Friday, November 27, 2009

Weekly Performance : WEEK 11 & 12

Agak muram blog ni kalu tak disajikan dengan tulisan2 bernas dari aku.. hehe. Sory geng, busy gak sebelum cuti sekolah ni, tu pun selagi tak abis peksa SPM ni, selagi tu la kehidupan aku tak tenang - tahun ni je rasa beria sket jadi SU peksa. Bos baru, daring aku lain macam je bila ada kemungkinan berlakunya kebocoran atau kelalaian dalam pengurusan aku. Mampuih. Tapi ok la dari mempunyai seorang ketua yang takde rasional, xhensem, bernafas busuk dan yang rasa dia je cium bau syurga, orang lain tak, hampeh (ai, meluahkan perasaan plak kat blog bola, apahal?)

Hehe.. lama gak aku tak post menda2 kat blog ciptaan khayalan bola aku ni. Ada gak suara2 fan yang frust, merengek2 merindukan belaian penulisan aku di sini.. hehe.. nak2 yang baru naik rank, yang bisa mencabar ketuanan team penganjur, Arsenal U30 yang tidak terbatas!!

Berbalik kepada tajuk sebenar, foto manusia di atas, cam biasa, menunjukkan individu yang bold pada minggu baru nih. Malim, atau team fantasynya, Malim Deraman ngan point yang banyak gak, 145! Malim ni abang kepada Bibiq, tapi Bibiq pun korang tak kenal, tu bukan salah korang tapi Bibiq itu sendrik.. haha. Malim baru season ni je join league kita nih, korang bleh tengok kat league table, no 24.. di kelompok hina tapi masih ada masa untuk membuat lonjakan, jangan putus asa malim.. go go go!

Meh nengok sket team line up Malim yang berjaya mengatasi team fantasy handal yang lain;


Robinson (Blackburn) - 4.5

Dawson (Hull) - 19.5
Givet (Blackburn) - 0.5 aku ada gak budak ni, bleh plak injured, siut
Terry (Chelsea) - 7

Mokoena (Portsmouth) - 0
Bennayoun (Liverpool) - 13.5 yahudi?
Giggs (Man Utd) - 11.5
Boateng (Portsmouth) - 1.5

Drogba (Chelsea) - 0 bagus2, aku pun simpan dia walaupun tau injured xmain,future investment
Defoe (Spurs) - 63.5 ni memang pilihan yang kebetulan yang betul2 menguntungkan, bala
Crouch (Spurs) - 23.5


Amacam, apa pandangan saudara2 sekalian, pemilihan player malim ni adakah berdasarkan logik pengiraan atau sekadar kebetulan? hehe..

Hampir terlupa (aku plak terbuat tajuk WP week 11 & 12), Roy, atau nama sebenar Khairul Hasli Abdullah Hashim, telah berturut2 bold dari week 10 dan 11 untuk team Football Systemnya. Tahniah diucapkan, sekali tahniah dengan kelahiran anak lelakinya baru2 ini. Mungkin luck anak membantu bapak dalam mengharungi panca roba Fantasy Football. Di kedudukan no 3 sekarang, ada la sket memberi cabaran kepada team fantasy aku.. haha. Nampaknya pas ni aku kena berusaha lebih sket, kerana beza point dah kurang 100 antara mereka dengan aku dalam top 5 skrang nih.

Agaknya tu saje dari aku. Ingin juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di galaksi ini dan tak lupa juga, jemput semua kekawan yang mengenali ke majlis perkahwinan adik aku, Suhana Ramli, pada 29hb nih, Ahad kat rumah aku:

55 Taman Bukit Koman,
27600 Raub, Pahang


Jemput semua manager2 fantasy, ajak famili, bini, anak dan awek (yang bujang saje)

Go go go!