Friday, December 19, 2008

Wedding Invitation | Hassan+Noriema


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada rerakan, tak kira lah yang berada dalam league Raub Championship ataupun tidak. Saya, Hassan @ Abd Rahim bin Ramli, dengan sukacitanya ingin menjemput semua rerakan ke majlis perkahwinan saya, buat julung2 kalinya pada hujung bulan ini. Segala butiran diberikan di bawah;


AWAY wedding:

Date: 25th December 2008, Thursday
Venue: Bukit Sentosa, Rawang, Selangor

prediction: draw





HOME wedding:

Date: 1st January 2009, Thursday
Venue: Taman Bukit Koman, Raub, Pahang

prediction: home win




Semua seluruh keluarga/pasangan/makwe dijemput hadir;

Faizul @ Kuntum (Jackass)
Kropol @ Rizal Tersang (Panthers)
Yus (Alex Del Piero)
Sagat (Sagato FC)
Jamil (TheGunnersJr)
Ei (Tuan Haji Misai Kementot)
Itik (KalabuMalami)
Ray @ Nurul (Saudagar Hussien Lempoyang)
Didi (livertorres)
Azry (Raub FC)
Amien (Winning Eleven)
Melan (keteri fc 08/09)
Alif (Rafaboys FC)
Zaki @ Odie Jr (bunyi yang dilihat)
Angah Puppy (Buloh inn FC)
Cikgu Wandi (devils paradise)
Roy (football system)
Farid MJ (kasi gegar)
Jim (Jim Dominoe's)
Yon (the snakes)
Man Senyum (Horny_Romano)

Kehadiran anda amatlah dialu2kan, terima kasih..

Wednesday, December 17, 2008

Weekly Performance : WEEK 17


Pertama2 kalinya, aku memohon maaf kepada insan yang bold minggu ni, saudara Ei, kerana agak kelewatan menge'post' weekly performance pada minggu ni - aku sedar akan kegelisahan yang melanda dirinya utk melihat dirinya dipaparkan di Raub Champions ni. (sory ei, agak kesibukan di kala2 ini)

Bagi mereka yang tak mendapat 100++ pada minggu ni, usahlah berduka nestapa, kerana, lebih perit lagi kepada insan angkasa yang pernah mendapat 15++ saje per week. Usaha tangga kejayaan. Kepada mereka yang selalu berdoa utk reban, nah, sekarang anda sudah berada di dalamnya - enjoy ur self babeh!

Akhir kata, jangan la kita selalu memandang hina kepada mereka yang di bawah, kerana tanpa mereka, ada ke orang di atas? Hehe, madah

Selamat Pagi Cinta.. (macam sial)

Walimatul Urus


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ke Majlis Perkahwinan Khairul Hasli & Idayu Khabri yang bertempat di Raub, Pahang Darul Makmur pada 28hb December '08. Semoga dengan kehadiran para hadirin sekeluarga akan menyerikan lagi majlis ini dan mendapat keberkatanNya. Insya-Allah. Terima kasih. Wasalam



Saturday, December 6, 2008

My Prediction : WEEK 16

Setelah berminggu2 meninggalkan column prediction ni, akhirnya aku mempunyai semangat kembali untuk membuat prediction untuk game WEEK 16 ni. Walaupun team aku berada di kedudukan 13, dan dikategorikan berada dalam lingkungan reban, aku peduli apa.. hehe. (tetiba stim nak buat forecast)

Hari Sabtu ada 7 game, Ahad 2 game n Isnin game West Ham vs Spurs.

Fulham vs Man City

Fulham yang maintain tanpa kalah dalam 4 match, mungkin melanjutkan rekodnya itu hingga ke 5 match apabila bertemu dengan Man City di tempat sendiri. Man City yang memang suck di tempat lawan tidak boleh juga dipandang remeh, kemenangan besar ke atas Arsenal 2 minggu sebelum ini menunjukkan mereka sukar diramal. Transfer window yang akan dibuka Januari ini bakal membawa pemain2 seperti Kaka, Messi dan lain2 big name ke City of Manchester Stadium (angan2 atau khayalan? kita tengok siapa yang kena)

prediction: 2-1

man to watch: Robinho

Hull vs Boro

Hull, team dari liga kolot Coca Cola Championship berjaya membuktikan kehandalan mereka di EPL apabila menduduki tangga ke 6, beza 11 point dari pendahulu liga, Liverpool. Bukan itu saja, kemenangan dengan Arsenal di Emirates Stadium (Arsenal lagi) September lalu menunjukkan mereka layak/boleh 'cari makan' di EPL. Tapi 6 match tanpa menang, juga menunjukkan mereka masih lagi mentah untuk ke Champions League. Boro plak skejab menang, kejab kalah, tidak konsisten, menyebabkan manager2 fantasy kurang selera untuk memilih player2 dari Boro ni.

prediction: 1-1

man to watch: Tuncay

Arsenal vs Wigan

Kemenangan Arsenal ke atas Chelsea minggu lepas menunjukkan Arsenal bukannya team yang lemah, tapi mungkin budak2 muda, biasa a. Bila muda ni, buat salah memang xsedar, xngaku, dah tua baru a sedar. Kekalahan Arsenal dengan team2 seperti Hull n Stoke memanglah amat memalukan dan perit tapi secara faktanya Arsenal tak kalah lagi dengan team2 yang kononnya nak jadi champion, cthnya Man U dan Chelsea.

Arsenal perlu sedar, perlu matang dalam hal nak kejar kejuaraan ni. Walaupun rata2 umur player Arsenal ialah 21 tahun, itu tak penting, yang penting handal. Match dengan Wigan minggu ni, akan menunjukkan keberkesanan Wenger dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka yang dihadapi sebelum ni.

