Tuesday, December 22, 2009

Touchlines


EVERTON will battle it out with Arsenal to sign Bordeaux striker Marouane Chamakh for 7m pound in the summer.

New Manchester City boss Roberto Mancini has given the club's chief executive Garry Cook a list of players he wants to sign, with Juventus leftback Giorgio Chiellini one of his targets. Mancini is also keen on Inter Milan rightback Maicon.

TOTTENHAM are set to move for Portsmouth fullback Nadir Belhadj in January, with Blackburn and Everton also interested in the Algeria defender.

BERMINGHAM City want to turn Joe Hart's loan switch from Manchester City into a permanent move and are also close to agreeing a 2.5m pound deal for Sporting Gijon midfield Michel.

MANCINI'S first job as Manchester City manager will be to hold showdown with Brazilian forward Robinho, who the Italian sees as the key to City's future. Mancini faces a battle to win over a number of disillusioned City players who are outraged by the sacking of former boss Mark Hughes.

CITY delayed sacking Mark Hughes for three weeks to give Mancini an easy start as manager, after the Italian verbally agreed to take charge at Eastland on Dec 2. Hughes had 18 months left on his contract and will receive a maximum pay-out of 3m pound following his departure from City, but the final figure he receive will depend on how quickly he finds a new job.

MANCINI took the Eastland job knowing he was not the club's first choice. City's cheif executive Garry Cook flew to Amsterdam at the start of December to offer the post to Guus Hiddink.

ALAN CURBISHLEY could return as West Ham boss if David Sulivan's takeover of the Upton Park club goes through.

Friday, December 18, 2009

Weekly Performance : WEEK 15


Aku sebenar cam rasa bangga gak a dengan budak Saifi ni. Bukan apa, sebagai newbie kepada Raub Championship nih, beliau menunjukkan prestasi yang, boleh dikatakan bagus gak la. Kita baru 15 game berlalu, tapi dia dah dua kali bold (usah dipertikaikanlah aku yang dah bold 4 kali ni kan.. hehe). Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah, walau di mana rank kita, usaha kena ada, gagal atau cemerlang team fantasy kita adalah soalan no 2. Kalu gagal, nasib tak baik lah. Kalu cemerlang, kan boleh menjadikan mak bapak kita berasa berbaloi la membesarkan kita. hehe.

WEEK 15 menghidangkan kita ngan dua kali game, 1 weekend, 1 midweek. Walaupun pada midweek match tidak semua team main (16 team saje) tapi kalu team2 fantasy kita tak bleh dapat at least 100 point, memang la anda tu ayam orangnya. Aku sebenarnya keciwa gak ngan performance Arsenal, yang memula menang ngan Liverpool (ingat dah ada momentum form kemenangan) tapi bleh plak seri je ngan Burnley. Ye la, walaupun kita tau, Man United pun kalah ngan Burnley ni kat Turf Moor tapi itu bukan bleh dijadikan alasan Arsene Wenger untuk gagal.

Team saudara Saifi, JambanMU FC, mengutip point sebanyak 195 pada minggu nih, lagi 5 lagi nak 200. Kira banyak a gak, tapi banding ngan team world leading, diorang bleh dapat sampai 260++, gila ke apa? Aku tak tau a, apa bomoh diorang pakai. Season lepas, kita ada bomoh dari sempadan Thailand, En Melan, tapi season ni beliau tiada kerana memencilkan diri bertapa kat Gua Keling, Ulu Gali.

