mengejar keduniaan nih. Dunia akhirat nanti juga jangan dilupa, hehe. Sama2 kita mengingatkan diri sendiri untuk terus hidup dan mengumpul bekalan untuk dibawa bila mati nanti (ai, berceramah plak).

Selamat beramal!

Tuesday, December 29, 2009

Touchlines


ROMA are close to signing out-of-favour Bayern Munich and Italy striker Luca Toni, who has been linked with both West Ham and Chelsea.

CRAIG BELLAMY has rubbished claims he wants to quit Manchester City and denies he led a player rebellion in the wake of Mark Hughes' sacking.

BOLTON boss Gary Megson is attempting to sign veteran Real Madrid midfielder Guti.

HARRY REDKNAPP has paved the way for Roman Paviyuchenko's Tottenham exit and says he would not necessarily need a replacement if the Russian quit White Hart Lane in January

PORTSMOUTH goalkeeper David James has refused to rule out a January switch to Spurs as he attempts to ensure he is England's No 1 at the World Cup.

MANCHESTER CITY are on the brink of signing Inter Milan defender Ivan Cordoba, 33, who has fallen out with boss Jose Mourinho.

NEW Manchester City boss Roberto Mancini wants record signing Robinho to remain at Eastlands, despite the 25-year-old Brizilian striker being linked with a move away from the club next month. Mancini said: "The important thing for me he can earn a place in the history of the club."

PORTSMOUTH are being sued by French side Lens over alleged unpaid transfer fees for striker Aruna Dindane and defender Nadir Belhadj.

MANAGER Carlo Ancelotti has admitted for the first time Chelsea are low on confidence, despite his side still heading the Primier League table.

SOUTH KOREAN playmaker Ki Sung Yueng has told his new Celtic teammates to just call him Dave to avoid confusion when calling his name. "Communication is so important if players are to be confortable with each other," the 20-year-old said helpfully.

Friday, December 25, 2009

Snooker GARAP meeting @ Kopitiam

Anyone from Raub interested joining the snooker tournament tomorrow, 9.30am 26th Dec 2009, do come to Kopitiam now... Or tomorrow morning.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.