Friday, December 4, 2009

Weekly Performance : WEEK 13


Aku sebenarnya segan gak bila nak post keboldan aku untuk column Weekly Performance ni. Tapi nak buat camane, dah tugas (alasan). Harap kawan2 semua faham yang aku cuma melaksanakan tanggungjawab untuk negara, bangsa dan rakyat (baru la macam ayat politician).. hehe..

Pagi Jumaat ni, aku sebab dah biasa bangun pagi g sekolah, dah tak reti nak tido bila pas semayang Subuh. So, takde aktiviti lain (tadi round2 Facebook jab - baru je register 2-3 hari), bleh a gak sumbang sket untuk blog kita nih. Mungkin tulisan2 aku kat sini boleh bagi inspirasi sket kat kekawan dalam kita mengejar keduniaan ini. So, weekend lepas, kita menyaksikan pelbagai event (termasuklah wedding adik aku - tahniah Suhana), untuk EPL plak banyak menda yang mengecewakan, melegakan dan serba-salah yang berlaku dan disalah-laku. Biar aku terangkan satu per satu;

mengecewakan - Arsenal kalah 0-3 ngan Chelsea kat tempat sendrik. Cam haram, tapi bagi aku yang menengok game tu, setuju gak la ngan keputusan tu. Arsenal main cam Wolves time tu. Aku paling tak suka Eduardo, slow, cam tak tau nak buat apa dalam padang. Aku ingat keputusan Wenger nak cari striker baru memang patut la.

melegakan - Walaupun kalah, Arsenal still dalam top 4 ngan 1 match dalam tangan. Nak jadi Champion EPL still tak lari la kan kalu nak banding ngan Liverpool

serba-salah - Time Arsenal kalah, aku hangin tapi dalam hati ada sinyum sket sebab team fantasy aku ada Drogba.. huhu!

Ye, semua pasal Arsenal. Takkan aku nak cita pasal player2 Liverpool yang gay plak kan?

Berbalik pada cita kehandalan aku. WEEK 13 menyaksikan team Arsenal U30 aku bold ngan point banyak a gak, 124. Korang bleh nengok line-up team aku kat bawah;

Kirkland (Wigan) - 10 memang untung gila tapi gamble a beli dia yang baru kena ngan Spurs 9-1

Vermaelen (Arsenal) - -1 dah berturut2 dah point cam haram, nak jual rugi
Baird (Fulham) - 5
Nelsen (Blackburn) - 11

O'hara (Portsmouth) - 5
D.Dunn (Blackburn) - 1 bleh plak injured tgh game
Dempsey (Fulham) - 7
Duff (Fulham) - 23

Drogba (Chelsea) - 26.5 tangisan dalam ketawa..
Defoe (Spurs) - 3 beli dia pas score 5, nengok2 dapat 3 point jek
Rooney (Man Utd) -33.5 penukaran saat2 akhir ngan Bellamy


Usaha tangga kejayaan. Itu la motto, kalu nak menang la kan. Aku ingat, kalu keadaan terus camni, sah aku Champion lagi season ni. Walaupun nampak cam takbur, bongkak dan keji, itulah kenyataannya. Insya Allah season yang akan datang nanti aku bagi pengurusan league Raub Championship ni ke individu lain plak. Bosan gak kalu aku je yang bersemangatnya, takde cabaran langsung.

Semoga berjumpa lagi dalam post2 yang akan datang. Majulah sukan untuk Raub!

Tuesday, December 1, 2009

My Prediction : WEEK 14


Pas aku review semula kat blog Raub Champions kita, memang dah lama gila aku tak buat preview/prediction untuk game2 EPL nih. Mungkin disebabkan time tu team fantasy aku point cam haram, apa guna beria2 predict tapi team sendrik pun hancus, Shebby pun tau malu kalu prediction dia tak kena. Walaubagaimanapun, untuk season 2009/2010 ni, pada WEEK 14, aku nak start semula column ni. Bukan apa, nak berkongsi idea, pengalaman dan pendapat aku ngan kekawan untuk mengharungi musim Raub Championship, tambah2 plak aku skrang di puncak liga.. hehe. Tapi aku tak bleh la nak janji tiap minggu ada game, aku buat preview - bergantung pada masa terluang n mood yang ada.


