Saturday, September 5, 2009

Weekly Performance : WEEK 3


Akhirnya post review pertama untuk season 2009/2010, yang sangat dinanti-nanti ini keluar selepas tamatnya registration untuk group Raub Championship pada 1 September yang lalu. Kita boleh lihat (pada pic rank), penyertaan untuk sesi kali ni, bertambah sehingga 25 team (season lepas = 22 team), walaupun ada 2-3 orang kekawan aku yang tak join lagi (sedih kan?) hehe.. Mungkin pengalaman lalu yang mengajar mereka tentang erti kekalahan dan liku-liku kehidupan, samada di atas dunia atau di dalam reban?! Walaupun pedih tapi kena paksa telan gak walaupun di bulan Ramadan yang mulia ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada rerakan yang still support contest ni. Sebenarnya game ni bukan saje mengenai kemenangan, kekalahan, kerebanan atau kejuaraan saje, tapi ia adalah mengenai kita, komunikasi kita, pergaulan kita, pengurusan hidup kita, emosi dan jasmani (ai , macam bagi ceramah motivasi plak)

Berbalik kepada tujuan post review Week 3 nih, pastinya Didi, ataupun team fantasynya livertorres sangat bangga dan gumbira kerana bold untuk minggu nih - kebetulan plak keboldan dia selari dengan niat aku nak buat review pas 1 September. So, gambo dia la kat atas nu - masih bujang tapi sudah bertunang, suka memancing dan mengumpul spesis pelbagai jenis rerama.. kekeh

Walaubagaimanapun, jangan dilupakan mereka yang dah bold sebelum Week 3 ni. Aku sebagai champions season lepas, bold seawal minit pertama Week 1 bersama team Arsenal U30 aku. Mungkin tindakan aku bold awal2 menyebabkan rerakan yang nak join agak gentar dan bisa memutuskan harapan mereka, tapi tidak, malahan kita nengok skrang dah ada 25 team fantasy untuk sesi 2009/2010 nih. Tahniah diucapkan, mungkin usaha anda itu, boleh mencabar aku untuk jadi Champion kali ke-2 liga Raub Championship. Week 2 menonjolkan Alif sebagai pembold ngan team ala Liverpoolnya, SuperbReds. Walaupun pada masa sekarang, dilihat team-team budak Liverfool yang menerajui liga, tapi tidak ke mana akhirnya, budak Arsenal jua akan menjadi juara..(team-team dari Italy lagi la tak nampak) huhu

Uih, cam panjang gak review aku nih - tak bleh tido pas bersahur, nak peluk bini pun takut terlajak plak, so, ngadap laptop je la aku. hehe. Sebelum aku akhiri review pada kali ni, biar aku listkan dulu comparison antara peserta2 Raub Championship pada musim ni;

Orang Lama:
SuperbReds
livertorress
TheGunnersJr
Arsenal U30
Penyamun Background
Tuan Haji Misai Kementot II
JFCM
Klara FC
Winning Eleven
Raub FC
Football System
Panthers II...
owen's paradise
bunyi yang di lihat
HoRnY_RoMaNo
JIM DOMINOE'S
SagaTo fc

Newbies/Budak baru belajar:
JambanMU FC
ain FC
Creed FC
Restaurant City
juara tahun lepas@bibiq
Jenin CF
Malim Deraman
Bekas Pensil FC

Rasanya itu je dari aku. Sebarang pertanyaan/komen yang membina/luahan perasaan, korang bleh trus je komen kat post ni ataupun kat chat box kat sebelah kanan blog ni. Selamat Berpuasa kepada yang muslim, semoga bertambah-tambah la amal kita walaupun di mana kita berada, tak kira di dalam Reban atau di luar, dunia yang indah permai ini.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

Saturday, August 1, 2009

Raub Championship : The Challenge


Contest Fantasy Football untuk group Raub Championship season 2009/2010 kini dibuka. Aku ingin menjemput semua rerakan dan sahabat handai untuk sama kita melalui satu lagi season EPL yang penuh panca roba ini.. hehe. Penyertaan adalah untuk semua lapisan masyarakat, tidak terhad dari segi umur, kaum, rupa paras dan sebagainya..
  • Yuran penyertaan adalah RM20
  • Hanya satu team untuk setiap peserta
  • team yang telah didaftarkan akan kekal hingga ke akhir season
Hadiah adalah;

Piala (untuk johan, naib johan dan tempat ke-3)
Wang Tunai (untuk johan hingga tempat ke-5) - tidak dapat dinyatakan secara tepat, bergantung kepada penyertaan setelah ditolak kos piala

Kepada yang berminat, sila login di http://uk.premiership.fantasysports.yahoo.com/ untuk create team anda dan join group Raub Championship ni.

- makluman kepada semua peserta, nombor id dan password group akan diberi sejurus selepas yuran penyertaan dijelaskan (mintak maaf kalu cam tegas sket - dah cikgu organise, cam tak paham.. hehe)

Semua payment boleh dibuat secara;
  • cash (on hand), bebila jumpa aku la
  • bank-in ke account aku HASSAN @ ABD RAHIM BIN RAMLI (online atau kat ATM) Maybank 156132590518                CIMB 06080070559521
dateline untuk penyertaan adalah sehingga 1 September 2009!!

sila inform aku;
  1. nama peserta
  2. nama team
  3. contact no atau email pun jadi la
selepas membuat payment ke
no aku: 012-9864802
email: exmaroefu@gmail.com

Yahoo Fantasy Football : The Basics

Season 2009/2010 ni merupakan kali kedua semenjak game Fantasy Football dijalankan secara official dan ber'yuran' - memastikan peserta commit kepada memilih dan mengikuti perjalanan English Premier League, serta menghasilkan beberapa perasaan seperti cuak, hangin dan terhina dek kerana prestasi team mereka. Hehe.. (termasuklah penganjur pun sama)

Kemasyhuran contest ni makin menjadi2, nak2 bila wujudnya web Anak-Pahang Dot Net . So, permintaan untuk joining game ni semakin membuak2 membabitkan orang luar (terdiri dari pelbagai backround yang aku sendiri pun tak kenal), menyebabkan aku post 1 artikel untuk asas knowledge / introduction Yahoo Fantasy Football nih.