Aku senaraikan player2 weekly boldy kita untuk WEEK 15 nih;

Robinson (Blackburn) - 19

Vermaelen (Arsenal) - 9
Carlisle (Burnley) - 5.5
Cuellar (Villa) - 27

Reid (Sunderland) - 30
Dempsey (Fulham) - 2.5
Bowyer (Birmingham) - 26.5
N'Zogbia (Wigan) - 26.5

Drogba (Chelsea) - 26
Tevez (Man City) - 27
Davies (Bolton) - -4

Dalam pada tu, aku dengan bangganya ingin senaraikan para manager fantasy yang telah melakukan lonjakan saujana dalam 10 game sebelum ni. Yang mana anugerah ini buat mereka yang menukarkan diri daripada kehinaan (bawah rank 10 @ Reban.Com) kepada top 5 sekarang. Mereka ialah;

Football System (Roy) : dari rank kehinaan 15 ke rank 2
Panthers II... (Kropol) : dari rank kehinaan 11 ke rank 5 (sebenarnya dia dah dapat no 2 ari tu, Liverpool kalah, hancus trus.. haha)

Ingin juga aku mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya merangkul pingat emas semalam. Moga pas ni, insya Allah, World Cup 2014, kita dah boleh qualify.

Go Go Go!

Tuesday, December 15, 2009

You'll Never Lose Alone : LIV 1 - ARS 2


Aku rasa terpanggil untuk menceritakan bagaimana kisah perlawanan team Arsenal yang handal dengan team so-called Big 7 itu, emosi, keadaan padang dan bau busuk ketiak penonton2 yang berhimpit menengok bola di Anfield pada 13 Disember yang lalu. Kerana, mungkin ada beberapa peminat bola sepak/pura2 minat bola sepak (sebab nak cukupkan korum), tidak berkesempatan untuk melihat perlawanan yang berprestij, bergaya, bermutu, keunggulan (cam iklan Dunhill plak). Alasan2 seperti; Astro kat umah kena potong sebab tak bayar, tak tau pun ada game malam tu dan dah lewat, kena tido awal sebab nak pegi keje esoknya, amatlah popular apatah lagi dikalangan peminat2 Liverpool yang semakin pupus di abad ini.

Sebelum kick-off;

Senarai pemain dikeluarkan,
Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Agger, Aurelio, Macherano, Lucas, Kuyt, Gerrard, Benayoun, Torres.
Arsenal: Almunia, Sagna, Gallas, Vermaelen, Traore, Fabregas, Song, Denilson, Walcott, Arshavin, Nasri.

Kelihatan pada bangku penonton, Xabi Alonso memerhatikan Abang Stevie dengan pandangan penuh rindu. Rupanya Steven Gerrard ada SMS Xabi supaya datang memberikan sokongan moral. Cinta memang tak mengenal sempadan dan kewarganegaraan.. juga jantina.

"I miss you Steve.." diungkapkan tanpa bunyi di bibirnya

1st Half:

1' - Sepak mula oleh Arshavin, kepada Fabregas. Fabregas terus meluru membawa bola seperti yang dilakukan kepada Spurs hari tu. Tapi pemain Liverpool tangkas mengepung dan mencurik bola pada kakinya, mereka dah tau trick tu kerana telah berulang kali bersengkang mata menonton video kemenangan Gunners kepada Spurs yang lalu.
6' - Liverpool menyerang, si Yahudi Benayoun dengan berang membawa bola, memasuki pertahanan Arsenal, dengan emosi yang terpendam di hati kerana mendapat tahu Arsene Wenger sudah berjinak2 dengan Islam dan ingin menggunakan nama Hassan Wenger setelah beliau menjadi saudara baru. Benayoun passing kepada Torres, kemudian kepada Gerrard, tetapi Vermaelen cepat cut bola Gerrard itu.
13' - Gerrard mendapat peluang terus membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Arsenal dan.. oh my god! Gallas menjatuhkan Gerrard tanpa mengusik bola. Adakah penalti? Tidak. Nasib baik pengadil yang lepak minum ngan Wenger malam tadi tidak memberikan penalti. Gallas buat muka selamba, bangun bersedia plak nak menyerang. Emosi beliau semakin stabil berbanding dulu setelah kena lempang ngan Wenger pada musim lepas selepas berperangai monyet hilang bini pada perlawanan seri 4-4 ngan Spurs.
24' - perlawanan makin sengit, ball possesion banyak yang kita lihat berpihak pada Liverpool. Denilson kena kad kuning sebab bahan Mascherano.
41' - Denilson sekali lagi buat faul pada Gerrard. Liverpool dapat freekick. Bola sampai dalam kotak penalti, keadaan jadi kelam kelibut di sana. Dan, ah! Kuyt mengambil kesempatan pas Almunia save bola freekick Aurelio, bola rebound ke arahnya, rembat dan Liverpool bernasib baik dapat gol. Cilake, aku menyumpah2 melihat akan keadaan tersebut.
47' - wisel berbunyi tamatnya 1st half, setelah masa tambahan 2 minit. Rafa dengan tangan bersilang, berdiri seakan jin dalam cerita Aladdin, berkata dalam hati "ai, menang kume wei kali nih". Wenger plak, ngan muka hangin gila, laju je gi bilik persalinan Arsenal.















