Thursday, February 26, 2009

Weekly Performance : WEEK 25

Beberapa minggu telah berlalu sejak kebangkitan aku ke puncak liga, dan mungkin ke No 1 dalam 2-3 game lagi untuk menamatkan dengan pengakhiran berdedak season ni. Dalam pada itu, Raub Champions semakin suram. Dari segi statistik, aku bleh perasan yang ada gak yang jenguk2, tapi komen dan jauh sekali nak post artikel memang xde. Banyak faktor manusia yang aku kaji menyebabkan berlakunya fenomena ini, contohnya;

1) malu menjadi ayam, walau berkali2 aku ingatkan "ingat asal usulmu"
2) segan dengan taji yang tumbuh di kaki
3) jeles dengan kehandalan cikgu Hassan

hehe, macam2. Ok, untuk Week 25, Azry berkongsi punggung dengan Melan dengan point 99 bold minggu ni. Team Raub FC n keteri fc 08/09 yang agak tak menonjol sebelum ni, tetiba bersatu hati memboldkan diri pada minggu yang sama.

Review untuk Week 24 xde sebab point delay dari Yahoo! untuk game MU vs Fulham, menyebabkan aku maleh nak buat walaupun aku sendirik yang bold untuk minggu tu.

Sehingga berjumpa lagi untuk next review, Week 26. Diharap rerakan masih lagi tidak berputus asa dan still bersemangat walaupun berada di kedudukan yang .. boleh a dikatakan agak hina.. kekeh!

bubuy, go go go!

Friday, February 6, 2009

Weekly Performance : WEEK 23


Kita berjumpa lagi setelah seminggu abis game aritu. Rank Raub Championship pun dah banyak berubah. Aku terpanggil lagi untuk memberi review walaupun mempunyai lain-lain tanggungjawab yang lebih penting untuk negara dan masa depan anak-anak.. hehe.

Setelah membuat siasatan sendiri, aku baru tahu rupanya Amin, Didi n Itik yang dah lama berdiam diri selama ni rupanya sudah berkecimpung dalam dunia hiburan hingga telah menerbitkan album sendiri. Gambo kat atas merupakan cover album mereka yang bertajuk 'And Justice For Ayam..'

Penampilan Itik sebagai vokalis utama kumpulan, Didi gitar n Amin sebagai drummer yang berkebolehan bermain drum sambil menari sudah tentu mengegarkan dunia hiburan masa kini.

Ok, berbalik kepada perkara yang paling penting. WEEK 23 merupakan minggu yang paling istimewa buat team aku, Selamat Pagi Cinta yang 1st time bold season ni. Aku ucapkan terima kasih pada Yus kerana bagi chance 0.5 point lebih untuk aku merangkul bold minggu ni.

Tiada apa lagi nak aku katakan, sememangnya kehandalan memang boleh dilihat diakhir-akhir season.

Sampai berjumpa lagi, kita tengok berapa lama aku boleh bergumbira .. huhu!

Tuesday, February 3, 2009

Community site untuk Anak Pahang

Sukacita dimaklumkan projek yang sekian lama terpendam telah pun berjaya dilaksanakan. Sekarang masih lagi di peringkat beta. Harap kawan-kawan semua dapat masuk dan join di site tersebut. Semua ahli dari Raub. Senang cerita friendster khas Anak Pahang la. Mari-mari masuk.

URL: Anak-pahang.net

Monday, February 2, 2009

Minta Tolong ban ini group...

http://www.facebook.com/group.php?gid=3533915614

Sumer org dalam Raub Champions ni mesti Islam kan?

Minta tolong sama2 kita report group facebook bangang ni...