Friday, September 25, 2009

Weekly Performance : WEEK 5

Pertama sekali aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Fantasy Football seluruh donia, tak kira yang point banyak dan tak terkecuali yang point sket. Maaf zahir dan batin untuk segala yang aku buat, pengurusan aku, tindakan aku, riak rupa aku dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan aku berkaitan dengan deme semua (berapa banyak 'berkaitan' da). Macam biasa, aku still lambat lagi buat review, walaupun aku sendrik yang bold pada minggu yang berkenaan. Tapi tarak had sebab rasanya kekawan paham dengan situasi aku hari2, nak2 time minggu raya ni.
Cakap pasal raya, tima kasih kepada member2 yang bertandang ke rumah dan tak terlambat lagi kalu aku nak mengajak deme semua ke rumah aku di Tersang nih - datang je bebila, asalkan aku ada di rumah, samada ada menda nak makan atau tidak, akan aku adakan gak demi kekawan. Hehe

Hari raya tahun ni merupakan pertama kali buat aku beraya bersama famili mertua. Mungkin beberapa manager fantasy yang bersembahyang raya di masjid Lechar, Dong agak terkejut dengan kehadiran Champion liga kita bersama bersembahyang di sanun. Berkemungkinan doa yang panjang dari kekawan, penyebab bagi boost team fantasy aku. Tima kasih.
Permulaan bulan Syawal ni, team aku, Arsenal U30 bold dengan point yang agak banyak gak, 152 - nampak cam banyak banding ngan point2 team fantasy Raub Championship yang lain, tapi agak kecil banding dengan world rank yang dapat 192.5?!

Penukaran saat2 akhir dari Van Persie (10.5) ke Torres (25.5) sangat2 membuahkan hasil bagi team fantasy aku. Dan tak sangka Vermaelen (33.5) bleh plak score dua bijik. Manager2 yang takde defender Arsenal ni, mmg akan sakit jiwa trus menjunamkan team mereka ke lembah kehinaan. Ayam Tua Yus yang kuat berkokok pada awal2 season skrang sudah pun memegang jawatan Presiden Reban yang diidam2kan. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Kekadang aku cam rasa kesian plak pada member2 yang point sket, nak2 bila time aku bold - seolah2 cam aku membuli korang plak. kekeh.. Rasanya aku takde la hebat sangat, apa yang penting (bukan kerjasama) ialah usaha tangga kejayaan. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Berfikir sebelum membuat tindakan, tapi kalu banyak pikir pun kalu tak buat research pun tak guna gak. Pepandai a korang fikir/renungkan sendrik. Bubuy!

Thursday, September 17, 2009

Weekly Performance : WEEK 4

Ye, ni lah orangnya, Saifi atau team fantasynya, JambanMU FC. Memang tepat pada hemat aku, pemilik team ni adalah seorang penyokong kelab lain yang sama seperti aku, anti-MU.com. hehe. Diperkenalkan oleh Azry kepada liga Fantasy Football Raub ni. Berumur 28 tahun, suka berkenalan dengan rakan-rakan baru (hehe), berasal dari Batu Pahat, Johor, bold pada Week 4 ni ngan point 108.5.

Tahniah diucapkan, kerana beliau merupakan insan pertama (newbies) dalam league yang bold selain dari 3 orang lama dari minggu2 yang lepas.

Sory, kerana agak terlewat gak aku post review ni - internet susah le, nak buat kat sekolah rasa cam makan gaji buta plak. So, time keje, kita keje, time berseronok, kita enjoy yeah! time kena kutuk, jangan nangis ek.
Sehingga kini, pas dah hampir 3 minggu dateline contest ni close, rasanya semua masih lagi mencari2 rentak kemenangan. Team aku, alhamdulillah ok, bermula dengan agak baik season ni. Kepada rerakan yang berada dalam Reban (rank 8 ke bawah) buat masa ni, jangan risau, champion yang hensem season lepas pun pernah suatu ketika menghuni Reban (sejauh rank 15), tapi akhirnya berjaya juga merangkul kejuaraan dengan megah sekali.. hehe.

