Thursday, December 10, 2009

Weekly Performance : WEEK 14

Saudara Yus bin Kamal, yang juga meminati pasukan yang tak lepas Champions League, Juventus, bold pada minggu ini. Dengan point 109, team JFCM beliau dilihat bernasib baik kerana mempunyai Arshavin dan gamble menggunakan Paul Robinson sebagai keeper menentang pasukan Liverpool, pasukan yang sekadar memenuhi jadual perlawanan EPL tanpa ada nafsu memenanginya.

Bergerak dari rank ke-8 hingga ke-5 liga, penganjur berharap beliau mengekalkan prestasi sehingga ke akhir season, supaya tidak berulang lagi kejadian season lepas menyaksikan team ala2 Juve beliau dipintas oleh team adiknya sendiri, saudara Didi, jatuh ke rank ke-6 menyebabkan beliau pulang dari stadium UIA hari itu dengan tangan kosong.. hehe

Sini aku listkan line-up team JFCM untuk WEEK 14 baru nih;

Robinson (Blackburn) - 11.5

Vermaelen (Arsenal) - 8
Givet (Blackburn) - 10
Evra (Man Utd) - 10

Rodwell (Everton) - 3.5
Arshavin (Arsenal) - 24
Nasri (Arsenal) - 7
Fletcher (Man Utd) - 3.5

Drogba (Chelsea) - 2 walaupun sikit mana point dia, aku takkan buang sampailah ACN
Rooney (Man Utd) - 11.5
Defoe (Spurs) - 18 siut, aku pun ada dia nih, miss penalti plak, kalu tak gerenti 30++


Agaknya itu jek dari aku. WEEK 15 menjanjikan kita dengan double game untuk team2 tertentu. Nengok bebaik player-player yang boleh perform untuk dua game nih. Harapan penganjur, semoga contest ini menjadi sengit dan tidaklah dibiarkan begitu saja (walaupun team anda berada di puncak Reban yang paling agung). Memang semua orang tak suka digelar ayam, tapi kalu anda suka begitu, jadilah ayam seumur hidup anda - semoga korang tak berada di atas pinggan time aku order Dinner Plate (original) bila2 kat KFC nanti.. huhu..

tata!

No comments:

Post a Comment