2nd Half:


48' - tiada pertukaran player yang dibuat oleh kedua2 pasukan. Player Arsenal kelihatan cam takde rasa down langsung sebab dah kena 1 gol, steady dan ngan muka confident gila setelah kena basuh dan bumping oleh Wenger time rehat tadi. Steven Gerrard kelihatan girang, suka benor beliau setelah pipinya dicium oleh Xabi Alonso sebagai hadiah jatuh dalam kotak penalti Arsenal awal game tadi.
49' - disebabkan dah leading, Liverpool tidak lagi bermain agresif cam 1st half tadi. Arsenal mengambil peluang itu, menyerang.
50' - cross yang dilakukan oleh Nasri ke dalam kotak penalti Liverpool tetiba ditampan oleh Glen Johnson masuk ke dalam golnya sendiri. GOOOOLLL!!! Johnson termenung memandang bola dalam gol sambil tertanya2 dalam hati, "berbaloi ke aku buat ni semata2 roti telur Yunus?.." Penyokong Arsenal tak kira di Anfield atau di Malaysia jadi suka gila, tak percaya dengan kebodohan pertahanan Liverpool itu.
55' - serangan Arsenal yang makin garang setelah meletakkan kedudukan seri menyukarkan Liverpool. Mascherano kena kad kuning kerana tackle emo Fabregas.
58' - bola dapat kepada Arshavin, Johnson yang cuba cover kebodohan tadi cuba menghalang. Arshavin terus merebat ke arah gol. Bola terkena palang terus masuk ke dalam gol. GOOOOOLLL!! Reina cuba memegang tiang gol yang tidak henti bergetar sedangkan pemain2 Arsenal tengah celebrate yang tidak keterlaluan, tidak seperti yang dilakukan oleh Adebayor dulu.
65' - Aquilani masuk mengantikan Mascherano. Adakah ada perubahan permainan setelah pemain Italy yang bernilai 20 juta pound masuk?
80' - Liverpool tidak berputus asa, serangan bertali arus membuatkan penyokong di Raub dan seluruh Malaysia menjadi cuak juga. Kebolehan Liverpool bangkit dari kekalahan kepada kemenangan (seperti Final Champions League dengan AC Milan dulu), tercatat dalam nota kaki semua pemain Arsenal sebelum perlawanan ini.
92' - Arshavin kelihatan injured keluar digantikan oleh Ramsey.
95' - masa tambahan 4 minit tidak cukup untuk Liverpool membuat jaringan. Perlawanan tamat. Kemenangan sememangnya milik Arsenal. Setelah 6 tahun tak menang kat Anfield dalam EPL, Arsenal menunjukkan kehandalannya yang sebagai bakal champion EPL pada season 2009/2010 nih!



























Keputusan akhir, Liverpool 1 - Arsenal 2. Jangan bersedih wahai adik2 Liverpool. Masih lagi dalam top 10, apa yang termaktub sememangnya layak untuk anda. Selamat bergelumbang dalam Europa League untuk season ni dan season depan. Nyanyikan lah lagumu ini ya nak..

"You'll never lose alone,
wake up, wake up, we are not dreaming..
And we never win anything again.."