Aku mulakan ngan requirement nak main game ni:

  1. web untuk access game ni kat http://uk.premiership.fantasysports.yahoo.com/
  2. ada email Yahoo!
  3. internet access (nak tuko player ujung minggu wei)
  4. tau tentang update EPL semasa (kalu kata Newcastle main EPL lagi, susah la)

(diadaptasikan dari Yahoo Fantasy Football blog)

FAQ

Menda Fantasy Football nih?
online game yang perlukan korang pilih 11 player dari EPL, yang mana point adalah berdasarkan prestasi sebenar player kat atas padang. (rujuk Rules untuk pemahaman tentang dapat point camane)

Sebagai peminat lalang Man City, boleh ke pilih semua player City untuk best 11 team aku?
buleh, kalu cukup fund nak beli semua Robinho, Adebayor tu. Tiap team dibekalkan ngan transfer fund 100 juta pound. Ada player yang mahal, ada yang murah sangat. Pepandai a korang pilih.

Apa precaution steps yang boleh ko pesan kat aku?
-jangan biar line-up team kosong even 1 player pun
-confirmkan line-up sebelum dateline (selalu malam sabtu tiap minggu)
-selalu2 la nengok team news takut ada player tak main, injured dan sebagainya. Kalu tak main, point untuk player berkenaan zero wei

Dapat menda main menda nih?
kalu main kosong je, xjoin contest yang aku buat, memang xdapat apa2. Sila rujuk post yang seterusnya untuk join liga Raub Championship


Rasanya itu je kot, bebanyak pun rasanya tak perlu sebab korang bukannya bengap sangat nak paham menda Fantasy Football nih. Cuma aku risau je, ada sora2 kecil dari belakang yang kata aku banyak berahsia sebab risau korang buleh mengugat aku (cheh.. boleh ke?)
Hehe.. bongkak lagi takbur skali . Ok, selamat belajar

Tuesday, May 26, 2009

Eyes Down.. Season 2008/09



Akhirnya, season 2008/2009 untuk Liga Fantasy Football Raub Championship berakhir dengan kemenangan yang sangat bermakna buat penganjur iaitu aku sendiri. . hehe. Aku malas nak cakap banyak lagi skrang, nanti aku buat review pepanjang , korang baca a sendrik.
Korang patut dah sedia maklum ngan menda yang aku advertise time memula ajak korang join liga nih. Aku dah pun prepare piala (1st, 2nd, 3rd place jek) n wang tunai untuk pemenang dari no 1 sampai 5, rujuk gambo di bawah


Kita semua ada 22 orang, so total collection kita = RM 330 la. RM 83 aku dah guna untuk piala, n selebihnya untuk hadiah wang tunai, bergantung pada rank;

1st, RM 90
2nd, RM 60
3rd, RM 45
4th, RM 30
5th, RM 20

ada lebih RM2, burn untuk management fee a kan. Sebarang bantahan boleh merujuk kepada peguam liga, En Amien Safizie.. hehe (kalu dia sendrik yang buat objection, xdapek a nak menolong wei)

Cuma aku nak bertanya a, ingat kalu kita buat makan2 ke, majlis ke untuk closing season ni - cam menarik gak kan? Boleh gak kita buat session bagi hadiah time tu. Melihatkan kekangan budget a yang takde. Cmane ek, sesapa ada connection yang bleh dapat support untuk tujuan ni? Ke kita nak tong2, sorg sumbang sket2?

Ada idea, boleh contact aku secepat mungkin ek.. go go go!

Tuesday, May 19, 2009

Weekly Performance : WEEK 35

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada rerakan sekalian.. Sory sebab dah dua game aku tak buat review. Walaupun ada yang tak berapa peduli dah (sebab dah contest kita dah sampai ke penghujung) tapi aku pasti ada gak yang menanti2kan review aku buat, khas untuk menjelaskan akan prestasi, kecekapan dan kemandulan player2 dan manager dalam EPL nih. Mungkin aku agak busy, nih pun semalam baru balik dari KL (sampai Tersang kul 1 siut-mintak maaf pada kekawan, walaupun ada di KL, xsempat nak mengunjung deme) , ke hulu ke hilir sampai tahap bocor a clutch pump.. hehe (thanks - tribute to Azry n The Geng).

Tapi aku nak mengaku, memang aku tak ambik apa2 PHD lagi, so masa yang hilang mungkin adalah disebabkan efficiency aku sebagai manusia tak mencapai 90% lagi kot. Hehe.. apa yang aku mengarut. berbalik kepada tujuan asal. Week 35, iaitu game kedua last untuk season 08/09 nih. Ei si Oshea, telah bold ngan team Tuan Haji Misai Kementot point 90 jek. Memang agak hambar persembahan player sama ada real dan fantasy, ditambah lagi manager2 Raub Championship yang dah tak berapa nak main, mungkin harapan mereka telah musnah dek team Selamat Pagi Cinta? hehe

Mungkin game last Week 36 ni, adalah nak menentukan Champions Raub Championship season 2008/2009. Aku rasa, ni antara team aku ngan team Faizul jek, sory a geng, korang jauh sangat la dude! hehe.. Nice!
~huhu