Ok, kita mula ngan game hari Sabtu, 5hb:

Portsmouth 2 - Burnley 1

Di kedudukan paling bawah liga (cam jim gak.. hehe), Portsmouth sebenarnya bukanlah ayam sangat. Cam lawan MU ari tu, ada bagi tentangan tapi defend banyak sangat buat mistake n tak jaga area masing2, menyebabkan bolos pun banyak la. Burnley bleh score game ni, tapi Portsmouth yang dah diterajui Avram, si yahudi, mungkin bleh bwk kemenangan semula kat Fratton Park.

Fantasy Watch Portsmouth: Jamie O'hara, Kevin-Prince Boateng, Aruna Dindane (kalu start)
Fantasy Watch Burnley: Steven Fletcher, Chris Eagles, Robbie Blake

Arsenal 3 - Stoke City 0

Kekalahan yang memalukan di Emirates mungkin akan meningkatkan semangat kemenangan untuk semua player Arsenal. Sebenarnya ketiadaan Van Persie amatlah dirasai, ditambah melihat Eduardo main cam palat berlari2 mengendung anak dalam padang, mungkin Wenger akan mengatur strategi lain tanpa menggunakan Eduardo, orang asli Croatia ni.

Fantasy Watch Arsenal: Cesc Fabregas, Andrei Arshavin, Manuel Almunia
Fantasy Watch Stoke: Ricardo Fuller, James Beattie, Matthew Etherington

Aston Villa 3 - Hull City 1

Aku rasa Hull City season ni memang akan kena relegate. Antara team yang paling banyak bolos, aku rasa Villa menang mudah je game nih. Nak2 diorang baru je belasah Portsmouth 2-4 dalam Carling Cup baru nih.

Fantasy Watch Aston Villa: James Milner, Gabriel Agbonlahor, Ashley Young
Fantasy Watch Hull City: Jimmy Bullard, Stephen Hunt, Marcio Geovanni

Blackburn 0 - Liverpool 2

Boleh ke Liverpool menang liga untuk sekian lamanya season nih? Pada aku, boleh, tapi kena start dari game ni sampai habis semua 38 game, diorang kena menang. Takde kalah atau seri. So, mungkin ke? hehe. Untuk game ni, Blackburn takde peluang, nak2 ngan injury pemain yang bleh diharapkan, David Dunn (doubtful) mungkin kesukaran sket la.

Fantasy Watch Blackburn: David Dunn (kalu tak injured), Jason Robert, Christopher Samba
Fantasy Watch Liverpool: Steven Gerrard, Fernando Torres (kalu main), Yossi Benayoun

West Ham 1 - Man United 2

Tanpa Ronaldo, MU bleh menang untuk satu2 match tu, tapi aku tengok ada tak stabil gak MU nih n nampak bila menang tu cam nasib2 jek.. hehe. Still pada aku West Ham boleh score game ni, silap2 draw je.

Fantasy Watch West Ham: Carlton Cole, Junior Stanislas, Jack Collison
Fantasy Watch Man United: Wayne Rooney, Antonio Valencia, Ryan Giggs

Wigan 1 - Birmingham 1

Jangan lupa, Wigan kalah ngan Spurs 9-1 n menang 3-1 ngan Chelsea. Susah nak kata Wigan nih. Birmingham memang nengok stat dia, susah nak score tapi bolos kurang. So, aku predict seri je a game ni ngan jumlah gol yang sket.

Fantasy Watch Wigan: Hugo Rodallega, Paul Scharner, Maynor Figueroa
Fantasy Watch Birmingham: Joe Hart, Lee Bowyer, Sebastian Larsson

Wolverhampton 2 - Bolton 2

Kedua-dua team ni dalam zon relegation, Wolves tak pasti samada bagus kat tempat sendiri atau tidak. Diorang baru menang dua kali, sama ngan Portsmouth cuma beza seri banyak jek. Bolton plak season ni agak teruk ngan kemenangan 3 dari 13 perlawanan.