Lupa plak, tentang Wigan, Zaki mungkin bleh bermain untuk match ni.

prediction: 3-1

man to watch: Samir Nasri

Everton vs Villa

Kedua2 team ni mempunyai matlamat yang sama - memenangi tempat untuk ke Champions League. Mungkin match ini akan berpihak ke Villa, dengan Everton hanya mempunyai seorang striker, Anichebe, lain habis injured. Tambah2 plak form Everton di tempat sendiri yang xseberapa, memberikan nilai kebarangkalian lebih untuk kemenangan Villa. Tapi aku sendiri musykil ngan manager Villa, O'neil yang selalu meletakkan striker John Carew di bangku simpanan - bukan lah tindakan yang bijak kerana Carew tidak berupaya menjadi seorang super sub.

prediction: 1-2

man to watch: Ashley Young


Prediction aku yang lain:

Blackburn vs Liverpool 0-2
Bolton vs Chelsea 1-3
Newcastle vs Stoke 2-1
Man Utd vs Sunderland 3-0
WBA vs Portsmouth 1-2
West Ham vs Spurs 1-1

Wednesday, December 3, 2008

Weekly Performance : WEEK 15


Sekali lagi minggu yang ajaib dan menghampakan buat mereka2 yang pick player power2 tapi point ciput2 jek. Cam haram.. tapi nak buat camane.

Tambah lagi ajaib apabila team terbawah liga Raub Championship, The Snakes, merangkul bold pada minggu ni. Budak Yon ni aku tak kenal pun sebenarnya, point yang xla banyak sangat, setakat 84.5 jek - tapi bisa memanaskan mereka2 yang duduk di atas, yang hanya dapat 30++ saje, apatah lagi hina mendapat 20an saje.

Aku xrasa nak tuko nama team lagi minggu ni, nanti a minggu2 akan datang.
Tata..

Tuesday, November 25, 2008

Weekly Performance : WEEK 14


Minggu yang sangat babi dan anjing. Bukan saje pada team2 EPL, tapi team fantasy aku yang teruk gila perform/xkena langsung minggu ni, hampir mengigit LCD laptop bila hanya dapat 30++ point sebelum game Wigan-Everton. Nasib baik defend, Figueroa menyelamatkan aku dari kancah point yang hina!! Babi! Arsenal plak kalah. Mungkin balasan Tuhan terhadap orang2 yang banyak miss sembahyang cam aku. Cibai betul.

Sory sbb ada emosional sket dalam Weekly Performance minggu ni, hehe. Sangat ajaib minggu ni, pelanggan kesayangan Dominoes, En Jim, telah berjaya memboldkan diri. Walaupun beliau sedang bergelumbang dengan rakan2 relegation zone (Roy terutamanya), tetapi beliau berjaya membuktikan bahawa pelanggan Dominoes tak kenal siapa, sama ada yang berpuasa ataupun tidak. kekeh

Untuk menyedapkan ati dan meningkatkan semangat aku, cam biasa tuko nama team lagi. FC Cemerlang Bersepadu, dengan alasan sesuai dengan kerjaya aku.. huhu pas ni ntah apa plak nama yang kuar.

Tu je untuk gulungan saya minggu ni, Selamat Beramal..

Monday, November 17, 2008

Weekly Performance : WEEK 13


Dengan semangat kesukanan yang membara di hati sanubari player Raub Championship, pelbagai cara untuk menjatuhkan lawan dan memenangi season fantasy raub pada kali ini.

Sekali lagi, minggu yang agak kurang bernasib baik untuk aku dan rerakan yang di bawah. Didi yang dikenali sebagai Kedidi Terbang di dunia keayaman, melonjak naik ke tangga ke-3, bold pada minggu ini dengan point 133.5. Begitu bangganya beliau, smart dengan pakaian rasminya.

Masih jauh lagi untuk menentukan champion kita pada season ni, tapi Faizul aka Kuntum sudah lama berada di atas sanun, bila dia akan turun? - kita rujuk amoi dia.. hahaha

Selamat belajar..

WRAP-UP RECENT GAMEWEEK

Its been a while that I never visit our Reban. Obviously, there are many good things to share as week wrap up our recent gameweek.

MOST IMPROVED
Lately, most improved team goes to Saudagar Hussien Lempoyang from the worst part of Reban to UEFA Cup post.

LADY LUCK WITH YOU
Most notably is my brother's team Livertorres - formerly known as Ayam Seri Kedidi within Reban community, successfully strip his presidential position in Reban to 3rd in the league.

SURVIVE
But, credit also goes to Winning Eleven as he manage to escape from Reban in a dying minutes...

GAMEWEEK ANALYSIS
Last week we saw Ronaldo & co manage to destroy Stoke 5-0 and Arsenal suddenly down 0-2 to Villa as the main factors for our Raub Championship position. Anelka's brace also continue the Blues top performances but Liverpool was saved by the stupidity of Ricardo Gardner in finishing...

But i can see that dependancy on ManCity is too high from most of Raub Championship team. Many predict that this team is as good as top 5 position. I would recommend that Totenham is much better than City and time will tell, maybe before Boxing Day, Harry Redknap will bring his team up to top half.

Not much to analyse on other teams, but Geovanni on songs, Owen make comeback and Torres is back - all for your further consideration. Torres definitely!

STATUS QUO - EXCLUSIVE
But Jackass & Alex Del Piero still the big two conquerors in the league. However Jackass expected to remain in top spot for the next fews gameweek, thank to his superior point differences.

As a result, Ayam-san will demoted to reban as Vice President and Azri-Ayam a.k.a Azyam will be promoted to President of the Reban.


Gambar Azri yang sudah mula mempunyai bodyguard tetap di REBAN.




Ayam-San yang menampilkan muka yang monyok menjelang majlis pertabalan Naib Presiden Reban.


Ayam-san, Ayam-itik, Azyam pada ketika majlis pengumuman organisasi baru Reban.com
(Gambar hasil nukilan Livertorres)

Thursday, November 13, 2008

Week 12- Sinar Rebanan




Nov 11, RAUB: Penulis Blog kontroversi (nama dirahsiakan) telah ditahan dibawah Akta Rahsia Ayam 2008 yang membenarkan penahanan di dalam reban tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah.