Pesanan penganjur; jangan lah cepat berputus asa, usaha tangga kejayaan. Kalu dah awal2 season ni, dah nangis keciwa, maka cadangan aku pakailah skirt pergilah ke lorong2 gelap untuk menjual kehormatan anda sebagai seorang gay..kerana itu adalah yang terbaik utk anda kekeh. Hanya mereka yang kompeten dan bersemangat waja saje yang layak berada di liga nih.. no cry babies ya.

Okey, rasanya tu jek - banyak cakap krang kurang plak pahala posa aku. Hehe.

Kalu ada game di padang sehingga full time kita stay lagi,
Kalu ada umur yang panjang sehingga kita berjumpa lagi.

Selamat menyambut Aidilfitri ujung minggu nih, bersama kita dihidangkan pula ngan game
Chelsea v Spurs dan
Man
U v Man City.. go go go!

p/s: malas nak cakap pasal game EPL minggu lepas.. you know (damn Adebayos!)

Tuesday, September 8, 2009

Hall of Fame : SEASON 2005/2006

Patut untuk under directory "Hall of Fame" nih, semua previous champions kena introduce dah. Tapi apakan daya, nengok mood gak nak menulis blog ni. Aku pun bukanlah sasterawan negara pun atau pemikir terunggul, yang idea mereka sentiasa ada jek. Busy gak wei, nak2 bulan posa ni, perut lapo, keje memacam, berdepan plak dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bertamadun, tapi tak reti bahasa, yang ada sijil pun sama, ego, sombong, pentingkan diri, suka jilat bos .. memacam, paling tak best counter dengan manusia yang berjawatan tinggi sket tapi anggap orang cam hamba tebusan nenek dia.. tak lama kena nyepak aku la tu.. hehe. Teremosi lak aku. Ni baru introduction..

Season 2005/2006 merupakan tahun ke-2, rasanya, aku ngan geng bebudak Raub main menda Fantasy Football manager nih. Kami start dengan group Corleone (sebab cita Godfather memang sangat memberi pengaruh yang agak beso time tu). Kalu ikut sejarahnya, ni tahun aku mula ngajo kat sekolah menengah (SMK Dong). Geng2 lain plak sibuk cari keje n ada yang belajo lagi. Kira remaja lagi la time tu, Young and Dangerous. Aktiviti seperti melepak sampai ke dini hari, memang menjadi program utama pada masa tu- time ni a gak aku mula ngayat bini aku.. hehe.

Kalu ikut EPL time tu, still Chelski yang bermaharajalela, di bawah Mourinho, memang semua team lain tinggal jauh la beberapa point. Maksudnya, diorang menang liga dengan selesa sekali. Maka makin banyak la lalang-lalang yang mengaku menyokong pasukan Chelsea ni kononnya semenjak zaman Gustavo Poyet lagi.. Entah, sama ada betul atau tidak, wallahualam.

Itik, juga dengan panggilan manjanya 'bie' (singkatan dari perkataan hubby) berjaya menjadi champions pada season tersebut. Sememangnya dia agak jiwang pada masa itu, malahan ada daripada sesetengah sumber sejarah melayu yang mengatakan itik pasang dua time tu? (playboy abis)... Nama team dia pun aku tak ingat. Semenjak dari itu, beliau sering menggunakan gelaran 'King' untuk menunjukkan kebongkakannya dalam membawa team Fantasy, yang mana kita semua sebenarnya tahu kemenangan beliau adalah nasib semata-mata, seperti
kucing buta yang berjumpa dengan tikus mati

Walaubagaimanapun, untuk season ni (2009/2010), sehingga kini beliau masih tidak menyertai kita dalam league Raub Championship. Sangat menyedihkan, ketakutan dan hilang keyakinan diri menyebabkan seseorang yang mengaku King pada kehidupannya yang lalu, menjadi pencacai yang tidak berdaya?!