Fantasy Watch Wolves: Matthew Jarvis, Kevin Doyle, Richard Stearman
Fantasy Watch Bolton: Matthew Taylor, Gary Cahill, Tamir Cohen

Man City 2 - Chelsea 3

Pada aku membazir je Man City beli player bebanyak, tapi tak guna langsung utk naikkan team mereka ke rank yang lebih tinggi lagi. Kita budget, pas abis hampir 120 juta pound, bleh a mencabar Big 4, tapi tak, sekadar buat rekod seri berturut2 jek. Buat menda. Tapi City selalu main cam saitan bila jumpa mana2 team Big 4. Aku rasa pesta gol tapi still Chelsea bleh menang.

Fantasy Watch Man City: Craig Bellamy, Shaun-Wright Phillips, Robinho
Fantasy Watch Chelsea: Didier Drogba, Frank Lampard, Florent Malouda (kalu start)


Game Ahad, 6hb:

Fulham 1 - Sunderland 0

Form untuk team Fulham ni turun naik, kekadang aku rasa diorang bleh score byk, tapi jadi seri plak. Cam game ngan Bolton minggu lepas. Untuk minggu ni, diorang bleh menang, sebab rekod Fulham kat tempat sendrik pun bagus, defend pun ok. Cuma lawan Sunderland susah sket la nak score banyak.

Fantasy Watch Fulham: Damien Duff, Clint Dempsey, Brede Hangeland
Fantasy Watch Sunderland: Darren Bent, Andy Reid, Michael Turner

Everton 1 - Spurs 2

Spurs bila kat home memang bagus, kalu menang tu memang banyak gol cam lawan Wigan hari tu. Away diorang tak berapa bagus, menang 3 dari 7 game. Tapi Everton lagi teruk, cam nampak susah sangat season ni - kalu tengok rank pun dah nak dekat zon relegation dah. Aku budget Spurs bersusah payah gak la nak menang match ni.

Fantasy Watch Everton: Diniyar Bilyaletdinov, Louis Saha, Tim Cahill
Fantasy Watch Spurs: Jermain Defoe, Tom Huddlestone, Aaron Lennon


Tu je la prediction aku untuk WEEK 14 nih. Kalau ada yang tak kena, sorry la ek. Member2 yang ada nak bagi suggestion atau bangkangan bleh tulis je comment kat bawah ni.

*Amaran: Sila jangan salahkan penulis blog kerana anda kalah berjudi dengan menggunakan ramalan-ramalan di atas. Berjudi haram di sisi agama. Hehe..

Friday, November 27, 2009

Weekly Performance : WEEK 11 & 12

Agak muram blog ni kalu tak disajikan dengan tulisan2 bernas dari aku.. hehe. Sory geng, busy gak sebelum cuti sekolah ni, tu pun selagi tak abis peksa SPM ni, selagi tu la kehidupan aku tak tenang - tahun ni je rasa beria sket jadi SU peksa. Bos baru, daring aku lain macam je bila ada kemungkinan berlakunya kebocoran atau kelalaian dalam pengurusan aku. Mampuih. Tapi ok la dari mempunyai seorang ketua yang takde rasional, xhensem, bernafas busuk dan yang rasa dia je cium bau syurga, orang lain tak, hampeh (ai, meluahkan perasaan plak kat blog bola, apahal?)

Hehe.. lama gak aku tak post menda2 kat blog ciptaan khayalan bola aku ni. Ada gak suara2 fan yang frust, merengek2 merindukan belaian penulisan aku di sini.. hehe.. nak2 yang baru naik rank, yang bisa mencabar ketuanan team penganjur, Arsenal U30 yang tidak terbatas!!

