Saturday, September 5, 2009

Weekly Performance : WEEK 3


Akhirnya post review pertama untuk season 2009/2010, yang sangat dinanti-nanti ini keluar selepas tamatnya registration untuk group Raub Championship pada 1 September yang lalu. Kita boleh lihat (pada pic rank), penyertaan untuk sesi kali ni, bertambah sehingga 25 team (season lepas = 22 team), walaupun ada 2-3 orang kekawan aku yang tak join lagi (sedih kan?) hehe.. Mungkin pengalaman lalu yang mengajar mereka tentang erti kekalahan dan liku-liku kehidupan, samada di atas dunia atau di dalam reban?! Walaupun pedih tapi kena paksa telan gak walaupun di bulan Ramadan yang mulia ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada rerakan yang still support contest ni. Sebenarnya game ni bukan saje mengenai kemenangan, kekalahan, kerebanan atau kejuaraan saje, tapi ia adalah mengenai kita, komunikasi kita, pergaulan kita, pengurusan hidup kita, emosi dan jasmani (ai , macam bagi ceramah motivasi plak)

Berbalik kepada tujuan post review Week 3 nih, pastinya Didi, ataupun team fantasynya livertorres sangat bangga dan gumbira kerana bold untuk minggu nih - kebetulan plak keboldan dia selari dengan niat aku nak buat review pas 1 September. So, gambo dia la kat atas nu - masih bujang tapi sudah bertunang, suka memancing dan mengumpul spesis pelbagai jenis rerama.. kekeh

Walaubagaimanapun, jangan dilupakan mereka yang dah bold sebelum Week 3 ni. Aku sebagai champions season lepas, bold seawal minit pertama Week 1 bersama team Arsenal U30 aku. Mungkin tindakan aku bold awal2 menyebabkan rerakan yang nak join agak gentar dan bisa memutuskan harapan mereka, tapi tidak, malahan kita nengok skrang dah ada 25 team fantasy untuk sesi 2009/2010 nih. Tahniah diucapkan, mungkin usaha anda itu, boleh mencabar aku untuk jadi Champion kali ke-2 liga Raub Championship. Week 2 menonjolkan Alif sebagai pembold ngan team ala Liverpoolnya, SuperbReds. Walaupun pada masa sekarang, dilihat team-team budak Liverfool yang menerajui liga, tapi tidak ke mana akhirnya, budak Arsenal jua akan menjadi juara..(team-team dari Italy lagi la tak nampak) huhu

Uih, cam panjang gak review aku nih - tak bleh tido pas bersahur, nak peluk bini pun takut terlajak plak, so, ngadap laptop je la aku. hehe. Sebelum aku akhiri review pada kali ni, biar aku listkan dulu comparison antara peserta2 Raub Championship pada musim ni;

Orang Lama:
SuperbReds
livertorress
TheGunnersJr
Arsenal U30
Penyamun Background
Tuan Haji Misai Kementot II
JFCM
Klara FC
Winning Eleven
Raub FC
Football System
Panthers II...
owen's paradise
bunyi yang di lihat
HoRnY_RoMaNo
JIM DOMINOE'S
SagaTo fc

Newbies/Budak baru belajar:
JambanMU FC
ain FC
Creed FC
Restaurant City
juara tahun lepas@bibiq
Jenin CF
Malim Deraman
Bekas Pensil FC

Rasanya itu je dari aku. Sebarang pertanyaan/komen yang membina/luahan perasaan, korang bleh trus je komen kat post ni ataupun kat chat box kat sebelah kanan blog ni. Selamat Berpuasa kepada yang muslim, semoga bertambah-tambah la amal kita walaupun di mana kita berada, tak kira di dalam Reban atau di luar, dunia yang indah permai ini.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..

4 comments:

  1. pesanan aku pada semua - kalu rasa bleh bold banyak kali n nak tonjolkan diri pada gadis-gadis muda belia. Bleh send gambo korang kat email aku

    - itu pun kalu bleh bold, kalu takat point menciput,sila sedar diri... kekekeh (amboi, bongkaknya)

    ReplyDelete
  2. ooo... ko jgn berlagak yer... awal lagik nih...

    ReplyDelete
  3. bukan nak blagak sgt azri - saje je nak membako member, semua senyap sunyi jek

    Takkan putus harapan kot sbb aku (yang dah penah champion 2 kali) still ada dalam league nih.. kekekeh

    ReplyDelete
  4. org lain tak ckp panas lagi kut.. kene plak nak raya nih.. mlm ni aku bakar skit itik tu...

    ReplyDelete