Wakil kerajaan gagal dihubungi untuk menjelaskan penahanan. Namun, teman-teman rapat beliau (yang juga enggan dinamakan) menyatakan keredhaan mereka terhadap penahan penulis tersebut. "...mungkin ada hikmah disebaliknya.." tambah seorang rakan beliau.

Pihak peguam pembela dikatakan sedang berusaha keras untuk mendapatkan perintah "herbous-chicken" namun dijangkakan gagal. "... Kami akan cuba mendapatkan perintah Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk menempatkan beliau di blok paling selesa.




Gambar blok istimewa di mana beliau akan ditempatkan jika dibenarkan Jabatan.













10 Nov SUNGAI LUI
- GEMPAR! satu spesis ayam baru telah ditemui di Raub. Ayam yang mempunyai berat 80kg dan bersaiz hampir 2 meter ini berjditangkap ketika sedang memandu kereta Iswara hijau nombor pendaftaran WKF 6646. Ayam ini telah ditangkap berhampiran dengan rumah Itik.

Mengikut laporan rasmi Jabatan Perhutanan, ayam ini akan digelar AyamNgah kerana kehandalannya bermain bolasepak, dan Jabatan Perhutanan telah melakukan intipan selama beberapa minggu untuk menangkap ayam ini.


Mengikut pendapat pegawai yang memasang racip, iaitu Inspektor Jamalie (gambar), tangkapan berjaya dilakukan dengan mudah kerana AyamNgah terlalu sedih dengan kekalahan MU baru-baru ini.













11 November, Melaka- Majlis Jasamu Dikenang Universiti Teknologi Mara telah diadakan di dewan serbaguna UiTM Melaka. Ayam Kedidi telah merangkul Anugerah Ayam Cemerlang untuk tahun ini. Mengikut kakitangan Kementerian Pendidikan (saudara beliau), Ayam Kedidi memang layak untuk memenangi anugerah di atas kejayaan beliau di dalam arena politik ayam. Beliau yang baru mendapat darjah kebesaran pada minggu lepas yang membawa title Ayam, telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Chicken (DKMC) pula pada minggu ini yang membawa gelaran Ayam Seri.



Di antara pencapaian Ayam Seri Kedidi:

  • Rombakan besar terhadap susun atur di dalam reban
  • Memperjuangkan hak-hak minoriti Ayam
  • Memperkenalkan kempen Rebanku Syurgaku.


Ayam Seri Kedidi juga telah menwaskan Ayam Seri (bersara) Azri dalam pemilihan Parti Ayam pada Ahad lepas. Gambar menunjukkan Ayam Seri Pengerusi selepas memberikan ucapan terima kasih di Mesyuarat Agung A.Y.A.M di Wisma Ayam. Dapat dilihat juga keadaan Ayam Seri yang telah menjalani transformasi 100% dan penyokong ayam yang lain.

Pihak Sinar Rebanan mengucapkan selamat maju jaya kepada Ayam Seri Kedidi. Semoga kepimpinan Ayam Seri akan berkekalan dan dapat membantu memperjuangkan nasib Ayam tanpa mengira bangsa.

Ayam Seri Kedidi dijangka akan mengambil Alif dan Jamil sebagai timbalan dan Naib presiden untuk membantu beliau dalam mentadbir reban.

*Chief Editor edit: Setelah membuat refleksi sendri, saya meluluskan column dari En Amin ni. Bukan pe, sampai xbertegur sapa plak ngan member2 merajuknya.. mampuih. Harapkan insiden Amin-Roy tidak akan berlaku lagi dikalangan rerakan.. hehe. Ciri2 post pasal bula xde, tu a pasal- penuh dgn niat busuk nak mngutuk je .. ampeh

Tuesday, November 11, 2008

Weekly Performance : WEEK 12



Berjumpa lagi kita dalam ruangan Weekly Performance. Boleh nengok muka Faizul aka Kuntum yang senyum kerana masih lagi memegang takhta league Raub Championship ni. Seorang yang pemalu dan bertugas sebagai Manager di Jusco cawangan Maluri.

Minggu yang agak menyirapkan bagi aku dan kekawan yang turun rank pada minggu ni. Bagaikan seorang pahlawan ulung dalam dunia kepahlawanan cam dalam Pedang Setiawan, bila dah jatuh, maka watak2 kecil dan lemah akan menjadi busy, cuba menonjolkan diri, menyalak2 di kaki bukit.. tapi itu lah kehidupan, inilah sandiwara dunia.. hehe. Sory kepada editor yang post column yang takde kaitan langsung dengan bula - akan didelete serta merta, kerana, bukan saja tidak beretika tapi langsung tidak memberi benefit kepada guest yang berkunjung ke blog ini. hehe (alasan). Ruangan mengutuk telah disediakan di message board kat Yahoo ye (tapi dalam seminggu dua ni, mampus a aku nak baca message2 korang)

Gambar di atas menunjukkan aku dan Poppy bertugas sementara sebagai pembakar ayam di Reban. Tidak perlulah dipersoalkan mengapa, tunggu saja apa2 kemungkinan yang akan berlaku. Semoga apa yang saya sampaikan akan memberi manfaat kepada rerakan, tak kira kepada Presiden reban atau ayam2 veteran . Sekian

Saturday, November 8, 2008

Week 12 - Prediction by Football System

Arsenal vs Muthafucka United :

Arsenal wins 2-1. Player to watch: Superb-sub, Vela


Wigan vs Stoke City :

Wigan wins 3-2. Player to watch: Amr Zaki and Emile Heskey


Hull City vs Bolton Wanderers :

Hull 1 - Bolton 1. Player to watch: Marlon King


Sunderland vs Portsmouth :

Sunderland wins 2-0. Player to watch: Djibril Cisse


West Ham vs Everton :

Everton wins 3-1. Player to watch: Fellaini


Liverpool vs West Brom :

Liverpool wins 5-0. Player to watch: Steven Gerrard and Robbie keane


Blackburn Rovers vs Chelsea :

Chelsea wins 3-0. Player to watch: Frank Lampard


Aston Villa vs Middlebrough :

Aston Villa wins 1-0. Player to watch: Ashley Young


Manchester City vs Totenham Hospur :

Draw 0-0. No Player to watch ok.