Agaknya tu saja dari aku kali ni. Lupa plak, aku time season ni nyaris2 gak jadi champion, 2nd place lagi.
Kesimpulannya;

Champion Season 2005/2006: Itik (pun lupa nama team dia)
Runner-up: Hassan (Jebone City)

Berjumpa lagi kita dalam sesi post yang akan datang... tata!

Saturday, September 5, 2009

Weekly Performance : WEEK 3


Akhirnya post review pertama untuk season 2009/2010, yang sangat dinanti-nanti ini keluar selepas tamatnya registration untuk group Raub Championship pada 1 September yang lalu. Kita boleh lihat (pada pic rank), penyertaan untuk sesi kali ni, bertambah sehingga 25 team (season lepas = 22 team), walaupun ada 2-3 orang kekawan aku yang tak join lagi (sedih kan?) hehe.. Mungkin pengalaman lalu yang mengajar mereka tentang erti kekalahan dan liku-liku kehidupan, samada di atas dunia atau di dalam reban?! Walaupun pedih tapi kena paksa telan gak walaupun di bulan Ramadan yang mulia ni.

Terima kasih aku ucapkan kepada rerakan yang still support contest ni. Sebenarnya game ni bukan saje mengenai kemenangan, kekalahan, kerebanan atau kejuaraan saje, tapi ia adalah mengenai kita, komunikasi kita, pergaulan kita, pengurusan hidup kita, emosi dan jasmani (ai , macam bagi ceramah motivasi plak)

Berbalik kepada tujuan post review Week 3 nih, pastinya Didi, ataupun team fantasynya livertorres sangat bangga dan gumbira kerana bold untuk minggu nih - kebetulan plak keboldan dia selari dengan niat aku nak buat review pas 1 September. So, gambo dia la kat atas nu - masih bujang tapi sudah bertunang, suka memancing dan mengumpul spesis pelbagai jenis rerama.. kekeh

Walaubagaimanapun, jangan dilupakan mereka yang dah bold sebelum Week 3 ni. Aku sebagai champions season lepas, bold seawal minit pertama Week 1 bersama team Arsenal U30 aku. Mungkin tindakan aku bold awal2 menyebabkan rerakan yang nak join agak gentar dan bisa memutuskan harapan mereka, tapi tidak, malahan kita nengok skrang dah ada 25 team fantasy untuk sesi 2009/2010 nih. Tahniah diucapkan, mungkin usaha anda itu, boleh mencabar aku untuk jadi Champion kali ke-2 liga Raub Championship. Week 2 menonjolkan Alif sebagai pembold ngan team ala Liverpoolnya, SuperbReds. Walaupun pada masa sekarang, dilihat team-team budak Liverfool yang menerajui liga, tapi tidak ke mana akhirnya, budak Arsenal jua akan menjadi juara..(team-team dari Italy lagi la tak nampak) huhu

Uih, cam panjang gak review aku nih - tak bleh tido pas bersahur, nak peluk bini pun takut terlajak plak, so, ngadap laptop je la aku. hehe. Sebelum aku akhiri review pada kali ni, biar aku listkan dulu comparison antara peserta2 Raub Championship pada musim ni;

Orang Lama:
SuperbReds
livertorress
TheGunnersJr
Arsenal U30
Penyamun Background
Tuan Haji Misai Kementot II
JFCM
Klara FC
Winning Eleven
Raub FC
Football System
Panthers II...
owen's paradise
bunyi yang di lihat
HoRnY_RoMaNo
JIM DOMINOE'S
SagaTo fc

Newbies/Budak baru belajar:
JambanMU FC
ain FC
Creed FC
Restaurant City
juara tahun lepas@bibiq
Jenin CF
Malim Deraman
Bekas Pensil FC

Rasanya itu je dari aku. Sebarang pertanyaan/komen yang membina/luahan perasaan, korang bleh trus je komen kat post ni ataupun kat chat box kat sebelah kanan blog ni. Selamat Berpuasa kepada yang muslim, semoga bertambah-tambah la amal kita walaupun di mana kita berada, tak kira di dalam Reban atau di luar, dunia yang indah permai ini.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..