Friday, January 30, 2009

Weekly Performance : WEEK 22


Juga, sekali lagi, nasib aku untuk merangkul bold untuk season ni masih lagi tidak kesampaian, memula ingat dah confiden gerenti aku bold untuk WEEK 22 ni, tapi team devils paradise plak yang dimanagerkan oleh Cikgu Wandi tetiba je nasib bleh bold . hehe, kebetulan cam kropol minggu lepas - jgn marah ha.

Tapi aku tak berapa kisah sangat, janji aku duk atas amin, didi, yus n itik - itu sudah memadai bagi aku.. kekeh. Aku ternanti2 sangat bila yus nak masuk dalam region reban ni. Maybe a few weeks lagi kot, kita nantikan yek. Kalu cam itik tu, aku tak kisah sangat sebab dia memang ayam, berkokok sekejab n time dah jatuh, sunyi sepi tanpa kabar berita.. menyuruk atau menangis sendiri.. siapa yang tahu.. hehe

Ok, kepada ayam2 di bawah, jgn hangin, usaha tangga kejayaan, jgn putus asa sampai tak tukar player kay.. bubuy

Friday, January 23, 2009

Weekly Performance : WEEK 21


Masih lagi bukan minggu untuk aku bold untuk pertama kalinya season ni. Tapi itu tidaklah menjadi tekanan dalam hidup ini tatkala aku sekarang sedang ranum di tempat yang ke-3, pencapaian terbaik season 2008-2009 ni, meninggalkan ayam2 yang tak pernah mengaku ayam walaupun acap kali aku mendedahkan mereka dalam keadaan telanjang (rujuk post Weekly Performance : WEEK 20)

Week 21 membezakan team aku 4 points je ngan bolder kita, En Kropol, team Panthers..

Semoga semangat juang kita bertahan hingga ke akhir season, bukanlah alasan, dah hampir ke zon relegate beranggapan tak bleh ke atas- lihatlah donia, aku dari no 15 n skrang sudah pun berada di tempat ke-3. Rezeki ada di mana2, apa yang perlu kita buat, adalah terus mencari ..

Go go go!

Friday, January 16, 2009

Weekly Performance : WEEK 20














Akhirnya, aku mempunyai peluang juge nak meng'post' review fantasy kita minggu ni, setelah menunggu game MU vs Wigan yang berakhir dengan 1-0, gol minit pertama daripada Rooney - aku still tak pueh ati tak dapek bold minggu ni.. cibai Roy.. hehe.






Boleh dikatakan minggu ni adalah 'hadiah perkahwinan' daripada rakan2 untuk aku n Roy, ngan point 100++, team aku n Roy melangkah naik beberapa tangga ke atas liga Raub Championship ni. Terima kasih kawan2.. kekekeh.. terutamanya kepada Amin yang berkorban dan Didi yang terus ikhlas memegang tampuk pemerintahan reban (seperti gambar di atas)

Harapan aku, biarlah tunjang pencaturan reban kita boleh diberi kepada kekanda Didi, Yusri Del Piero yang beberapa minggu ni menyepikan diri dari blog kita mahupun post msg di Yahoo sanun.

Sehingga berjumpa lagi, jangan marah ha.. bubuy

Monday, January 5, 2009

Weekly Performance : WEEK 19


















Mintak maap kepada mereka yang tertunggu2 akan weekly performance untuk dua minggu yang lepas. Seperti yang sedia maklum, banyak perkahwinan diadakan di sana sini dalam melengkapkan penutup tahun 2008. Yang paling jelas, aku n roy dah berbini, mungkin pada tahun ni, Didi Alias dan Azry Mouri akan, insya Allah mengikut jejak kami.
Ucapan terima kasih tak terhingga kepada kekawan yang datang+menolong menjayakan kenduri aku, nak2 yang datang bagi sokongan masa aku akad nikah di Kuala Kubu ari tu - insya Allah kalu xde hal, aku akan gi plak untuk bagi sokongan moral time korang.

Berbalik kepada fokus sebenar post ni, untuk Week 18, Roy bold (padahal dah lepas tapi request punya pasal, aku bagi muka - mintak2 nanti aku ajak kuar minum, jgn la pelbagai alasan dan penipuan dilontarkan sama ada SMS atau time call). Week 18 ada dua game, so, sapa salah pilih player, nak buat guana. Didi yang walaupun merangkul bold pada Week 19 , masih lagi memegang tampuk pemerintahan reban kita. Tahniah diucapkan.

Aku time minggu kawin ari tu memang takde masa nak buat review week fantasy kita. Bini aku yang tercinta langsung taknak bagi chance hatta turun katil sekalipun. So, nak buat camane. Harap rakan2 memahami situasi aku.. hehe

Sampai berjumpa lagi untuk review minggu game akan datang.. tata