Fulham vs Newcastle :

Newcastle wins 1-0. Player to watch: Damien Duff



p/s: Selamat beramal..

Tuesday, November 4, 2008

Weekly Performance : WEEK 11


Minggu yang agak memberangsangkan juga bagi team2 dalam Raub Championship untuk WEEK 11.

Yus aka Ayam Tua berjaya juga memboldkan diri pada minggu ni, ngan point 118.5, hatrik Anelka membawa teamnya, Alex Del Piero, ke puncak NO 2.

Gambar di atas menunjukkan Naib Presiden baru Reban & CO, bersedia dengan uniform lengkap pertabalan, bersedia di belakang pentas untuk majlis angkat sumpah untuk jawatan yang disebutkan tadi.

Diharap maklumat yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu rerakan dalam memperjuangkan team masing2. Sila jangan EMO, kerana baru 11 game main, ada 27 game lagi - masih ada peluang/tempat untuk anda dalam mendapatkan jawatan2 dalam Reban & CO.

Saya melaporkan dari Tersang, selamat malam.. hehe

Friday, October 31, 2008

Weekly Performance : WEEK 10


Berjumpa lagi kita minggu ni. Sory sebab lambat sket nak post weekly performance minggu ni.

Sedia maklum ngan gambo Itik kat tepi tu, bermakna dia bold minggu lepas, ngan point 203.5, memang agak impressive untuk minggu 2 game ari tu - so, untuk minggu2 akan datang, memang aku akan post sekali ngan gambo untuk sesapa geng kita yang bold minggu tu.

Lupa plak, welcome to Itik. Setelah mendapat kebenaran bini yang disayangi, akhirnya dia berjaya meningkatkan keyakinan diri, masuk dengan CV terkini yang mengagumkan! Tahniah! Welcome to the club babeh.

Kita nengok skrang, isu AYAM agak memanaskan message board kita kat Yahoo nu. Kepada sesiapa yang berhati kecil, suka memelihara binatang comel, menangis bila nengok cita sedih - aku cadangkan tak perlu le nak menyibuk membako gak, sebab kalu korang kena plak, dan tentu bersedih dan EMOSI= aku xde plak buat insuran untuk itu sekali ngan RM15 yang korang bayar nak join group ni. Krang tak pasai2 je aku sebagai Admin, dipersalahkan lagi - untuk makluman: aku memang takde kontek ngan orang2 Yahoo kat US nu, so kalu point sket tu, jgn le kata aku nipu point- aku sendri pun duk NO 9 skrang wei.

Pepandai a korang nak mengharungi hidup yang penoh panca robek ni ek. Usaha lagi untuk memajukan diri. hehe

Selamat mengEMOkan diri

PREDICTION UNTUK AYAM-AYAM

First and foremost, I do hope that AYAM's team can benefit from my prediction this time around. I believe that most of AYAMs was wrongly guided by another AYAM's prediction before this.
So, as the Master of Prediction let me started with big four teams-


Stoke 0 - 2 Arsenal
- Theo Walcott will fancies this showdown. Variation from Clichy crosses will help for Arsenal to strike. Some key players will get a rest ahead of Champions League game in mid-week. Adebayor for sure!


ChelKFC 2 - 0 Sunderland
- One RED card to Sunderland as Anelka will conquer penalty box as he did during 2nd half against Hull city during mid-week game. Terry yellow card. Deco? Play but still not in his best

Tottenham 1 - 1 LiverFOOL
- Riera will show his maturity game but Harry Redknapp will start Bent ahead of Roman Pelircengkung, Bent score first before sub-Torres equalise (header from Riera cross). Yellow card to Gerrard.

Man U 3 - 1 Hull
- King score first, Berbatov brace and Ronaldo penalty will give United further momentum ahead of Celtic clash!

Emm, others predicted to be like ...

Everton 2 -1 Fulham
Player to Watch - Fellaini

Boro 1 - 1 West Ham
First point to Zola's after 4 consecutive losses

Portsmouth 2 - 1 Wigan
Heskey finally break the deadlock.

West Brom 0 - 0 Blackburn
Another boring game - but clearly cleansheet for master of blunder - Paul Robinson

Bolton 2 - 2 Man City
Robinho start but Ireland will register his name in scoresheet

Newcastle 1-1 Villa
Great freekick from A. Young

So guys, still time for you to revised your Winning Eleven...
Learn from Expert is better than AYAMs

Saturday, October 25, 2008

My Prediction : WEEK 10

Kembali lagi kita ngan minggu ni ada dua game.
Aku tau mmg prediction aku ni agak2 dalam 60% probability dia nak kena n score yang betul pun dalam 20% je , secara purata sejak mula season dulu, tapi korang berani ke nak kuarkan prediction sendrik? (khas kepada editor2). Setakat prediction di tepi2 longkang, karim pun bleh buat.. kekeh.

Aku cam biasa mula ngan analisis minggu lepas;

Percentage of correct results = 5/10 = 50%

Percentage of accurate scores = 0/10 = 0%
(bala betul, satu pun xkena - mmg minggu yang menyirapkan diri)


Aku terus buat prediction untuk dua game terus:

1st game:

Everton vs MU 1-3
Sunderland vs Newcastle 0-0
WBA vs Hull 1-1
Blackburn vs Boro 1-2

Chelsea vs Liverpool 2-2
City vs Stoke 3-1
Spurs vs Bolton 1-1
Wigan vs Villa 2-1
West Ham vs Arsenal 0-3
Portsmouth vs Fulham 2-0

2nd game:

Newcastle vs WBA 1-0

Stoke vs Sunderland 1-2
Villa vs Blackburn 2-0
Hull vs Chelsea 1-3
MU vs West Ham 2-0
Bolton vs Everton 1-2
Boro vs City 1-2
Fulham vs Wigan 0-3
Liverpool vs Portsmouth 2-0
Arsenal vs Spurs 5-0

Aku tau prediction untuk Arsenal cam banyak sangat gol, tapi nak buat guana, Arsenal power.. huhu

Tuesday, October 21, 2008

Weekly Performance : WEEK 9

Berikut merupakan prestasi mingguan team2 dalam Raub Championship ni.