Thursday, December 10, 2009

My Prediction : WEEK 15


Minggu lepas kita menyaksikan drama EPL yang tak berkesudahan. Chelsea yang berlagak handal kononnya, kalah gak ngan team kaya tapi bodoh, Manchester City, 2-1, itu pun gol Chelsea adalah ehsan bontot Adebayor semata-mata.

Berdasarkan prediction aku minggu lepas, daripada semua fixtures EPL;
  • 5 daripada 10 match betul dari segi keputusannya.
  • 1 je match yang aku predict betul scorenya, Fulham 1 vs Sunderland 0
WEEK 15 ni, kita ada dua game untuk semua team (1 weekend, 1 midweek), kecuali untuk team Everton, Fulham, Stoke dan Hull je yang main 1 game. Harap kekawan sedar akan hal itu. Walaubagaimanapun, untuk post prediction ni, aku akan buat untuk weekend ni aje, bukan apa, cam susah sket sebab beza 2-3 hari pun ada effect, mungkin ada perubahan dari segi injury, moral dan sebagainya (untuk player la, takkan aku plak)

Aku start ngan game hari Sabtu, 12hb ni:

Stoke 2 vs Wigan 0

Memang diakui Stoke kat tempat sendiri memang agak handal, kalu kira kata kubu diorang pun betul gak, kita boleh rujuk season lepas pun - diorang boleh kalahkan team handalan, Arsenal..hehe. Tambah2 plak, Wigan skrang cam tak stabil, cam minggu lepas pun bleh kena kat tempat sendiri.

Fantasy Watch: Matthew Etherington, Ricardo Fuller, Maynor Figueroa

Birmingham 1 vs West Ham 0

Cam aku cakap minggu lepas, Birmingham ni tak bleh pandang rendah gak. Aku predict diorang akan stay kat dalam EPL untuk season yang seterusnya. Tapi selalu nengok Birmingham ni menang tipis2 jek, selalu beza 1 gol je la.

Fantasy Watch: Sebastian Larsson, Cristian Benitez, Robert Green

Bolton 1 vs Man City 2

Kemenangan ke atas Chelsea minggu lepas, sedikit sebanyak memberikan semangat untuk City mengejar hingga ke top 4. Sampai skrang, City sebenarnya baru kalah sekali dalam semua game tapi keadaan seri yang banyak menyebabkan mereka berada di bawah. Bolton, emm gayanya cam nak kena relegate jek.

Fantasy Watch: Matthew Taylor, Carlos Tevez, Shaun Wright-Phillips

Burnley 2 vs Fulham 0

Dah lama gak Burnley ni tak menang. Time ni, lawan Fulham, aku rasa diorang bleh menang, lebih2 lagi kat tempat diorang, Turf Moor. Kalu kita rujuk semula semua game kat Turf Moor ni, diorang menang 5 dari 7 match, termasuklah ngan Man United ari tu.

Fantasy Watch: Steven Fletcher, Chris Eagles, Damien Duff

Chelsea 3 vs Everton 0

Dihinakan dengan kekalahan dengan 'team mewah' Man City minggu lepas bisa membuatkan semua warga di Stamford Bridges tak sabo2 nak mencari kemenangan semula, apatah lagi kat tempat sendirik.

Fantasy Watch: Didier Drogba, Frank Lampard, Ashley Cole

Hull 2 vs Blackburn 2

Ni satu lagi team yang aku budget kena relegate dari EPL season nih. Bila match yang melibatkan Hull, mesti cam pesta gol, tak kira la Hull menang atau tak.