Berbalik kepada tajuk sebenar, foto manusia di atas, cam biasa, menunjukkan individu yang bold pada minggu baru nih. Malim, atau team fantasynya, Malim Deraman ngan point yang banyak gak, 145! Malim ni abang kepada Bibiq, tapi Bibiq pun korang tak kenal, tu bukan salah korang tapi Bibiq itu sendrik.. haha. Malim baru season ni je join league kita nih, korang bleh tengok kat league table, no 24.. di kelompok hina tapi masih ada masa untuk membuat lonjakan, jangan putus asa malim.. go go go!

Meh nengok sket team line up Malim yang berjaya mengatasi team fantasy handal yang lain;


Robinson (Blackburn) - 4.5

Dawson (Hull) - 19.5
Givet (Blackburn) - 0.5 aku ada gak budak ni, bleh plak injured, siut
Terry (Chelsea) - 7

Mokoena (Portsmouth) - 0
Bennayoun (Liverpool) - 13.5 yahudi?
Giggs (Man Utd) - 11.5
Boateng (Portsmouth) - 1.5

Drogba (Chelsea) - 0 bagus2, aku pun simpan dia walaupun tau injured xmain,future investment
Defoe (Spurs) - 63.5 ni memang pilihan yang kebetulan yang betul2 menguntungkan, bala
Crouch (Spurs) - 23.5


Amacam, apa pandangan saudara2 sekalian, pemilihan player malim ni adakah berdasarkan logik pengiraan atau sekadar kebetulan? hehe..

Hampir terlupa (aku plak terbuat tajuk WP week 11 & 12), Roy, atau nama sebenar Khairul Hasli Abdullah Hashim, telah berturut2 bold dari week 10 dan 11 untuk team Football Systemnya. Tahniah diucapkan, sekali tahniah dengan kelahiran anak lelakinya baru2 ini. Mungkin luck anak membantu bapak dalam mengharungi panca roba Fantasy Football. Di kedudukan no 3 sekarang, ada la sket memberi cabaran kepada team fantasy aku.. haha. Nampaknya pas ni aku kena berusaha lebih sket, kerana beza point dah kurang 100 antara mereka dengan aku dalam top 5 skrang nih.

Agaknya tu saje dari aku. Ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di galaksi ini dan tak lupa juga, jemput semua kekawan yang mengenali ke majlis perkahwinan adik aku, Suhana Ramli, pada 29hb nih, Ahad kat rumah aku:

55 Taman Bukit Koman,
27600 Raub, Pahang


Jemput semua manager2 fantasy, ajak famili, bini, anak dan awek (yang bujang saje)

Go go go!

Friday, October 23, 2009

Weekly Performance : WEEK 8

Aku sebenarnya tak sangka pun team Arsenal U30 aku ni bleh plak bold untuk WEEK 8 nih. Sebab point pun xde la banyak pun kan, takat 84 jek. Tapi tu la, dah rezeki.. hehe.

Aku ingat, season depan, kalau league Raub Championship ni diteruskan, biarlah orang lain yang menganjurkannya selain dari aku ni. Bukan pe, nampak cam tak adil la plak kan, aku anjur, aku je jadi Champion.. kekekeh.. Ikhlas aku cakap, cam aku membuli budak sekolah rendah yang pendek bermain tenis jek bila membandingkan team fantasy aku dengan team kekawan sekalian (Aiseh, nampak takbur sangat plak bila aku tulis cam ni, jangan marah ha... haha)

Sebenarnya, form point fantasy kita kebanyakannya dari league Raub Championship ni memang merundum. Ye la, yang paling tinggi pun tak sampai 100, apahal? Banding ngan world rank, diorang bleh dapat sampai 140++ tu. Mungkin injury yang menyerang player2 seperti Torres, Gerrard dan Rooney membuatkan kekawan pening/serba-salah/tak reti nak memilih player yang boleh mengaut score tinggi untuk WEEK 8 baru nih.

Cuba kita nengok line-up team aku utk WEEK 8:

Robinson (Blackburn) 2

Vermaelen (Arsenal) 5.5
Heitinga (Everton) 5.5
Gibbs (Arsenal) 5

Jarvis (Wolverhampton) 0.5 - bleh plak dia jadi sub je ari tu
Fabregas (Arsenal) 12
Dunn (Blackburn) 19
Duff (Fulham) 15 - penukaran saat2 akhir bersama Robinson dari Myhill+Nani, berbaloi!