Walaupun aku dah jatuh tapi kira ok gak la point, memula cam emosi gak ngan Bale babi dapat -9, tapi recover balik dengan penalti Robinho.

Ucapkan selamat kembali kepada team Horny_Romano (Man Sinyum) semula berada di pangkuan group, walaupun point kita teruk, jgn la kita cepat sangat merajuk seperti budak baru bercerai susu. hehe, jgn marah ha

Kepada Amin yang kebetulan/nasib baik/ bulan jatuh ke riba/ kena ekor kerana team sudah agak jauh ngan aku, diingatkan, 'ko takkan kemana' .. hahaha

Itu saja buat santapan minda hari ni, diingatkan semua bersungguh2 dalam mencakna player. Jgn main game bula je pandai tapi team duduk terperosok di bawah sanun (tribute to jim)
Eh, lupa plak, team Ei, Harimau Malaya yang bold minggu ni (sory ei, ko lambat sangat sign masuk group, dah dipinggirkan) Ok, selamat beramal

Saturday, October 18, 2008

My Prediction : WEEK 9

It been a while since I don't write new post.. hehe . Minggu EPL kembali lagi, aku cam biasa, akan buat prediction untuk membuktikan aku setanding dengan Shebby anak karim.

So, start ngan analisis prediction aku minggu ke-8;

Percentage of correct results = 4/10 = 40%
(ku sangkakan Jim akan membeli ikan yang ngam yin tapi tidak, menyebabkan jin bola yang dahagakan darah ikan patin memberikan maklumat palsu)

Percentage of accurate scores = 2/10 = 20%


Untuk prediction minggu ni, aku maleh nak cakap banyak, xde masa a. So, aku listkan jek:

Dibezakan jarak mengikut hari perlawanan

Boro vs Chelsea 0-2
Arsenal vs Everton 4-0
Villa vs Portsmouth 2-1
Bolton vs Blackburn 2-0
Fulham vs Sunderland 1-1
Liverpool vs Wigan 2-0
MU vs WBA 2-0

Hull vs West Ham 2-1
Stoke vs Spurs 1-2

Newcastle vs City 1-3


Selamat melalui hari-hari yang penuh emosi. Sekian..

Thursday, October 9, 2008

FIFA 09 - Multiplatform

FIFA09
FIFA 09
Click to enlarge



  • Polished, refined gameplay - Featuring 250 additions and enhancements to core gameplay, including new animation technology that creates more responsive first-time shooting and passing, faster and more controlled dribbling, and improved trapping, and new player momentum physics that delivers realistic player collisions, authentic jostling for the ball, and more variation in tackling.
  • Custom Team Tactics - Become a first-team coach with the power to tune and balance 11 tactical sliders for 140 attacking and 40 defending options (more than 50,000 combinations) so CPU players and your team perform just like the real-world team or how you think the real team should play. Save your tactics to make strategic decisions to exploit your opponents weaknesses during the game. Plus, share your strategies with friends online.
  • Be A Pro: Seasons - Pick or create a professional player and test your football ability over a four season campaign. Master a single position and develop your skills - passing, shooting, positioning, marking - to ultimately become a national legend.
  • Be A Pro: 10 vs 10 Online Team Play - Create your own team of up to 10 friends, all playing fixed outfield positions, to challenge rival teams of up to 10 players. Instead of thinking as an individual player now you have to think and play as a team.
  • Improved Goalkeeper Intelligence - Goalkeepers position themselves more intelligently, react to shots more realistically and recover from saves faster.
  • Customised Controllers - Create your own bespoke controller configuration, save it and even take it online effortlessly. Assign actions to the buttons exactly how you like them for complete control.


- Date release : 14 OCT 2008



Play-Asia.com - Your One-Stop-Shop for Asian Entertainment






* tak sabo teman nak menunggu game ni nak release............

Tuesday, October 7, 2008

Raya EPL BBQ


Memandangkan dah lewat sangat aku post gambar2 ni, aku dah tatau nak tulis apa2...

So, aku kasi link untuk gambar2 seterusnya...

Enjoy...

http://www.flickr.com/photos/lizari/

p/s: Lawati gak la laman penuh info ( selain bola ) di http://raubtaiping.com/ (website aku da)


Monday, October 6, 2008

Weekly Performance : WEEK 8


Memula aku nak lambat2kan gak weekly performance minggu ni. Ye la, dah sebijik je gol , sapa tak emo, ngan keeper kena plak 3. Tapi sebabkan , rank jadi warna ijau n yus al delpiero jatuh bawah aku + juve rasuah dia tu kalah plak, maka dengan sinyumnya aku buat review untuk game weekend baru ni. hehe

Still kat atas, Jackass ngan rahsia amoinya dan bold minggu ni, team ray, Saudagar Hussein Lempoyang ngan impressive point, 126 - tapi ni aku tau, nak cover zero point minggu lepas. Agak mengancam kedudukan mereka2 yang di bawah rank 10.

Arsenal yang seri ngan Sunderland baru ni, agak mengecewakan ramai manager fantasy , terutamanya yang pakai Adebayot n Gallas (aku le tu) tapi Arsenal akan berjaya juga dalam mendapatkan Championship EPL n team Malaysia B30 terus juga maju di bawah naungan Sir Asan @ Rahim (bukan pudin). Go go go!