Fantasy Watch: Stephen Hunt, David Dunn (kalu fit), Jason Robert

Sunderland 3 vs Portsmouth 1

Sunderland yang dahaga kemenangan kalah straight 2 kali di tempat lawan. Form diorang kat Stadium of Light memang tidak boleh disangkal lagi (Liverpool dan Arsenal dah rasa). Portsmouth, walaupun berada kat bawah sekali, still aku rasa bleh diselamatkan, yang penting gaji diorang tu kena a tepat pada masa, ni bukan liga Malaysia weh

Fantasy Watch: Darren Bent, Andy Reid, Kevin-Prince Boateng

Tottenham 4 vs Wolves 0

Spurs kat home memang cemerlang, kalo diorang menang, memang selalu score banyak - cam lawan Wigan ari tu. So aku predict Spurs menang ngan banyak gol gak a kan. Maka ambik la player Tottenham bebanyak ye

Fantasy Watch: Jermain Defoe, Aaron Lennon, Niko Kranjcar

Man United 2 vs Aston Villa 1

Still sebenarnya susah nak menang kat Old Trafford ni. Villa kena usaha la. Seri pun ok (harapan penulis la.. hehe)

Fantasy Watch: Wayne Rooney (kalu tak injured), Ryan Giggs, Richard Dunne

Game hari Ahad, 13hb

Liverpool 1 vs Arsenal 2

Nampak cam prediction aku tu berat sebelahkan? tapi sebenarnya tak. Liverpool season ni betul2 menjadi ayam, minggu lepas boleh seri je ngan Blackburn n midweek baru ni kalah plak kat tempat sendiri dalam Champions League. Alasan kata dah tak lepas, tak bleh pakai sebab kita nengok semua line up malam tu handal2 belaka. Secara profesional dan unbiasnya, aku memang rasa Arsenal menang, walaupun ngan beza gol yang sket. Kalu kita nengok game Arsenal vs MU kat Old Trafford ari tu, MU menang nasib dan cuak2 gak a, so Arsenal bleh menang ngan team Europa League nih.. huhu!

Fantasy Watch: Andrei Ashavin, Thomas Vermaelen, Steven Gerrard


Selamat belajar!

Weekly Performance : WEEK 14

Saudara Yus bin Kamal, yang juga meminati pasukan yang tak lepas Champions League, Juventus, bold pada minggu ini. Dengan point 109, team JFCM beliau dilihat bernasib baik kerana mempunyai Arshavin dan gamble menggunakan Paul Robinson sebagai keeper menentang pasukan Liverpool, pasukan yang sekadar memenuhi jadual perlawanan EPL tanpa ada nafsu memenanginya.

Bergerak dari rank ke-8 hingga ke-5 liga, penganjur berharap beliau mengekalkan prestasi sehingga ke akhir season, supaya tidak berulang lagi kejadian season lepas menyaksikan team ala2 Juve beliau dipintas oleh team adiknya sendiri, saudara Didi, jatuh ke rank ke-6 menyebabkan beliau pulang dari stadium UIA hari itu dengan tangan kosong.. hehe

Sini aku listkan line-up team JFCM untuk WEEK 14 baru nih;

Robinson (Blackburn) - 11.5

Vermaelen (Arsenal) - 8
Givet (Blackburn) - 10
Evra (Man Utd) - 10

Rodwell (Everton) - 3.5
Arshavin (Arsenal) - 24
Nasri (Arsenal) - 7
Fletcher (Man Utd) - 3.5

Drogba (Chelsea) - 2 walaupun sikit mana point dia, aku takkan buang sampailah ACN
Rooney (Man Utd) - 11.5
Defoe (Spurs) - 18 siut, aku pun ada dia nih, miss penalti plak, kalu tak gerenti 30++


Agaknya itu jek dari aku. WEEK 15 menjanjikan kita dengan double game untuk team2 tertentu. Nengok bebaik player-player yang boleh perform untuk dua game nih. Harapan penganjur, semoga contest ini menjadi sengit dan tidaklah dibiarkan begitu saja (walaupun team anda berada di puncak Reban yang paling agung). Memang semua orang tak suka digelar ayam, tapi kalu anda suka begitu, jadilah ayam seumur hidup anda - semoga korang tak berada di atas pinggan time aku order Dinner Plate (original) bila2 kat KFC nanti.. huhu..

tata!