Thursday, February 4, 2010

Weekly Performance : WEEK 21


Kropol bold lagi?! Anak kelahiran Felda Tersang ini memang sangat bernasib baik selalu. Ye la, time aku ada masa nak post Weekly Performance ni, time tu la dia point banyak. Buat pengetahuan kekawan sekalian, aku ada masa nak berinternet ni, sebab; 1st, aku tengah cuti n duduk umah aku kat Raub yang ada wifi, 2nd, walaupun aku menerima famili member baru, tapi baby aku ngan mama dia sekali masuk wad sebab dia kena kuning - aku nak melawat plak ada time2 tertentu jek, ada ke patut guard kunci grail wad kanak-kanak tu, first day tak kunci, aku gamble je a masuk walaupun bukan time melawat - agaknya diorang hangin sebab nampak aku tak reti bahasa agaknya. Mintak kekawan doakan anak aku cepat sembuh, amin. So, masa yang terluang pepagi nih, aku boleh a tulis sket2 kat Raub Champions nih.

Ops, tapi nanti dulu. Bercakap pasal baby baru pertama aku ni, agaknya mungkin la, kebarangkalian ada member2 yang tak tau lagi kan.. hehe. So aku nak introduce sket, anak Champion season lepas ni


Nur Nasira bt Hassan @ Abd Rahim namanya. Lahir pada 30hb Januari 2010, pukul 10:43 pagi. Berat lahir, 3.5 kg. Hehe. Pada kasarnya memang nampak cam takde kaitan ngan blog Raub Champions kita ni, tapi sebenarnya aku nak bagitau korang, bila moral kita naik (maknanya kita gembira la kan), pemikiran kita pun jadi bagus, muka pun ada sinyum, so performance kita tak kira a keje atau aktiviti masa lapang akan meningkat. Sebab tu la kalu korang kaji, kat sektor kerajaan ke, swasta ke, mesti ada ruang motivasi diberikan kepada pekerja2. Yes, motivasi memang penting (rujuk video best ni), kalu tak camane plak aku bleh jadi champion season lepas dan still jadi pendahulu league kita skrang nih (berbau riak la plak.. hehe sory2)

Berbalik kepada Kropol tadi (sebenarnya aku malas sgt nak cita tentang bold dia tu, saje aku gunakan ruang ni nak announce baby baru aku tu.. hehe jgn marah ha). Kalu kita tengok team2 leader/pendahulu league Raub Championship ni, memang kebanyakannya akan ambik player yang main dua game, terutamanya team Chelsea n Fulham. Cuba kita nengok line up team yang bold, Panthers II...

Schwarzer (Fulham) - 22.5

Nelsen (Blackburn) - 10
Baird (Fulham) - 11
Bale (Spurs) - 11.5

Malouda (Chelsea) - 19.5
Utaka (Portsmouth) - 3
Hunt (Hull) - 30 aku rasa mmg player ni jadi faktor kemenangan kropol
Kovac (West Ham) - 2

Rooney (Man Utd) - 16.5
Kuyt (Liverpool) - 15
Zamora (Fulham) - 14

Total point = 155. Memang banyak, world leader dapat 190++

Tu je kot, takde menda dah rasanya. Aku pun nak membasuh kain sket (bini pantang, kena berdikari la sket). Pesan akhir aku, kepada member2 yang dah rasa kononnya dah rapat ngan aku, jangan gembira dulu. Walaupun aku cam busy gak, tapi dunia bola takkan aku lupa - kalu tak, takkan la aku bleh sanggup tuko player guna hp dalam wad bersalin pas bini aku selamat lahirkan anak aku tu.. hehe. Komited membawa hasil..

Berjumpa lagi kita dalam episod yang akan datang, bubuy!