Saturday, October 4, 2008

SUPER RAUBIANS SATURDAY NIGHT FEVER PARTY






EPL RAYA PARTY 2008

Date: 2008-10-04 (Saturday)

Venue: Rumah Poppy (Confirmed)

Contact No: Contact la kawan2........

Menu : BBQ

More Info
DETAILS OF EVENT

Saturday Evening Time : 8pm – 3am
Resident DJs : kuntum & the gangs
Main Event : Live EPL Match
Official Blog Papparazzi : Mr Azri
Charges: F.O.C

My Prediction : WEEK 8


Di pagi hari raya yang ke-3 ni, aku tetiba je nak buat prediction untuk game EPL untuk ujung minggu ni.

Memang rasa cam palat minggu lepas, dah la Arsenal kalah ngan pasukan Hull Amir mana entah, team aku plak tak perform, ngan score 60 point ke bawah tiap minggu, memang rasa nak sepak je tv yang menayangkan game bula itu (emo gak rupanya wei.. hehe)

Sebelum tu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan yang join group Raub Championship untuk season ni. Kalau ada yang terasa hati ngan pengendalian blog ni atau tak berpuas hati dengan pengurusan aku, aku mohon banyak mintak maaf ye. So, untuk mereka yang berhati kecil, mudah terasa hati, berjiwa seni, suka memelihara binatang, menulis kad raya yang direka sendiri, aku memang tak boleh nak buat apa la - sila berjumpa dengan kaunselor sekolah aku untuk meluahkan perasaan anda.

Ok, berbalik kepada core business kita. Firstly, aku nak buat analisis sket tentang prediction aku untuk minggu lepas;

Percentage of correct results = 6/10 = 60%
(bagus, ada peningkatan peratus)

Percentage of accurate scores = 2/10 = 20%
(pun sama, walaupun naik 10% jek, tapi sudah tentunya aku akan dijemput ke rancangan Football Forecast tak lama lagi)

Minggu ni, ada 4 game ari di raya ke-4 dan 6 game untuk raya ke-5;


Sunderland vs Arsenal

Arsene Wenger memang menjadi amat emo juga setelah kalah ngan Hull minggu lepas, walaupun menang ngan Porto di CLeague pada malam raya lalu, tak cukup rasanya (bukan dia jek, aku pun sama). Walaucamanepun, Wenger akan pastikan Gunners akan menang di Stadium of Light ni.

prediction: jalan menuju kemenangan! , 1-3

Wigan vs Boro

Striker Amr Zaki yang berasal dari Mesir ni melonjak2 performancenya untuk season ni, walaupun hanya loan dari kelab El Zamalek, dia banyak membantu manager2 fantasy untuk menambahkan point mereka (aku le tu.. hehe). Pastinya minggu ni, bermain di JJB Stadium, akan menjaringkan gol lagi.

Boro yang sudah kalah straight 4 kali (termasuk Carling Cup), pastinya Gareth Southgate akan tak tido malam, berpuasa memikir untuk mendapatkan 1 kemenangan, selamat dari group relegation

prediction: bukan Zaki Kamal, 2-2

Chelsea vs Villa

Keputusan seri dengan team new comer, CFR Cluj , untuk CLeague, agak mengusarkan manager2 fantasy untuk mengambil player2 The Blues yang akan berentap ngan team Villa yang hanya kalah sekali dalam 5 game sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Chelsea yang tak kalah lagi untuk beberapa game, pastinya akan bangkit dan menang di tanah sendiri. Drogba yang injured dalam game CLeague lepas sebenarnya tak memberi apa2 effect pun kepada performance Chelsea, so, xde pun xpe.

prediction: walaupun Scolari ada terkincik gak time game ni, home win untuk Chelsea, 2-0

Man City vs Liverpool

Man City pas beli Robinho sebelum tu kononnya boleh mencabar top 4 EPL, tapi sebenarnya tidak. Ngan performance cam skrang n player yang ada, mungkin diorang bleh mencabar geng2 UEFA Cup jek. Kecuali, transfer window yang akan dibuka Januari ni, kononnya mereka hendak Kaka, Messi n memacam player ternama donia menyarung jersi Man City.. boleh ke? Mungkin pertahanan mereka perlu dimantapkan dan beli sorang lagi striker power - mungkin, maybe la boleh nak mencabar top 4 untuk bermain di Champions League. Duit bukan segalanya.. hehe

Liverpool sebenarnya ada team yang agak bagus gak a, tapi stail Rafa Bezita yang suka rotate tu mungkin membuatkan player2 bertanya dalam hati "Ai, kejab aku main, kejab dia, aku handal apa.. cilake punya orang tua, ingat aku ni bini dia ke bleh main2 ikut giliran", menyebabkan mereka main 'nak-tak-nak' jek

prediction: sepakat membawa berkat, 1-2

Prediction game lain (cakap banyak pun tak guna kalo team sendrik pun down.. hehe):

WBA vs Fulham 1-2
Blackburn vs MU 0-2
West Ham vs Bolton 1-1
Portsmouth vs Stoke 2-0
Spurs vs Hull 1-1
Everton vs Newcastle 2-1

Thursday, October 2, 2008

Weekly Performance : WEEK 7

Bad day untuk Arsenal - itulah harapan manager Hull pada minggu lepas, dan doanya semasa solat Terawih makbul jua. Begitu juga dengan team aku, Malaysia B30. Persembahan buruk kali kedua dalam bulan ni membuatkan aku agak emosi dalam menghadapi tugas sebagai guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Hehe..

Berbalik kepada tajuk kita - untuk minggu ke-7 ni, Alif al Benitez masih lagi mendapat bold untuk kali kedua berturut2 dengan point 99.

