Tuesday, December 15, 2009

You'll Never Lose Alone : LIV 1 - ARS 2


Aku rasa terpanggil untuk menceritakan bagaimana kisah perlawanan team Arsenal yang handal dengan team so-called Big 7 itu, emosi, keadaan padang dan bau busuk ketiak penonton2 yang berhimpit menengok bola di Anfield pada 13 Disember yang lalu. Kerana, mungkin ada beberapa peminat bola sepak/pura2 minat bola sepak (sebab nak cukupkan korum), tidak berkesempatan untuk melihat perlawanan yang berprestij, bergaya, bermutu, keunggulan (cam iklan Dunhill plak). Alasan2 seperti; Astro kat umah kena potong sebab tak bayar, tak tau pun ada game malam tu dan dah lewat, kena tido awal sebab nak pegi keje esoknya, amatlah popular apatah lagi dikalangan peminat2 Liverpool yang semakin pupus di abad ini.

Sebelum kick-off;

Senarai pemain dikeluarkan,
Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Agger, Aurelio, Macherano, Lucas, Kuyt, Gerrard, Benayoun, Torres.
Arsenal: Almunia, Sagna, Gallas, Vermaelen, Traore, Fabregas, Song, Denilson, Walcott, Arshavin, Nasri.

Kelihatan pada bangku penonton, Xabi Alonso memerhatikan Abang Stevie dengan pandangan penuh rindu. Rupanya Steven Gerrard ada SMS Xabi supaya datang memberikan sokongan moral. Cinta memang tak mengenal sempadan dan kewarganegaraan.. juga jantina.

"I miss you Steve.." diungkapkan tanpa bunyi di bibirnya

1st Half:

1' - Sepak mula oleh Arshavin, kepada Fabregas. Fabregas terus meluru membawa bola seperti yang dilakukan kepada Spurs hari tu. Tapi pemain Liverpool tangkas mengepung dan mencurik bola pada kakinya, mereka dah tau trick tu kerana telah berulang kali bersengkang mata menonton video kemenangan Gunners kepada Spurs yang lalu.
6' - Liverpool menyerang, si Yahudi Benayoun dengan berang membawa bola, memasuki pertahanan Arsenal, dengan emosi yang terpendam di hati kerana mendapat tahu Arsene Wenger sudah berjinak2 dengan Islam dan ingin menggunakan nama Hassan Wenger setelah beliau menjadi saudara baru. Benayoun passing kepada Torres, kemudian kepada Gerrard, tetapi Vermaelen cepat cut bola Gerrard itu.
13' - Gerrard mendapat peluang terus membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Arsenal dan.. oh my god! Gallas menjatuhkan Gerrard tanpa mengusik bola. Adakah penalti? Tidak. Nasib baik pengadil yang lepak minum ngan Wenger malam tadi tidak memberikan penalti. Gallas buat muka selamba, bangun bersedia plak nak menyerang. Emosi beliau semakin stabil berbanding dulu setelah kena lempang ngan Wenger pada musim lepas selepas berperangai monyet hilang bini pada perlawanan seri 4-4 ngan Spurs.
24' - perlawanan makin sengit, ball possesion banyak yang kita lihat berpihak pada Liverpool. Denilson kena kad kuning sebab bahan Mascherano.
41' - Denilson sekali lagi buat faul pada Gerrard. Liverpool dapat freekick. Bola sampai dalam kotak penalti, keadaan jadi kelam kelibut di sana. Dan, ah! Kuyt mengambil kesempatan pas Almunia save bola freekick Aurelio, bola rebound ke arahnya, rembat dan Liverpool bernasib baik dapat gol. Cilake, aku menyumpah2 melihat akan keadaan tersebut.
47' - wisel berbunyi tamatnya 1st half, setelah masa tambahan 2 minit. Rafa dengan tangan bersilang, berdiri seakan jin dalam cerita Aladdin, berkata dalam hati "ai, menang kume wei kali nih". Wenger plak, ngan muka hangin gila, laju je gi bilik persalinan Arsenal.















2nd Half:


48' - tiada pertukaran player yang dibuat oleh kedua2 pasukan. Player Arsenal kelihatan cam takde rasa down langsung sebab dah kena 1 gol, steady dan ngan muka confident gila setelah kena basuh dan bumping oleh Wenger time rehat tadi. Steven Gerrard kelihatan girang, suka benor beliau setelah pipinya dicium oleh Xabi Alonso sebagai hadiah jatuh dalam kotak penalti Arsenal awal game tadi.
49' - disebabkan dah leading, Liverpool tidak lagi bermain agresif cam 1st half tadi. Arsenal mengambil peluang itu, menyerang.
50' - cross yang dilakukan oleh Nasri ke dalam kotak penalti Liverpool tetiba ditampan oleh Glen Johnson masuk ke dalam golnya sendiri. GOOOOLLL!!! Johnson termenung memandang bola dalam gol sambil tertanya2 dalam hati, "berbaloi ke aku buat ni semata2 roti telur Yunus?.." Penyokong Arsenal tak kira di Anfield atau di Malaysia jadi suka gila, tak percaya dengan kebodohan pertahanan Liverpool itu.
55' - serangan Arsenal yang makin garang setelah meletakkan kedudukan seri menyukarkan Liverpool. Mascherano kena kad kuning kerana tackle emo Fabregas.
58' - bola dapat kepada Arshavin, Johnson yang cuba cover kebodohan tadi cuba menghalang. Arshavin terus merebat ke arah gol. Bola terkena palang terus masuk ke dalam gol. GOOOOOLLL!! Reina cuba memegang tiang gol yang tidak henti bergetar sedangkan pemain2 Arsenal tengah celebrate yang tidak keterlaluan, tidak seperti yang dilakukan oleh Adebayor dulu.
65' - Aquilani masuk mengantikan Mascherano. Adakah ada perubahan permainan setelah pemain Italy yang bernilai 20 juta pound masuk?
80' - Liverpool tidak berputus asa, serangan bertali arus membuatkan penyokong di Raub dan seluruh Malaysia menjadi cuak juga. Kebolehan Liverpool bangkit dari kekalahan kepada kemenangan (seperti Final Champions League dengan AC Milan dulu), tercatat dalam nota kaki semua pemain Arsenal sebelum perlawanan ini.
92' - Arshavin kelihatan injured keluar digantikan oleh Ramsey.
95' - masa tambahan 4 minit tidak cukup untuk Liverpool membuat jaringan. Perlawanan tamat. Kemenangan sememangnya milik Arsenal. Setelah 6 tahun tak menang kat Anfield dalam EPL, Arsenal menunjukkan kehandalannya yang sebagai bakal champion EPL pada season 2009/2010 nih!



























Keputusan akhir, Liverpool 1 - Arsenal 2. Jangan bersedih wahai adik2 Liverpool. Masih lagi dalam top 10, apa yang termaktub sememangnya layak untuk anda. Selamat bergelumbang dalam Europa League untuk season ni dan season depan. Nyanyikan lah lagumu ini ya nak..

"You'll never lose alone,
wake up, wake up, we are not dreaming..
And we never win anything again.."

3 comments:

  1. hehe..aku cuma melaporkan keadaan. - memang xde sepakan gunting. kalu Hasbollah turut bagi komentator, mgkin ada, walaupun xde.. huhu

    ReplyDelete
  2. huhu...tumpang lalu je...

    ReplyDelete