Friday, December 19, 2008

Wedding Invitation | Hassan+Noriema


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada rerakan, tak kira lah yang berada dalam league Raub Championship ataupun tidak. Saya, Hassan @ Abd Rahim bin Ramli, dengan sukacitanya ingin menjemput semua rerakan ke majlis perkahwinan saya, buat julung2 kalinya pada hujung bulan ini. Segala butiran diberikan di bawah;


AWAY wedding:

Date: 25th December 2008, Thursday
Venue: Bukit Sentosa, Rawang, Selangor

prediction: draw





HOME wedding:

Date: 1st January 2009, Thursday
Venue: Taman Bukit Koman, Raub, Pahang

prediction: home win




Semua seluruh keluarga/pasangan/makwe dijemput hadir;

Faizul @ Kuntum (Jackass)
Kropol @ Rizal Tersang (Panthers)
Yus (Alex Del Piero)
Sagat (Sagato FC)
Jamil (TheGunnersJr)
Ei (Tuan Haji Misai Kementot)
Itik (KalabuMalami)
Ray @ Nurul (Saudagar Hussien Lempoyang)
Didi (livertorres)
Azry (Raub FC)
Amien (Winning Eleven)
Melan (keteri fc 08/09)
Alif (Rafaboys FC)
Zaki @ Odie Jr (bunyi yang dilihat)
Angah Puppy (Buloh inn FC)
Cikgu Wandi (devils paradise)
Roy (football system)
Farid MJ (kasi gegar)
Jim (Jim Dominoe's)
Yon (the snakes)
Man Senyum (Horny_Romano)

Kehadiran anda amatlah dialu2kan, terima kasih..

Wednesday, December 17, 2008

Weekly Performance : WEEK 17


Pertama2 kalinya, aku memohon maaf kepada insan yang bold minggu ni, saudara Ei, kerana agak kelewatan menge'post' weekly performance pada minggu ni - aku sedar akan kegelisahan yang melanda dirinya utk melihat dirinya dipaparkan di Raub Champions ni. (sory ei, agak kesibukan di kala2 ini)

Bagi mereka yang tak mendapat 100++ pada minggu ni, usahlah berduka nestapa, kerana, lebih perit lagi kepada insan angkasa yang pernah mendapat 15++ saje per week. Usaha tangga kejayaan. Kepada mereka yang selalu berdoa utk reban, nah, sekarang anda sudah berada di dalamnya - enjoy ur self babeh!

Akhir kata, jangan la kita selalu memandang hina kepada mereka yang di bawah, kerana tanpa mereka, ada ke orang di atas? Hehe, madah

Selamat Pagi Cinta.. (macam sial)

Walimatul Urus


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ke Majlis Perkahwinan Khairul Hasli & Idayu Khabri yang bertempat di Raub, Pahang Darul Makmur pada 28hb December '08. Semoga dengan kehadiran para hadirin sekeluarga akan menyerikan lagi majlis ini dan mendapat keberkatanNya. Insya-Allah. Terima kasih. Wasalam



Saturday, December 6, 2008

My Prediction : WEEK 16

Setelah berminggu2 meninggalkan column prediction ni, akhirnya aku mempunyai semangat kembali untuk membuat prediction untuk game WEEK 16 ni. Walaupun team aku berada di kedudukan 13, dan dikategorikan berada dalam lingkungan reban, aku peduli apa.. hehe. (tetiba stim nak buat forecast)

Hari Sabtu ada 7 game, Ahad 2 game n Isnin game West Ham vs Spurs.

Fulham vs Man City

Fulham yang maintain tanpa kalah dalam 4 match, mungkin melanjutkan rekodnya itu hingga ke 5 match apabila bertemu dengan Man City di tempat sendiri. Man City yang memang suck di tempat lawan tidak boleh juga dipandang remeh, kemenangan besar ke atas Arsenal 2 minggu sebelum ini menunjukkan mereka sukar diramal. Transfer window yang akan dibuka Januari ini bakal membawa pemain2 seperti Kaka, Messi dan lain2 big name ke City of Manchester Stadium (angan2 atau khayalan? kita tengok siapa yang kena)

prediction: 2-1

man to watch: Robinho

Hull vs Boro

Hull, team dari liga kolot Coca Cola Championship berjaya membuktikan kehandalan mereka di EPL apabila menduduki tangga ke 6, beza 11 point dari pendahulu liga, Liverpool. Bukan itu saja, kemenangan dengan Arsenal di Emirates Stadium (Arsenal lagi) September lalu menunjukkan mereka layak/boleh 'cari makan' di EPL. Tapi 6 match tanpa menang, juga menunjukkan mereka masih lagi mentah untuk ke Champions League. Boro plak skejab menang, kejab kalah, tidak konsisten, menyebabkan manager2 fantasy kurang selera untuk memilih player2 dari Boro ni.

prediction: 1-1

man to watch: Tuncay

Arsenal vs Wigan

Kemenangan Arsenal ke atas Chelsea minggu lepas menunjukkan Arsenal bukannya team yang lemah, tapi mungkin budak2 muda, biasa a. Bila muda ni, buat salah memang xsedar, xngaku, dah tua baru a sedar. Kekalahan Arsenal dengan team2 seperti Hull n Stoke memanglah amat memalukan dan perit tapi secara faktanya Arsenal tak kalah lagi dengan team2 yang kononnya nak jadi champion, cthnya Man U dan Chelsea.

Arsenal perlu sedar, perlu matang dalam hal nak kejar kejuaraan ni. Walaupun rata2 umur player Arsenal ialah 21 tahun, itu tak penting, yang penting handal. Match dengan Wigan minggu ni, akan menunjukkan keberkesanan Wenger dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka yang dihadapi sebelum ni.

Lupa plak, tentang Wigan, Zaki mungkin bleh bermain untuk match ni.

prediction: 3-1

man to watch: Samir Nasri

Everton vs Villa

Kedua2 team ni mempunyai matlamat yang sama - memenangi tempat untuk ke Champions League. Mungkin match ini akan berpihak ke Villa, dengan Everton hanya mempunyai seorang striker, Anichebe, lain habis injured. Tambah2 plak form Everton di tempat sendiri yang xseberapa, memberikan nilai kebarangkalian lebih untuk kemenangan Villa. Tapi aku sendiri musykil ngan manager Villa, O'neil yang selalu meletakkan striker John Carew di bangku simpanan - bukan lah tindakan yang bijak kerana Carew tidak berupaya menjadi seorang super sub.

prediction: 1-2

man to watch: Ashley Young


Prediction aku yang lain:

Blackburn vs Liverpool 0-2
Bolton vs Chelsea 1-3
Newcastle vs Stoke 2-1
Man Utd vs Sunderland 3-0
WBA vs Portsmouth 1-2
West Ham vs Spurs 1-1

Wednesday, December 3, 2008

Weekly Performance : WEEK 15


Sekali lagi minggu yang ajaib dan menghampakan buat mereka2 yang pick player power2 tapi point ciput2 jek. Cam haram.. tapi nak buat camane.

Tambah lagi ajaib apabila team terbawah liga Raub Championship, The Snakes, merangkul bold pada minggu ni. Budak Yon ni aku tak kenal pun sebenarnya, point yang xla banyak sangat, setakat 84.5 jek - tapi bisa memanaskan mereka2 yang duduk di atas, yang hanya dapat 30++ saje, apatah lagi hina mendapat 20an saje.

Aku xrasa nak tuko nama team lagi minggu ni, nanti a minggu2 akan datang.
Tata..