Tuesday, April 21, 2009

Hall of Fame : SEASON 04/05

Sebenarnya dua tiga minggu ni, aku takde masa pun nak tulis artikel apa2 pasal bula yang 'agak bermanfaat' kepada komuniti fantasy kita. Tapi bila Azry dah letak banner blog kita ni beso2 kat Anak-Pahang.Net, aku perasaan jumlah visitor yang bertambah masuk ke site ni- menunjukkan keadaan yang ingin tahu yang melimpah2 di sanun. Macam jadi tanggungjawab aku plak supaya site ni selalu update untuk umum.

1st idea aku ialah untuk reintroduce champions/juara2 liga2 yang telah dianjurkan sejak dunia fantasy football diperkenalkan kepada bebudak Raub sehingga kini.

Season 2004/2005, di mana Chelsea yang baru bernafas, champion EPL pada masa itu. Di mana Mourinho, sebagai manager Chelsea yang paling menonjol menunjukkan kebolehannya membawa team yang kaya raya menjadi salah satu empat team terkuat EPL.

Masa tu, Azry yang first introduce game ni kat aku n the geng, start ngan group 'raubans'. Aku yang baru abis belajar April 2004, n masih lagi dipengaruhi oleh ideologi black metalismoniskus, menggunakan nama Team Syaitan dalam memulakan career aku dalam fantasy football ni.

Potensi aku sebagai manager fantasy handalan memang sudah menonjol seawal season ni, dengan mendahului semua pesaing yang baru belajar mengais2 tanah...hehe. Walaubagaimanapun, pada akhir season , dalam 8 game terakhir, Wandi yang tetiba dari mana, masuk ngan point yang dah banyak, jauh beza dari aku.


Champion Season 2004/2005: Wandi (aku pun dah lupa nama team dia..)
Runner-up: Hassan (Team Syaitan)

1 comment: