Friday, September 25, 2009

Weekly Performance : WEEK 5

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Fantasy Football seluruh donia, tak kira yang point banyak dan tak terkecuali yang point sket. Maaf zahir dan batin untuk segala yang aku buat, pengurusan aku, tindakan aku, riak rupa aku dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan aku berkaitan dengan deme semua (berapa banyak 'berkaitan' da). Macam biasa, aku still lambat lagi buat review, walaupun aku sendrik yang bold pada minggu yang berkenaan. Tapi tarak had sebab rasanya kekawan paham dengan situasi aku hari2, nak2 time minggu raya ni.
Cakap pasal raya, tima kasih kepada member2 yang bertandang ke rumah dan tak terlambat lagi kalu aku nak mengajak deme semua ke rumah aku di Tersang nih - datang je bebila, asalkan aku ada di rumah, samada ada menda nak makan atau tidak, akan aku adakan gak demi kekawan. Hehe

Hari raya tahun ni merupakan pertama kali buat aku beraya bersama famili mertua. Mungkin beberapa manager fantasy yang bersembahyang raya di masjid Lechar, Dong agak terkejut dengan kehadiran Champion liga kita bersama bersembahyang di sanun. Berkemungkinan doa yang panjang dari kekawan, penyebab bagi boost team fantasy aku. Tima kasih.
Permulaan bulan Syawal ni, team aku, Arsenal U30 bold dengan point yang agak banyak gak, 152 - nampak cam banyak banding ngan point2 team fantasy Raub Championship yang lain, tapi agak kecil banding dengan world rank yang dapat 192.5?!

Penukaran saat2 akhir dari Van Persie (10.5) ke Torres (25.5) sangat2 membuahkan hasil bagi team fantasy aku. Dan tak sangka Vermaelen (33.5) bleh plak score dua bijik. Manager2 yang takde defender Arsenal ni, mmg akan sakit jiwa trus menjunamkan team mereka ke lembah kehinaan. Ayam Tua Yus yang kuat berkokok pada awal2 season skrang sudah pun memegang jawatan Presiden Reban yang diidam2kan. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Kekadang aku cam rasa kesian plak pada member2 yang point sket, nak2 bila time aku bold - seolah2 cam aku membuli korang plak. kekeh.. Rasanya aku takde la hebat sangat, apa yang penting (bukan kerjasama) ialah usaha tangga kejayaan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Berfikir sebelum membuat tindakan, tapi kalu banyak pikir pun kalu tak buat research pun tak guna gak. Pepandai a korang fikir/renungkan sendrik. Bubuy!

No comments:

Post a Comment