Drogba (Chelsea) 10.5 - tak penah buang dari start season
Adebayor (Man City) 0.5 - membazir jek beli, blah la Adebayot
Saha (Everton) 8.5


Baru 84 je, memang ada member yang kurang 1-2 point je dari aku, tapi nak buat camane (jangan bunuh diri). Sebenarnya aku kecewa gak, aku target nak dapat at least 100 point tiap minggu - baru la sama ngan harga player yang kita habiskan dengan team value yang Yahoo kasi kan?

WEEK 9 yang akan menyusul ni kena banyak study lagi tambah2 ada plak game antara BIG 4 (Liverpool vs Man Utd), syok tu, tapi kalu ramai yang injured bosan gak.

Agaknya itu je dari aku, sampaikan salamku pada bini, awek, kekasih gelap dan kawan perempuan anda, bagitau korang perlukan lebih masa untuk fantasy football lagi dari duk berkepit dengan mereka (tapi yang berbini tu, tanggungjawab kena full commited tau, baru la dikatakan handal)

Go go go!

Friday, October 16, 2009

Weekly Performance : WEEK 6 & 7

Mungkin kekawan agak hangin dan ternanti2 sehingga putus cinta tika menunggu post Weekly Performance untuk 2 minggu game fantasy football kita sebelum ni. Memang agak sunyi blog Fantasy Football Raub ni kalu aku tak menulis apa. Ketua Editor sangat2 mengharapkan member2 lain boleh bagi sumbangan idea atau berita sekalipun gosip tentang player MU mabuk todi dengan Ah Heng pun tak pe, janji arus information tu still ada flow. Mana tau ada member2 nak advertise apa2 kat sini, tarak had punya, bagitau je ek.

Berbalik pada performance fantasy, WEEK 7 menampilkan manager2 yang banyak ambik player Arsenal sangatlah bertuah, Cesc Fabregas walaupun hanya score 1 gol tapi ngan assist 4 meragut point sebanyak 38.5? wow! Walaubagaimanapun Ray yang bold ngan team Penyamun Backgroundnya, tak de pun pakai Fabregas, mungkin beliau ter'nasib' je kot dapat point lebih sket je dari rakan2 yang lain, tahniah Ray kerana kebetulan.

Biar aku list sket player team Penyamun Background ngan point yang tak seberapa tu..hehe:

Myhill (Hull) 9

Insua (Liverpool) 3
Vermaelen (Arsenal) 22.5
Alexander (Burnley) 2.5

Mokoena (Portsmouth) 0
Lennon (Spurs) 9
Arshavin (Arsenal) 14
Fellaini (Everton) 5

Drogba (Chelsea) 20.5
Rooney (Man U) 11.5
C. Cole (West Ham) 13

Total point = 110

Dalam pada tu, aku tak lupa gak pada manager yang bold pada WEEK 6. Aku rasa ni julung2 kalinya, Farid, aka Klara FC berjaya gak score point yang melebihi kita semua. Beliau merupakan kaunselor kat sekolah aku, berasal dari Jerantut, berumur 30 tahun tapi masih lagi belum berkahwin. Insya Allah dengar ura-ura nak kawin ujung tahun ini menjadi kenyataan dan kekawan tidaklah melabelkan anda sebagai seorang gay atau mati pucuk.. haha!

Sebenar Farid dah masuk term yang ke-2 join league Raub Championship ni. Season lepas dia (kasi gegar) masuk lambat, dah 3 game berlalu - memang tak merasa langsung rank 15 pun. Itu la, walaupun beliau seorang kaunselor, tapi aku tak pikir dia bleh motivasikan diri sendiri untuk jadi Champion. hehe (jgn marah ha).

Agaknya itu je kot review aku untuk dua minggu sebelum ni, saje aku lambat, alang2 ada international World Cup qualifiying. Tahniah buat team2 yang dah lepas, Italy terutamanya.. huhu