Friday, December 4, 2009

Weekly Performance : WEEK 13


Aku sebenarnya segan gak bila nak post keboldan aku untuk column Weekly Performance ni. Tapi nak buat camane, dah tugas (alasan). Harap kawan2 semua faham yang aku cuma melaksanakan tanggungjawab untuk negara, bangsa dan rakyat (baru la macam ayat politician).. hehe..

Pagi Jumaat ni, aku sebab dah biasa bangun pagi g sekolah, dah tak reti nak tido bila pas semayang Subuh. So, takde aktiviti lain (tadi round2 Facebook jab - baru je register 2-3 hari), bleh a gak sumbang sket untuk blog kita nih. Mungkin tulisan2 aku kat sini boleh bagi inspirasi sket kat kekawan dalam kita mengejar keduniaan ini. So, weekend lepas, kita menyaksikan pelbagai event (termasuklah wedding adik aku - tahniah Suhana), untuk EPL plak banyak menda yang mengecewakan, melegakan dan serba-salah yang berlaku dan disalah-laku. Biar aku terangkan satu per satu;

mengecewakan - Arsenal kalah 0-3 ngan Chelsea kat tempat sendrik. Cam haram, tapi bagi aku yang menengok game tu, setuju gak la ngan keputusan tu. Arsenal main cam Wolves time tu. Aku paling tak suka Eduardo, slow, cam tak tau nak buat apa dalam padang. Aku ingat keputusan Wenger nak cari striker baru memang patut la.

melegakan - Walaupun kalah, Arsenal still dalam top 4 ngan 1 match dalam tangan. Nak jadi Champion EPL still tak lari la kan kalu nak banding ngan Liverpool

serba-salah - Time Arsenal kalah, aku hangin tapi dalam hati ada sinyum sket sebab team fantasy aku ada Drogba.. huhu!

Ye, semua pasal Arsenal. Takkan aku nak cita pasal player2 Liverpool yang gay plak kan?

Berbalik pada cita kehandalan aku. WEEK 13 menyaksikan team Arsenal U30 aku bold ngan point banyak a gak, 124. Korang bleh nengok line-up team aku kat bawah;

Kirkland (Wigan) - 10 memang untung gila tapi gamble a beli dia yang baru kena ngan Spurs 9-1

Vermaelen (Arsenal) - -1 dah berturut2 dah point cam haram, nak jual rugi
Baird (Fulham) - 5
Nelsen (Blackburn) - 11

O'hara (Portsmouth) - 5
D.Dunn (Blackburn) - 1 bleh plak injured tgh game
Dempsey (Fulham) - 7
Duff (Fulham) - 23

Drogba (Chelsea) - 26.5 tangisan dalam ketawa..
Defoe (Spurs) - 3 beli dia pas score 5, nengok2 dapat 3 point jek
Rooney (Man Utd) -33.5 penukaran saat2 akhir ngan Bellamy


Usaha tangga kejayaan. Itu la motto, kalu nak menang la kan. Aku ingat, kalu keadaan terus camni, sah aku Champion lagi season ni. Walaupun nampak cam takbur, bongkak dan keji, itulah kenyataannya. Insya Allah season yang akan datang nanti aku bagi pengurusan league Raub Championship ni ke individu lain plak. Bosan gak kalu aku je yang bersemangatnya, takde cabaran langsung.

Semoga berjumpa lagi dalam post2 yang akan datang. Majulah sukan untuk Raub!

5 comments:

  1. den kejor dari belakang...mu tgg la..huhu..sekian
    p/s:arsenal tetap dihati keh...sekian lagi

    ReplyDelete
  2. (apa cmpur loghat n9+kelantan ni? Ko sbnrnya asal mana jamil, Uganda? hehe)


    Kawe g dulu deh

    ReplyDelete
  3. aku hanginnn! aku aku bold 2 kali, ciput je ulasan nye.. naseb baik aku pon arsenal.. =)

    ReplyDelete
  4. aduih, sian plak aku dengor. ok roy, aku janji, pasni kalu ko bold 2 kali lagi aku terus je buat review panjang2 ek (kalu dpt bold lg la kan.. haha)

    ReplyDelete
  5. cibai..!! i want justice.. aku nak saman.. alamak.. mcm politik plak.. hehe..

    ReplyDelete