Kelihatan pada rank sekarang, 3 orang chuinin telah kembali dari pertapaan dengan semangat baru dan ceria - walaupun kita selalu ditipu mereka, aku reda jek.. hehe. Kita masih lagi menunggu kelibatan king of taik judi, maharaja itik untuk kembali ke sarangnya. Walaupun pelbagai alasan diutarakan, tapi aku tak layan sangat, sedangkan saudara Yus kita yang sudah beranak 3 pun, boleh meneruskan perjuangan suci kita ini. kekeh.. (jgn bangga sangat yus, nanti aku potong a ko, tak lama duk atas tu - rujuk season lepas)

Saturday, September 27, 2008

Week 7 : Dictate the “My Prediction”

Seperti yang dijanjikan, aku mengambil masa untuk mengepostkan kad hari raya di blog ini khas kepada rakan rakan aku. Prediction ini adalah satu bentuk komen terperinci terhadap prediction Hassan.

KESELURUHAN

Masih awal untuk kita mempredict siapa bakal juara. Cuma seperti kita biasa lihat, pasukan A akan mendahului liga, kemudian akan terpancit ditengah jalan. Alasan yang biasa didengar adalah seperti berikut:

  1. EPL mempunyai terlalu banyak game;
  2. Pasukan kami bertanding dalam pelbagai kejohanan;
  3. Player-player kepenatan;
  4. Player-player kami masih muda (dan akan terjual bila dah handal, dan akan latih player baru- kisah seperti telur atau ayam yang wujud dulu);
  5. Dan seperti biasa, referee tidak adil.

Namun, semangat juang dan sokong pasukan tanpa berbelah bahagi amatlah disanjung. Ini membuktikan kesetiaan tanpa berbelah bahagi. Bak kata pencinta: U jump I jump U die I die.


Menquote kata-kata rakan: "Jangan jadi lalang"


WEEK 7


Arsenal VS Hull

Seperti yang dijangkakan, Hull tidak akan memberikan sebarang hal untuk Arsenal. Jadi, tak perlu menghabiskan masa yang lama; untuk mengkaji corak perlawanan atau ape2.


Prediction: Arsenal 4 Hull 1

Player to watch: Adebayor

Denilson

p/s: Tapi jangan terkejut kalau Marlon King tembak machine gun


Aston Villa VS Sunderland

Dengan tektik menipu player yang tak injured, Aston Villa dijangka akan menang dengan berpeluh. Namun mengenangkan Sunderland mempunyai pemain-pemain yang tercedera akibat bom atom, Peluh Villa mungkinlah tidak membuatkan jersi mereka kuyup.


Prediction Aston Villa 2 Sunderland 0

Player to watch: J.Carew

Ashley Young




Everton vs Liverpool

Liverpool yang terkenal dengan prestasi flip-flop, akan meneruskan khidmat seri mereka. Seperti Pak Lah (peminat no 1 Liverpool), mereka akan terus mengekalkan status Quo, iaitu seri. Sama ada tidak berbuat apa2, ataupun mengekalkan visi win-win situation.

Disarankan rakan-rakan mengurangkan bajet baju raya dan berbelanja lebih kepada keeper Liverpool untuk masa depan yang lebih cemerlang..

Prediction Everton 0 Liverpool 0

Player to watch: Tim Cahill

Reina


p/s: Kalau menang pun sebab Liverpool dah habis mabuk Carlsberg lepas game MU ari tu.


Fulham VS West Ham

Kira-kira matematik tadika menunjukkan West Ham lebih berpotensi. Tetapi perlu diingat Fulham keciciran satu game. Ketiadaan Ashton pasti mengurangkan kenaikan kote penyokong-penyokong aborigin West Ham. Kelebihan di tempat sendiri mungkin menjadi penentu. Zola? Pas nie baru tau.


Prediction Fulham 2 West Ham 1

Player to watch: Takyah tengok game ni pun takpe. Entah sape2 score kang.


Middlesbrough vs West Brom

Aku menjangkakan West Brom akan menang tipis. Prediction ini adalah semata-mata berasaskan pilih kasih. Tiada fakta-fakta khas yang ditampilkan. Bagus untuk penjudi penjudi sejati. Umpama menang jadi abu, kalah jadi odi.

Prediction Middlesbrough 0 West Brom 1

Player to watch: I put my bet on Morrison


Stoke vs Chelsea

Game yang pastinya dinanti-nanti. Berdasarkan prediction pada minggu lepas, Stoke pastinya akan mengekalkan posisi 8-1-1. Chelsea pastinya sukar merobek jarring gol Stok. Namun memandangkan Chelsea mempunyai bakat jurulatih yang pernah menang Piala Dunia, dan tidak static sdan mati pucuk seperti Rafa Bani-tes dan pemain-pemain yang berdisiplin (takde rambut kaler2 macam orang asli), pastinya tiang gol Stoke akan insaf dan menjadi bengkok akibat jaringan2 hangat setpiece daripada Lampard.


Prediction Stoke -2 Chelsea 3

Player to watch Lampard

Ballack

Joe Cole

Drogba


Newcastle vs Blackburn

Dengan keadaan kedua-dua pasukan yang macam tak nak main bola jer, pastinya game ini akan menjadi game yang tak dapat dijangka. Sama ada pesta gol, atau kemarau gol. Namun, dengan 9 orang player yang MC, pastinya kelebihan tempat sendiri hanya akan memberikan kesan sampingan kepada Newcastle. Dijangkakan Blackburn yang racist akan menang sipi-2, mungkin 1 tiang sahaja

Prediction Newcastle 1 Blackburn 3

Players to watch Nelsen

Santa Clause

Owen


MU VS Bolton

MU dijangkakan akan melalui lawan yang sukar dengan Bolton nie. Memandangkan MU telah kalah dengan burung flamingo dua minggu lepas, dijangkakan christiano ronaldo hanya akan mendapat luka berdarah kembali. Kata hati mengatakan MU akan kalah, walhal atas kertas nye logic MU menang.


Prediction MU 1 Bolton 2

Player to watch Disebabkan aku makhruh amik player MU, pandai2 la ambil sendiri.


p/s Prediction aku hanya berkesan untuk pembenci-pembenci MU, so agak bias. Jangan marah, kalau marah tlg post blog secara diri sendiri. Doctrine of Self Help.


