Friday, October 23, 2009

Weekly Performance : WEEK 8

Aku sebenarnya tak sangka pun team Arsenal U30 aku ni bleh plak bold untuk WEEK 8 nih. Sebab point pun xde la banyak pun kan, takat 84 jek. Tapi tu la, dah rezeki.. hehe.

Aku ingat, season depan, kalau league Raub Championship ni diteruskan, biarlah orang lain yang menganjurkannya selain dari aku ni. Bukan pe, nampak cam tak adil la plak kan, aku anjur, aku je jadi Champion.. kekekeh.. Ikhlas aku cakap, cam aku membuli budak sekolah rendah yang pendek bermain tenis jek bila membandingkan team fantasy aku dengan team kekawan sekalian (Aiseh, nampak takbur sangat plak bila aku tulis cam ni, jangan marah ha... haha)

Sebenarnya, form point fantasy kita kebanyakannya dari league Raub Championship ni memang merundum. Ye la, yang paling tinggi pun tak sampai 100, apahal? Banding ngan world rank, diorang bleh dapat sampai 140++ tu. Mungkin injury yang menyerang player2 seperti Torres, Gerrard dan Rooney membuatkan kekawan pening/serba-salah/tak reti nak memilih player yang boleh mengaut score tinggi untuk WEEK 8 baru nih.

Cuba kita nengok line-up team aku utk WEEK 8:

Robinson (Blackburn) 2

Vermaelen (Arsenal) 5.5
Heitinga (Everton) 5.5
Gibbs (Arsenal) 5

Jarvis (Wolverhampton) 0.5 - bleh plak dia jadi sub je ari tu
Fabregas (Arsenal) 12
Dunn (Blackburn) 19
Duff (Fulham) 15 - penukaran saat2 akhir bersama Robinson dari Myhill+Nani, berbaloi!

Drogba (Chelsea) 10.5 - tak penah buang dari start season
Adebayor (Man City) 0.5 - membazir jek beli, blah la Adebayot
Saha (Everton) 8.5


Baru 84 je, memang ada member yang kurang 1-2 point je dari aku, tapi nak buat camane (jangan bunuh diri). Sebenarnya aku kecewa gak, aku target nak dapat at least 100 point tiap minggu - baru la sama ngan harga player yang kita habiskan dengan team value yang Yahoo kasi kan?

WEEK 9 yang akan menyusul ni kena banyak study lagi tambah2 ada plak game antara BIG 4 (Liverpool vs Man Utd), syok tu, tapi kalu ramai yang injured bosan gak.

Agaknya itu je dari aku, sampaikan salamku pada bini, awek, kekasih gelap dan kawan perempuan anda, bagitau korang perlukan lebih masa untuk fantasy football lagi dari duk berkepit dengan mereka (tapi yang berbini tu, tanggungjawab kena full commited tau, baru la dikatakan handal)

Go go go!

Friday, October 16, 2009

Weekly Performance : WEEK 6 & 7

Mungkin kekawan agak hangin dan ternanti2 sehingga putus cinta tika menunggu post Weekly Performance untuk 2 minggu game fantasy football kita sebelum ni. Memang agak sunyi blog Fantasy Football Raub ni kalu aku tak menulis apa. Ketua Editor sangat2 mengharapkan member2 lain boleh bagi sumbangan idea atau berita sekalipun gosip tentang player MU mabuk todi dengan Ah Heng pun tak pe, janji arus information tu still ada flow. Mana tau ada member2 nak advertise apa2 kat sini, tarak had punya, bagitau je ek.

Berbalik pada performance fantasy, WEEK 7 menampilkan manager2 yang banyak ambik player Arsenal sangatlah bertuah, Cesc Fabregas walaupun hanya score 1 gol tapi ngan assist 4 meragut point sebanyak 38.5? wow! Walaubagaimanapun Ray yang bold ngan team Penyamun Backgroundnya, tak de pun pakai Fabregas, mungkin beliau ter'nasib' je kot dapat point lebih sket je dari rakan2 yang lain, tahniah Ray kerana kebetulan.

Biar aku list sket player team Penyamun Background ngan point yang tak seberapa tu..hehe:

Myhill (Hull) 9

Insua (Liverpool) 3
Vermaelen (Arsenal) 22.5
Alexander (Burnley) 2.5

Mokoena (Portsmouth) 0
Lennon (Spurs) 9
Arshavin (Arsenal) 14
Fellaini (Everton) 5

Drogba (Chelsea) 20.5
Rooney (Man U) 11.5
C. Cole (West Ham) 13

Total point = 110

Dalam pada tu, aku tak lupa gak pada manager yang bold pada WEEK 6. Aku rasa ni julung2 kalinya, Farid, aka Klara FC berjaya gak score point yang melebihi kita semua. Beliau merupakan kaunselor kat sekolah aku, berasal dari Jerantut, berumur 30 tahun tapi masih lagi belum berkahwin. Insya Allah dengar ura-ura nak kawin ujung tahun ini menjadi kenyataan dan kekawan tidaklah melabelkan anda sebagai seorang gay atau mati pucuk.. haha!

Sebenar Farid dah masuk term yang ke-2 join league Raub Championship ni. Season lepas dia (kasi gegar) masuk lambat, dah 3 game berlalu - memang tak merasa langsung rank 15 pun. Itu la, walaupun beliau seorang kaunselor, tapi aku tak pikir dia bleh motivasikan diri sendiri untuk jadi Champion. hehe (jgn marah ha).

Agaknya itu je kot review aku untuk dua minggu sebelum ni, saje aku lambat, alang2 ada international World Cup qualifiying. Tahniah buat team2 yang dah lepas, Italy terutamanya.. huhu