Wigan VS MC

Pastinya Hassan terliurkan Robinho. Dan pastinya dia akan score lagi. Dijangkakan MC akan terus menghangatkan persada liga. Zaki Wigan dijangka akan minum di padang milo pada hujung minggu ini. Jadi kepada rakan2, aku sarankan jual ajer. Retak menanti belah. Mungkin rakan2 boleh mengushar defence MC di sini ya.


Prediction Wigan 0 MC 3

Player to watch Robinho

Ireland


Penat ah buat menda alah nie. Gem Portsmouth tu go to hell ler

My Prediction : WEEK 7

Dah 5 game berlalu, tapi still susah bagi expertise (cam aku) nak predict Champion untuk EPL season ni. Walaupun aku tau, Arsenal, team paling berbakat, handal dan bijaksana berpeluang hampir 97% untuk memenanginya.. tapi aku tak boleh berlagak dulu. Biar bagi geng2 MU, Chelsea n Liverpool berbunyik berkokok kuat2 dulu, n at the end, baru dia tau sapa Kolo Toure.

*Disclaimer: saya tak dapat untuk menyatakan/menyelitkan tentang kelab Juventus , kerana ia berada luar dari business interest kita

Hehe. apa2hal pun tentang prediction aku ni, korang peduli apa, (aku syok sendiri?)

Ok, start ngan analisis prediction aku minggu lepas:

Percentage of correct results = 4/10 = 40%
(tiada pergerakan nilai berbanding minggu lepas)

Percentage of accurate scores = 1/10 = 10%
(walaupun tak lulus kalu dalam peksa, tapi menunjukkan peningkatan dalam ramalan bomoh taik aku)

Game minggu ni, semua hari sabtu, kecuali 2 game (Portsmonth vs Spurs, Wigan vs Man City)


Everton vs Liverpool

Walaupun memang nampak kebodohan Liverfool sebab boleh seri je ngan Stoke minggu lepas, pastinya geng2 The Reds pada minggu ni akan mengamuk untuk menunjukkan bahawa untuk perlawanan derby minggu ni, kemenangan adalah milik mereka. Kalau tak, memang kebodohan dan kehuduhan Rafa Benitez akan lagi la kelihatan. Kalau setakat menang ngan pasukan picisan, MU dua minggu lepas, nak bangga setahun, baik tak payah. Baik ko Kropol, balik Tersang, kutip buah relai lagi bagus

prediction: Merseyside milik Liverpool, 1-3

Arsenal vs Hull

Satu lagi upacara kekah yang akan diadakan hujung minggu ini oleh the Gunners, sekali gus membayar zakat untuk tahun ini. Van Persie akan start dalam line up untuk game ni, tapi aku tak ambik dah (tapi selalu yang aku tak ambik ni la yang banyak pointnya, cibai). Clichy yang kena tackle minggu lepas, katanya boleh main.

Hull yang bersemangat seri ngan Everton minggu lepas, pastinya sudah bersedia untuk menghadapi tentera Wenger di Emirates minggu ni. Walaupun mereka tau, akan kalah, tapi harapan mereka esok adalah bad day untuk Arsenal

prediction: Arsenal tak sehuduh Liverpool, 3-0

Portsmouth vs Spurs

Tak sangka camane Spurs yang high profile time pre season, bleh jadi se'ayam' sekarang. Berada di rank terakhir EPL, memang amat memalukan. Aku predict memang Juan Ramos akan kena sack 2-3 game lagi.

Portsmouth yang kena bantai 6-0 ngan City minggu lepas, pastinya akan main dengan sedaya upaya untuk menang meningkatkan semula maruah mereka.

prediction: Home win, 2-1


Prediction untuk game lain;

Villa vs Sunderland 2-1
Fulham vs West Ham 1-1
MU vs Bolton 2-0
Boro vs WBA 2-1
Newcastle vs Blackburn 1-0
Stoke vs Chelsea 0-3
Wigan vs Man City 3-2

Tuesday, September 23, 2008

Full Season Prediction


Aduhhh!!!!

Aku kena revise prediction aku setakat ni...
Mula-mula aku agak Spurs akan menyengat this season... tapi Juande Ramos rupanye tak sehebat manager atau coach dari Italy, dia terpaksa ambil masa untuk mengadun kombinasi-kombinasi player-player baru bertaraf separuh bintang di Spurs. So aku rasa hanya City akan mencabar Big-Four. Subject to January transfer, City memerlukan player sehebat Gigi Buffon...
Tapi sape nak pegi City!
Musim ni ManUtd akan berharap pada Ronaldo (player aku tu!) tapi tak cukup untuk menawan EPL... bergantung pada satu dua player akan melemahkan SETAN MERAH ni!
Arsenal mempamer aksi menarik sejak kalah pada team bodoh early season, tapi masih belum cukup untuk jadi champion, tempat ke-2 ada paling mungkin...tu pun bergantung pada kesihatan & keSENGALan 2 players aku Walcott & Adebayor.
LiverFOOL memang power bila lawan Big Team, tapi memang FOOL bila lawan pasukan BODOH
Cuma Chelsea paling POWER...Power segenap position... So, aku rasa Chelsea akan jadi Champion!

Monday, September 22, 2008

Weekly Performance : WEEK 6


Walaupun point xberapa teruk, tapi aku keciwa sebab ada 2 player harapan tak main. Nak2 plak, defoe, yang rasa cam bleh score, bleh dapat 0 point - menyirap limau gak.

So, minggu ni bold kepunyaan adik Alif de Liverpool-al-lembab-ngan-Stoke-pun-xbleh-menang. Apa da. hei, apa punya tangkai kau pakai da?

Azry bila dah sebati ngan faizul, sudah berada dipuncak mahligai idaman dinda.

Aku plak menurun, aiseh, letih memikir, tapi duk gitu gak.

Aku melaporkan dari atas toto, ingin mengucapkan selamat berposa - kepada umat2 yang posa sahaja. go go go!